Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 24 Oktober 2018

Guan Eng Dulu Sampai Menangis-Menangis Telefon Zahid Hamidi Minta Bantuan..

THE MALAYSIAN INSIGHT | TIMBALAN Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah mengingatkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bagaimana beliau menangis meminta bantuan daripada kerajaan pusat ketika Pulau Pinang dilanda banjir suatu ketika dahulu.


Mohd Amar berkata semua negeri di Malaysia menerima bantuan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan termasuklah negeri kaya seperti Selangor.

“Pulau Pinang dulu pun masa dilanda banjir, Guan Eng sampai menangis telefon (timbalan perdana menteri ketika itu) Zahid Hamidi. Kita tidaklah sampai menangis minta bantuan daripada kerajaan pusat. Dia kena ingatlah.

“Asas yang paling penting adalah konsep Persekutuan itu. Dan menjadi tanggungjawab Persekutuan kalau ada mana-mana yang memerlukan peruntukan kewangan, dia kena bagi. Cukai lesen pun dikutip daripada Kelantan.

“Menuding jari kepada Kelantan sahaja ini satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Bagi saya ada niat jahat disebalik kenyataan itu sebab semua negeri memerlukan peruntukan Pusat,”
katanya kepada pemberita di Kota Bharu.

Dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan dalam soalan tambahannya meminta pandangan daripada kerajaan sekiranya kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu mahu memulakan inisiatif sendiri untuk menyiapkan projek ECRL.

Bagaimanapun Guan Eng dalam jawapannya secara sinis berkata “bagaimana mahu siapkan ECRL jika bayar gaji kakitangan pun tidak mampu?”

Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati ahli Parlimen pembangkang terutamanya daripada PAS yang memerintah di kedua-dua negeri tersebut dan meminta Guan Eng menarik balik kenyataan tersebut.

Menurut Mohd Amar, soal bantuan peruntukan daripada kerajaan pusat di Kelantan tidak akan timbul sekiranya Putrajaya mengembalikan royalti minyak kepada negeri itu yang bernilai RM700 juta setahun.

“Walaupun kita mengaku kerajaan pusat ada beri peruntukan kepada negeri termasuklah Kelantan, kita kena ingat juga duit kita ada dengan pusat, royalti itu. Royalti kalau ikut dulu tidak kurang daripada RM700 juta setahun.

“Kalau kerajaan pusat boleh bagi royalti itu mengikut perjanjian dan jumlah yang sebenar, saya rasa tidak berbangkit isu kerajaan negeri ini memerlukan peruntukan daripada pusat,”
katanya. – 24 Oktober 2018

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...