Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 6 Oktober 2017

Sebenarnya Malaysia Perlu Diselamatkan Dari Orang Seperti Syed Saddiq..

Oleh : Syahir
Bila Syed Saddiq Syed Abdul Rahman buat sidang media umumkan keputusan tak jadi masuk Oxford tiga hari lepas saya adalah antara yang "mengutuk" sidang media tersebut (di Twitter).
Ada fanboys dan fangirls Syed Saddiq kata saya obses, dengki dan sebagainya.
Sebenarnya saya tak kutuk keputusan dia taknak pergi Oxford dan tolak biasiswa yang ditawarkan sebab saya percaya dia ada hak nak buat keputusan tersebut. Malaysia is a free country.
Apa yang saya kutuk adalah ALASAN di sebalik penolakan tawaran tersebut bukannya keputusan dia menolak tawaran tersebut.
Alasan dia taknak sambung belajar kerana kononnya dia sayangkan Malaysia - rasuah berleluasa, rakyat tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi, Malaysia ni dah teruk sangat jadi dia kena tangguhkan hasrat sambung belajar di universiti impian dia demi negara.
Dia rasa dia lah "Messiah", penyelamat negara kita sedangkan dia tak lebih daripada seorang Drama King.
Mungkin banyak yang tak perasan, Syed Saddiq ni suka bermain dengan emosi dan sentimen. Dia ulang-ulang cerita dibuang kerja pensyarah sambilan UIA dan researcher (think tank kerajaan negeri Johor Bait-al-Amanah; dah serang Presiden UMNO takkan kau expect nak kerja dengan think tank UMNO lagi?) selepas dia bersuara tentang 1MDB, dia dakwa ibu-bapanya diugut dan macam-macam lagi.
Saya faham, sebagai seorang yang tidak ada banyak bakat mahupun pengetahuan dalam bidang-bidang kritikal seperti ekonomi, kewangan dan public policy, Syed Saddiq perlu menggunakan sentimen untuk meraih sokongan orang ramai.
Alasan Malaysia sudah terlampau teruk dan perlu diselamatkan bagi saya adalah satu penghinaan kepada negara yang kita sama-sama cintai.
Teruk sangatkah Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman? Adakah ibu-bapa kamu tak ada pekerjaan? Adakah kamu hidup merempat? Adakah kamu tak boleh beli makanan kerana harga barang naik? Adakah keluarga kamu kena mengemis untuk hidup?
Sebagai seorang yang selalu mempamerkan diri dia sebagai pejuang pendidikan - contohnya bila biasiswa dipotong dan bajet pendidikan dikurangkan tahun lepas, alasan Malaysia perlu diselamatkan adalah penghinaan kepada pelajar-pelajar Malaysia pada hujung 90-an yang tidak dapat melanjutkan pelajaran di luar negara kerana kerajaan membatalkan biasiswa luar negara disebabkan krisis ekonomi pada masa itu.
Ketika itu Dr. Mahathir bin Mohamad membelanjakan duit rakyat berbillion-billion untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni dan juga anak-anak beliau. Dalam masa yang sama bajet pendidikan sekolah dan universiti dipotong, biasiswa ke luar negara dibekukan terus oleh kerajaan. Pengorbanan sebenar dibuat oleh pelajar-pelajar pada masa itu untuk mengurangkan bebanan kewangan kerajaan - bukannya pengorbanan yang macam Syed Saddiq buat.
Cakap sahaja kamu ada cita-cita politik, mahu bertanding di pilihanraya yang akan datang, mahu jadi ahli parlimen termuda tak perlu mereka cerita-cerita dongeng yang Malaysia perlu diselamatkan.
Kemudian nak buat lebih drama, tuduh ada orang nak rasuah dia.
Senang cerita kalau ada orang cuba rasuah, pergi buat laporan SPRM. Dah 3 hari tuduh orang cuba rasuah tapi masih belum kemukakan bukti dan buat laporan kepada SPRM. Yang dia dah buat laporan polis kononnya diugut oleh sesetengah pula.
Yang lebih kelakar, dia cabar individu yang didakwa cuba merasuah dia untuk menafikan dakwaan dia. Seorang graduan undang-undang daripada UIA tak faham beban bukti jatuh kepada orang yang menuduh bukan orang yang dituduh? Kamu dah tuduh orang buat salah, kamu tak kemukakan bukti tapi kamu suruh orang yang kena tuduh nafikan? Gila ke apa?
Malaysia tak perlu diselamatkan oleh manusia seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Sebenarnya Malaysia perlu diselamatkan DARIPADA manusia seperti dia.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...