Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 Oktober 2017

Ada Wajah MB Kedah Di Promosi Karnival Kerjaya, EXCO Kata Kerajaan Negeri Tiada Kaitan.

Beberapa hari yang lalu media sosial menjadi kecoh berikutan beberapa pihak tampil meluahkan perasaan ditipu ketika menghadiri satu karnival yang dianjurkan untuk mahasiswa dan pengangur yang sedang mencari kerja.

Para hadirin mendakwa diminta untuk membeli borang yang berharga rm10 setiap satunya dan perlu membeli sekurang-kurangnya 5 borang bagi meningkatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan. Malahan sebelumnya pengunjung terpaksa beratur dan menunggu lama sebelum disuruh untuk mengisi borang dan menghadiri sesi interview. Dan apabila dibenarkan untuk masuk ke tapak karnival, apa yang ada ialah booth-booth menjual barangan seperti kosmetik, makanan dan barangan kesihatan berbanding booth-booth yang menawarkan peluang pekerjaan. Perkara itu kemudiannya mencetuskan rasa marah dan ketidakpuasan hati pengunjung yang menghadiri karnival berkenaan lantas mempersoalkan ia menerusi laman sosial.

Untuk rekod, jobsifu.com belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi bagi menjawab kesemua tuduhan yang tular di laman sosial.

Dalam pada itu, satu gambar screenshot yang memaparkan wajah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah didapati berlegar-legar di laman maya kononnya digunakan untuk mempromosikan karnival kerjaya yang diadakan baru-baru ini.

Ia sekaligus mencetuskan spekulasi dan pertanyaan orang ramai apakah kerajaan negeri dan Menteri Besar terlibat secara langsung dalam karnival kerjaya tersebut yang kini menjadi kecaman orang ramai gara-gara menipu pencari-pencari kerja.


Dalam satu respon kepada pihak media, Exco Kedah, Dato Sabrina menafikan kerajaan negeri terlibat dalam penganjuran karnival berkenaan.

"Program berkenaan adalah program penuh anjuran pihak swasta tanpa campurtangan dari kerajaan Kedah ia adalah sebuah penganjuran bebas," katanya.

Beliau juga mengakui Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah turut mendapat jemputan untuk menghadiri karnival berkenaan namun memilih untuk tidak menghadiri atas alasan tertentu. 

"Saya akui Menteri Besar bagi pihak kerajaan negeri turut menerima jemputan untuk hadir ke program berkenaan namun beliau memutuskan untuk tidak hadir atas alasan tertentu," katanya lagi seperti dalam kenyataan tersebut. 

Bagaimanapun jawapan balas oleh kerajaan negeri itu tidak dapat diterima oleh netizens. Rata-ratanya mahu kerajaan negeri mengambil tindakan tegas ke atas pihak penganjur yang didakwa menipu dan memperdayakan pelanggannya dengan iklan yang manipulasi dan mengandungi unsur scam. 

Ini sebagai pengajaran agar lainkali penganjur tidak sewenang-wenangnya melakukan scam dan memanipulasikan pengguna dengan bahan promosi yang menggunakan wajah-wajah tokoh terkenal bagi menarik perhatian orang awam, ulas netizens lagi. 
 

Berikut adalah kenyataan penuh oleh pihak kerajaan negeri Kedah

Penganjuran karnival kerjaya

Salam Muafakat Kedah. 


1. Untuk makluman rakan rakan media dan semua yang berkenaan Karnival Kerjaya Zon Utara Jobsifu.com 2017 yang berlangsung di Grand Ballroom, TH Hotel pada jam 2 petang 30 September 2017 tiada sebarang kaitan dengan kerajaan negeri dari segi penganjuran atau penajaan. 

2. Program berkenaan adalah program anjuran penuh pihak swasta tanpa sebarang campurtangan dari kerajaan negeri Kedah dan ia adalah sebuah penganjuran bebas.

3. Saya akui Menteri Besar bagi pihak kerajaan negeri turut menerima jemputan untuk hadir ke program berkenaan namun beliau memutuskan untuk tidak hadir atas alasan tertentu. 

4. Saya juga difahamkan berlaku sedikit kekecohan membabitkan yuran yang dikenakan oleh pihak penganjur namun sehingga kini saya belum menerima makluman rasmi mengenainya.

5. Bagaimanapun sebagai mewakili kerajaan negeri saya kesal dengan apa yang berlaku dan berharap pihak penganjur supaya lebih sensitif dan bertanggungjawab dengan isu isu berkaitan supaya ia tidak mendatangkan masalah dan menimbulkan kemarahan mana mana pihak khususnya kepada individu yang menjadi kumpulan sasar program ini.

YB Dato' Norsabrina Mohd Noor 
Exco Kerajaan Negeri Kedah,
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...