Naib Presiden
Parti Warisan Sabah (Warisan) Peter Anthony ditahan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi, lapor portal Borneo Today hari ini.
Beliau hadir ke pejabat SPRM di Kota Kinabalu untuk dirakam keterangan.
Menurut portal Free Malaysia Today pula, SPRM mengesahkan tangkapan itu dan berkata ahli
politik itu dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret esok untuk tahanan
reman bagi siasatan seterusnya.
Sebelum ini beberapa media melaporkan terdapat beberapa ahli perniagaan dan kontraktor di Sabah
yang menerima projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah, yang ketika itu dipimpin Datuk Seri Shafie Apdal, kini presiden
Warisan.
Malahannya poster memprovokasi bekas menteri itu juga tular di laman sosial.
Menurut laporan Borneo Post lagi, siasatan ke atas Naib Presiden Warisan itu juga ada kaitan dengan dakwaan membuat tuntutan palsu melebihi 42 juta untuk kerja-kerja kontraktor di UMS - Universiti Malaysia Sabah.
Turut dilaporkan, semalam SPRM menyerbu 15 lokasi di Sabah dalam siasatan mereka.
Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, SPRM telah membekukan RM179 juta dalam akaun bank, termasuk RM29 juta semalam, yang ada kaitan dengan siasatan kes itu.
"Semalam kami telah membekukan lebih daripada RM150 juta dalam akaun bank dalam kes Sabah baru-baru ini dan saya diberitahu baru-baru ini satu lagi RM29 juta (dalam akaun bank) telah dibekukan hari ini," katanya semalam ketika menyampaikan ucapannya di International 9 Persidangan Kewangan Jenayah dan Pembiayaan Keganasan di Kuala Lumpur.
Peter bagaimanapun menafikan pernah membuat
tuntutan palsu melebihi RM42 juta ketika melakukan kontrak kerja dengan
Universiti Malaysia Sabah (UMS).
“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular di media sosial yang
mengatakan saya disiasat SPRM kerana membuat tuntutan palsu.
“Kami tidak pernah buat sebarang tuntutan palsu dan semua pembayaran,
termasuk sijil mengesahkan penyelesaian kontrak daripada UMS, sudah
diterima. Jadi tidak timbul soal kami membuat tuntutan palsu,” katanya.