Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 6 Oktober 2017

Kau Tu 'Anjing, Pelacur', - Wanita Lapor Polis Kerana Diserang Siber Penyokong Pro DAP.

Seorang wanita dari Parti Rakyat Malaysia Bersatu (MUP) mendakwa menjadi mangsa buli siber setelah digelar sebagai 'anjing' dan 'pelacur' menerusi ruangan komen oleh sebuah halaman Facebook pro-DAP.
Wanita berkenaan, Kee Lean Er merupakan Setiausaha Agung MUP berkata, selain dirinya, Timbalan Presiden Koay Xing Boon juga dihina dengan gelaran 'pencuri' lapor Malaysian Digest.
"DAP perlu lebih bertanggungjawab dan memberi amaran kepada penyokongnya untuk tidak membuli orang diatas talian. Ini menyalahi undang-undang.
"Mereka boleh mengkritik kami tetapi bukan dengan cara sebegitu.
"Apabila saya melihatnya, saya membawa perkara tersebut ke pengetahuan presiden dengan segera dan beliau menasihatkan kami untuk membuat laporan polis," katanya.
Kee berkata, halaman Facebook dengan nama '请用行动支持火箭 * Support DAP with Contributions' telah berkongsi sebuah artikel penubuhan MUP sebagai sebuah parti yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Artikel berkenaan menemubual Kee dan timbalan presiden parti dan kedua-duanya diserang bertalu-talu diruangan komentar.
Ujar Kee, beliau kecewa dengan sikap penyokong DAP bertindak sedimikian di media sosial.
"Apa yang telah saya lakukan sehingga diperlakukan sebegini? Didalam temubual tersebut, saya tidak membuat sebarang komen negatif terhadap parti lain.
"DAP perlu menasihati penyokongnya untuk menghentikan buli siber ini," ujarnya selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Jalan Patani, Pulau Pinang, semalam.
Memetik laporan New Straits Times, Kee menjelaskan bahawa pihak polis juga menyarankan beliau untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Jelasnya, beliau akan berbuat sedemikian selepas berunding dengan peguamnya.
"Biar pihak berkuasa menjejak mereka dan mengambil tindakan ke atas mereka," katanya lagi.
MUP dilancarkan pada Julai tahun ini dengan objektif menjadi penimbang tara antara kerajaan pemerintah dan pembangkang.
Parti berkenaan juga menyatakan hasrat untuk bertanding di Pulau Pinang pada PRU akan datang.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...