Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 26 Oktober 2018

Selepas Dibangsatkan, Kini Asyraf Wajdi Dusuki Digelar Lembik, Pondan Sajat Oleh Pro UMNO.

SOSMED | Ahli UMNO kini sedang bergaduh sesama sendiri disebabkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki semalam yang meminta agar Zahid Hamidi bercuti sementara sehingga kes perbicaraannya di mahkamah selesai.



 
Tidak semuanya bersetuju dengan kenyataan terbuka itu dan menyebabkan Dr. Asyraf Wajdi Dusuki diserang oleh beberapa kelompok UMNO yang dilihat pro kepada Zahid Hamidi. 

Lokman menjadi individu pertama tampil dengan membangsatkan Ketua Pemuda UMNO itu dan kemudiannya beberapa pihak tampil dengan nada membela Zahid dan mencerca Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di sosial media.

BACA : Asyraf bangsat kata Lokman!

Berikut adalah beberapa kenyataan dari ketua, ahli UMNO yang tular di laman sosial;

Aemierulrizaki Rambli, Pemuda dan Ahli UMNO Kuala Selangor | PENYOKONG MEMUKUL PALU, KETUA MEMBONGKANG TIDUR.

Saya melihat apa yang dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia (KPUM) hari ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal apabila bertindak melanggar Presiden yang sedang dalam kecederaan berperang dengan ketumbukan perang Mahathir.

Ahli-ahli UMNO khasnya pemuda yang masih setia dalam parti adalah ahli yang tidak mempunyai kepentingan apa-apa.

Mereka ini kebanyakannya orang biasa yang tidak ada wang banyak, orang kampung, tidak berpelajaran tinggi atau boleh dikatakan "kasta rendah" yang terus setia bersama UMNO kerana percaya kepada perjuangan parti keramat ini yang membela agama, bangsa dan tanah air mereka.

Mereka ini boleh saja pergi kepada Mahathir PPBM yang melambai-lambai dengan janji manis dan tawaran menarik tetapi mereka tunggu dalam parti yang digoncang bagai taufan melanda.

Berbeza dengan kepimpinan yang "berkasta tinggi", yang kebanyakannya hidup mewah berkereta besar, berumah besar dan mempunyai pelajaran tinggi dan atas sebab itu kebanyakan mereka terpilih sebagai pemimpin atasan yang diharapkan oleh golongan "kasta rendah" untuk memberi arahan dan jalan supaya susun atur perang melawan rejim Mahathir teratur dan mampu bertahan dengan serangan-serangan gila ketumbukan perang Firaun itu.

Malangnya apa yang terjadi hari ini memberi tamparan buat pemuda "kasta bawahan" bila keputusan KPUM menggesa supaya Presiden UMNO berehat dengan alasan memberi ruang kepada beliau untuk menghayati kes-kes yang sedang menghujani presiden itu.

Sebagai seorang ketua berlatarbelakang agama adalah sangat tidak wajar KPUM membuat keputusan itu yang seolah-olah mengakui bahawa presiden kita yang difitnah itu telah disahkan bersalah.

Kita juga tidak melihat KPUM dan barisan EXCO bersungguh dalam peperangan dengan kerajaan zalim Mahathir sebaliknya lebih kepada seronok menyerang kepimpinan sendiri dan berlagak menjadai hero dalam reban.

Kita nak maklumkan KPUM bahawa ramai dikalangan orang kita yang tak mampu untuk mengisi minyak dan membayar tol berulang alik ke mahkamah Putrajaya tetapi dalam hati mereka membuak semangat untuk mempertahankan presiden dan mantan presiden serta kepimpinan yang lain yang difitnah dan diserang bertalu-talu menggunakan undang-undang acuan Mahathir.

Jadi janganlah KPUM mematahkan semangat mereka.

Kalau KPUM tak suka saya rasa ramai yang bersetuju KPUM angkat kaki sahaja kerana ada ramai lagi ahli yang berdaftar sanggup mempertahankan presiden selagi belia tidak didapati bersalah.

Jika ada perancangan halus untuk mencari tempat, kedudukan dan kuasa baru jangan gunakan kuasa sebagai KPUM tanpa merujuk kepada ahli parti yang masih setia di seluruh negara ini.

Tulisan saya ini adalah datang dari diri saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiap adan saya percaya bahawa ramai lagi ahli UMNO khasnya pemuda yang setia kepada parti dan pimpinannya yang sanggup mempertahankan presiden selagi mahkamah belum memtuskan beliau bersalah.

Saya mencadangkan agar KPUM dan mana-mana pemuda yang tidak mampu mempertahankan presiden agar berundur secara terhormat dan carilah kedudukan yang sesuai dengan kasta kalian.

UMNO ini sudah penat dengan sikap pemimpin yang mengambil kesempatan bila ahli-ahlinya disuruh memukul palu memanggil orang kampung berjuang tetapi malangnya ketuanya membongkang tidur tak sedar diri.

-------------

Tun Faisal Ismail Aziz | Malangnya UMNO dan Presiden kerana Pemuda bukan benteng yang waja. Itu hanya skrip dalam lagu saja.

Prinsipnya - kita sebagai pembangkang wajar menolak dan menyelar pendakwaan berpilih dan bermotifkan politik terhadap Presiden.Kita juga sebagai pembangkang wajar mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman kerajaan kerana membuat pendakwaan sebelum siasatan.

Sepatutnya itu nada Pemuda UMNO. Meminta Presiden berehat, bercuti bermaksud Pemuda akur dengan tindakan zalim kerajaan. Sepatutnya Pemuda kena berani ke hadapan dan lawan.

Lebih baik Lokman Noor Bin Adam, Isham Jalil dan Ketua Puteri UMNO lagi. Mereka faham konteks pendakwaan terhadap Presiden dan mereka bertindak melawan.

Pemuda pula lesu dan akur. Pemuda UMNO patut pergi berkursus dengan AMK dan Hishammuddin Rais dulu lah kalau macam ini lembiknya..

--------------

Hafizzulnaim Samsuddin | Ini lah pasalnya kalau geng marhaban lead PEMUDA. Seekor-ekor kenan Sajat. Tak garang langsung. Pi buat usrah kat masjidlah kalau macam itu. Tak pon meh sini teman starlight dahi tu kasi ada akal sket. Menyampah teman komer lembek cam pondanlah.. Cukuplah ketua Armada bunger yang cam aqua tu.. Ini dah berjangkit kat Pemuda UMNO. Mahacibai lu. - 25 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...