Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 4 Oktober 2017

Beberapa Teori Tentang Sidang Media Syed Saddiq Yang Penuh Misteri..

"Takan tak jadi nak sambung belajar sampai buat sidang media?".

"Setakat nak tolak biasiswa Oxford tak perlu la beria-ria buat PC macam dunia nak terbalik pula".

"Benda macam neh tulis kat Facebook dah la. Buat apa la kau buat gempak".

Itulah antara sindiran-sindiran tajam yang diterima oleh Syed Saddiq sejak dua tiga hari ini berikutan membuat sidang media tergempar bagi mengumumkan keputusan beliau untuk menolak biasiswa dari Oxford dalam bidang Public Policy. Biasiswa itu menurut Syed Saddiq bernilai 400,000.

Keputusan itu dibuat berikutan Syed Saddiq merasakan selamatkan Malaysia lebih penting daripada meneruskan hasrat menyambung pengajian ke Oxford meskipun beliau sudah lama memasang cita-cita dan angan-angan untuk sambung belajar ke sana katanya.

Dalam sidang yang sama juga, Syed mendakwa ada cubaan sogok bernilai 5 juta telah ditawarkan kepada beliau jika beliau berhenti berpolitik dan memilih untuk sambung belajar dan mengutuk kepimpinan Mahathir dan PPBM.
Selain itu dakwa Syed lagi, beliau juga telah diugut dan diancam dengan serangan-serangan peribadi yang membabitkan ahli keluarganya, abangnya yang mana perkara-perkara itu bukanlah jenayah (dipercayai ada kaitan dengan sikap dan moral) yang boleh dihukum secara undang-undang.

Meskipun diserang, diancam dan disogok, beliau tidak akan tunduk dan mengalah katanya lagi.

Menurut Syed Saddiq lagi, beliau ada beberapa bukti percubaan-percubaan yang menawarkan sogokan dan akan menyerahkan bukti kepada pemimpin PPBM dalam masa terdekat.

Syed Saddiq juga turut menangis dalam sidang berkenaan.

Sidang media Syed Saddiq itu juga sebenarnya mendatangkan minat kepada netizes untuk mengulasnya sehingga menimbulkan pelbagai teori di sosial media. Berikut kami himpunkan untuk tatapan anda. Ini adalah teori semata-mata dan terserah untuk anda menilainya sendiri.

Teori 1

- Syed Saddiq dari awal lagi memang tiada niat nak keluar PPBM ataupun nak sambung belajar. Dia sebenarnya sedang buat political stunt untuk dapatkan seat Parlimen dan mahu mencipta sejarah sebagai Ahli Parlimen termuda di Malaysia. Dia ditawarkan seat untuk bertanding tapi DUN dan bukannya Parlimen. Sudah tentulah dia kecewa. Jadi ini mungkin gimik supaya PPBM approve apa yang dia inginkan sebenarnya. Papa Gomo dan UMNO tu pun kena main dengan dia. Dia gunakan alasan 'Selamatkan Malaysia', dan menolak tawaran sambung belajar untuk tutup helah sebenar dia.

Teori 2

- Syed Saddiq gunakan UMNO dan Papa Gomo untuk buat political stunt. Dia memang nak uturn sungguh-sungguh kalau tak dapat apa yang dihajati iaitu seat parlimen. Tapi last minute ada perbincangan la tu. Itu sebabnya dia uturn dan buat propaganda baru dengan sidang media tolak tawaran sambung belajar. Yang bodohnya UMNO dan Papa Gomo. Kena kelentong buta-buta je. Bijak juga Syed Saddiq neh.

Teori 3

- Dengar citer Syed Saddiq dilamun cinta dengan anak orang kenamaan. Politik juga la. Dari pembangkang. So logik ke dia nak tinggalkan pembangkang? Memang tak logik. Tapi Syed Saddiq mungkin diugut dengan isu tertentu yang membabitkan maruah keluarganya. So dia dalam dilema. Nak selamatkan maruah keluarga atau Malaysia. 

Teori 4

- Syed Saddiq memang takan sambung belajar pun sebab dia nak bertanding PRU. Cuba tengok kertas-kertas yang Syed Saddiq pegang masa sidang media. Dia baca ke pun isi kandungan kertas-kertas tu? Aku rasa apa yang tertera atas kertas tu lain dan apa yang dia sampaikan tu lain. Berbeza. Sebab tu dia macam baca tak baca nota-nota atas kertas tu. Tapi memang pelik la kenapa dia buat sidang media semata-mata nak bagitau dia tolak tawaran Oxford. Ada sesuatu yang misteri disini. Lepas tu kenapa Papa Gomo dapat menghidu awal-awal Syed Saddiq akan buat sidang media? Apa benda yang dirancang secara rahsia sebenarnya? Ke mereka berdua bekerjasama untuk mencapai hasrat masing-masing?

Teori 5

- Cerita Syed Saddiq half bake. Separuh benar separuh lagi tipu. Korang percaya ke dia bayar rm1,800 kat hotel Pan Pacific untuk buat sidang media selama sejam sedangkan dia boleh buat benda yang sama kat Facebook Live atau buat sidang media kat mana-mana tempat yang lebih murah dan berbaloi? Aku rasa macam neh. Dia mempergunakan seseorang dalam UMNO. Dia mendekati seseorang tu tapi seseorang tu tak boleh percayakan Syed Saddiq membuta tuli. Orang tu nak dia buat PC dulu untuk buktikan Syed Saddiq nak uturn. Untuk buktikan dia memang nak buat macam yang dia cakap. Sebab tu Syed Saddiq yang kena bayar duit PC. Kalau betul UMNO yang tentukan tempat, UMNO la yang bayar sebab UMNO yang book. Dia sebenarnya kalau nak uturn kat mana-mana pun boleh. Kenapa spesifically hotel itu dengan bayaran seperti itu? Tak ke bodoh namanya tu bila kononnya UMNO tentukan tempat, dia pergi buat sidang dan dia bayar guna duit dia? Dia boleh je tak pergi dan tak membuat apa-apa pembayaran kan? Dia memang bodoh sebab rugi 1,800 macam tu je. Baik bagi orang miskin makan. Pahala lagi! 

Satu lagi kan. Dia kata kat press yang duit PC boleh diclaim la dari pihak satu lagi (UMNO la tu) tapi bila dia tak buat macam yang pihak tu suruh so dia tak rasa duit tu boleh claim. Apa la bengap sangat kau Syed Saddiq. Dah awal-awal kau pun dah plan takan berubah so buat apa kau bayar? Takan masa tu tak fikir yang kau takan dapat ganti rugi balik sebab tak buat apa yang dorang suruh? Sebab tu aku kata citer budak neh half bake! Banyak yang tak sepadan la!

Teori 6

Bagi aku yang paling pelik dalam cerita neh status Facebook mak dia.


Kejap ada kejap takde macam biskut. So pandai-pandailah nak kaitkan kenapa status tersebut hilang secara misteri..

Teori 7

Aku baca TMI yang Syed Saddiq sepatutnya hadir satu program Pakatan Harapan kat Bukit Melawati tapi batalkan last minute. Faham tak? Batalkan last minute? Orang-orang BERSATU pun tidak tahu dia nak buat sidang media. Dia invite orang-orang media ke PC dia yang kononnya tempat ditentukan oleh pihak yang tawarkan sogokan untuk dia tapi dia bayar duit PC? Kelakar kan? Sebenarnya setakat nak umum tak jadi nak sambung belajar (tapi aku rasa rugilah dia tolak sebab lepas balik Malaysia dia boleh sambung berpolitik. Tengok Dayana Sofea. Elok je sambung belajar kat UK) dan nak bagitau ada orang SOGOK dia 5 JUTA dia tak perlu susah-susah buat PC kat tempat MAHAL-MAHAL. Buat kat IBU PEJABAT BERSATU dah la. Dia kan KETUA ARMADA. Dalam pada mengata orang susah sebab GST dia boleh pula bayar 1,800 sejam untuk buat PC. Tu pun sebab nak umum tak jadi sambung belajar? Perlu ke sampai buang duit ribu-ribu nak bagitau cerita pasal tu je? Nampak sangat dia cuba sorokkan sesuatu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...