Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 Oktober 2017

Sambil Bermadah, 'Bernyanyi', Amanah Balas Kritikan 'Pergi Meninggal' Nik Abduh.

Oleh : Dr. Mujahid Rawa

1. Mabuk ada macam-macam, selain mabuk hakiki ada mabuk majazi. Adinda Nik Abduh sudah mabuk cinta dengan dengan pembenci Pakatan agaknya, maka semua yang disuka oleh kekasihnya itulah yang dimadahkan dan setiap sesuatu yang yang dibenci kekasihnya itulah yang dipenakan. Adat mabuk cinta begitulah adanya. 

Sumber - Google
2. Orang mabuk cinta memang begitu, katanya kurang difahami. Hanya kekasihnya sahaja yang mengetahui apa yang diungkapkan namun bagi pendengar lain kata-katanya hanyalah bebelan yang layak dikatakan ‘meraban’ aja (baca meghaban, dialek Melaka) 

3. Contohnya adinda mengatakan AMANAH anti reformis dalam masyarakat sedangkan AMANAH diasaskan dan ‘meninggal’ PAS kerana kejumudan PAS. Kejumudan adalah sifat bertentangan dengan ciri reformis. Tiada yang lebih jumud daripada parti yang telah berjaya merobohkan tembok perkauman berpuluhan tahun, tiba-tiba generasi adinda kembali membinanya semula. 

4. Dalam ungkapan adinda tersirat hanya PAS sahaja yang boleh mereformasi masyarakat lantas AMANAH gopoh dan mengganggu usaha ini. Orang mabuk tak sedar apa yang diungkapkan, dalam kata adinda sendiri sudah ada sifat ‘takabur eksklusif’ iaitu perasaan bangga dia sahaja yang buat baik, orang lain tidak. Meminjam kata-kata Sdr Hanipa Mydin, ‘parti suci’, ingatkah adinda lagi pada Hanipa? 

5. Tup..tup..orang lain pula jadi sasaran. IKRAM ‘duri dalam daging Gerakan Islam’. Jika benar cinta itu buta, butakah mata adinda? IKRAM atas apa kelemahannya telah melahirkan institusi pendidikan berkualiti, para profesional dan ulamak serta produk ahlinya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Bagaimana duri dalam daging begitu berjaya? 

6. Mungkin ‘Gerakan Islam’ yang tidak ada masalah ialah yang melahirkan golongan takfiri, maki hamun saudara se Islam, halalkan darah yang tidak setuju dengannya atau yang ala-ala ISIS. Saya maafkan adinda kerana dalam lamunan adinda penilaian agak lemah, al maklum sajalah. 

7. Adinda Nik Abduh ada sebut tentang ‘Fiqh al waqie Al Malayzi’ dengan sinis. Apa yang sinisnya kalau para ulamak silam telah menjelaskan bahawa keadaan sesuatu tempat dan masanya menentukan sesuatu hukum. Saya maafkan sekali adindaku, saya lupa, hanya parti adinda sahaja yang boleh menyebut istilah Arab sebab itu menandakan betapa Islamiknya adinda. Istilah ‘taa’wun’ pun parti adinda sajalah yang ada hak cipta terpelihara menafsirkannya. 

8. Sekali lagi ‘sang pemabuk cinta’ mendedahkan apa yang ada dalam kepalanya. Bukan sahaja DAP yang mahu selamatkan Malaysia, seluruh rakyat yang waras dan segar kepalanya mahu negara ini selamat dari pemimpin kleptokrasi. Kami dari Pakatan Harapan hanya menyedarkan rakyat ‘bahaya’ yang akan menimpa jika rakyat terus leka kerana negara ini bisa sahaja dijual dan dilelong macam mereka melelong RUU355, ingatkah adinda? 

9. Itulah kejujuran adinda, bahawa segala yang membahayakan Malaysia angkara UMNO/BN yang makan dedak dan MO1 yang merompak seolah hanya sandiwara DAP untuk menakut-nakutkan rakyat. Kali ini kekanda harus bagi kredit pada adinda, sekurangnya bab ini adinda tidak meraban hanya ulang skrip sahaja. 

10. Zombi Kg Pisang adalah tentang watak yang berhadapan dengan bahaya kampungnya. Watak-watak itu adalah tipikal watak Melayu yang penting diri dan ada agenda tersendiri. Ia bukan tentang zombi tetapi bagaimana kita bertindak balas dengan bahaya. Mamat Khalid terkenal pengkritik masyarakat Melayu melalui satiranya. Cubalah adinda cari sendiri watak manakah dalam cerita itu sesuai dengan cara berfikir adinda. 

11. Tulisan adinda penuh rasa ingin membuktikan sesuatu kepada kekasih bukan soal isi kandungannya. Kekanda rasai, ia satu siksaan menanti keputusan sebenarnya. Lirik lagu ini boleh menenangkan tidur adinda tapi jangan lupa baca 3 qul dulu ya. 

Jika benar cinta itu buta 
Butakah mata ku 
Berkali terluka masih jua ku menunggu 
Apa yang ku ingin kan 
Hanya kejujuran dalam perhubungan 
Jika itu tiada apalah ertinya 
Penantian ini hanya sia-sia.. 

Kekanda mu 
Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa 
Bekas Ahli yang ‘meninggal’ Pas 
Naib Presiden AMANAH ‘meninggal’ Pas 
4hb Okt 2017

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...