Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 22 Oktober 2018

Najib Sekolahkan Guan Eng Isu Pendapatan Negara.

NAJIB RAZAK | Semalam, menteri kewangan telah mengeluarkan kenyataan memuji dirinya dan untuk memburukkan BN bahawa situasi kewangan bagi tempoh 4 bulan dari Mei sehingga Ogos di bawah kerajaannya adalah lebih baik dari untuk tempoh Januari hingga April di bawah kerajaan BN.


Beliau mendakwa hasil negara lebih tinggi manakala perbelanjaan lebih rendah berbanding empat bulan pertama tahun ini.

Oleh itu, dia kata ini bukti dia lebih pandai kerana mereka mengamalkan prinsip C.A.T.

Saya nak tanya adakah huruf "T" dalam CAT ini bermaksud "Tipu" atau “Temberang?”

Jika nak tipu orang yang tidak faham semata-mata untuk memuji diri sendiri, bolehlah tapi kalau nak tipu orang yang faham ataupun ada pengalaman dan pengetahuan, janganlah nak cuba.

Sebenarnya, corak hasil dan perbelanjaan kerajaan pusat tidak seragam sepanjang tahun dan adanya faktor "seasonal" atau "bermusim" disebabkan banyak faktor.

SETIAP tahun, hasil untuk bulan-bulan Mei hingga Ogos adalah lebih tinggi daripada Januari hingga April kerana cukai LHDN akan dikutip selepas bulan April manakala dividen interim Petronas juga akan diterima pada pertengahan tahun.

Selain dari hasil petroleum yang lebih tinggi dari bulan Mei hingga Ogos berbanding awal tahun ini, saya juga difahamkan bahawa Petronas dipaksa untuk menaikkan dividen mereka sebanyak 50% untuk tahun ini manakala Khazanah juga diminta berbuat demikian.

Perbelanjaan bagi empat bulan pertama SETIAP tahun juga lebih tinggi kerana keperluan awal tahun untuk membayar bonus kakitangan kerajaan untuk tahun selepas, membayar baucer buku, bantuan sekolah, bantuan-bantuan tahunan lain serta pembayaran untuk peruntukan dan program agensi-agensi kerajaan.



Seperti gambarajah yang saya paparkan, corak hasil dan perbelanjaan ini tidak berubah untuk setiap tahun. Apa yang nak dihairankan jika corak ini berulang untuk tahun 2018? Mengapa mahu dipuji kerana corak ini berulang?

Saya juga diberitahu bahawa kerajaan PH juga telah memberhentikan banyak projek mesra rakyat, menghentikan atau melambatkan bayaran bagi bayaran balik input GST dan bayaran balik LHDN, yang diterima untuk bulan Mac sehingga Ogos serta bayaran untuk kontraktor dan pembekal.

Jika tidak membayar, sudah tentu perbelanjaan untuk bulan-bulan di bawah kerajaan PH lebih rendah. Beranikah kerajaan PH memberi butiran terperinci bayaran bulanan untuk empat-empat perkara ini?

Guan Eng masih tegas bahawa kerajaan BN hanya meninggalkan wang RM450 juta untuk dia membayar gaji berjumlah RM8 bilion setiap bulan. Tahap "ketokongan" apa ini, RM450 juta boleh membayar RM8 bilion? Silap mata?

Saya telah menerangkan bahawa hasil-hasil masih dikutip berterusan setiap bulan.

Selain dari itu, sebenarnya jumlah Akaun Hasil Disatukan juga termasuk wang tunai yang diletak dalam bentuk simpanan tetap jangka pendek (short-term FD) dengan BNM. Wang ini boleh dikeluarkan serta-merta untuk kegunaan kerajaan pada bila-bila masa. Jumlah wang tunai ini naik dari RM7 bilion pada akhir bulan Disember 2017 kepada RM10 bilion pada akhir bulan April 2018 - bermakna wang tunai untuk akhir bulan April 2018 bukan hanya RM450 juta sahaja.

Kita bernasib baik kerana data-data ini masih dilaporkan oleh BNM dalam laman rasmi mereka. Jika tidak, kita semua juga ditipu lagi.

Selain dari kelihatan seolah-olah jujur dalam menghormati Azan, sebagai menteri kewangan kita patut benar-benar jujur dan tidak tiba-tiba membuat kenyataan untuk menipu rakyat semata-mata untuk memuji diri sendiri. - 22 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...