Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 17 Julai 2014

Rakyat Malaysia Ramai Yang Bodoh. Dan Hit.fm Juga Bodoh.

Nampak sangat bertujuan mencari gaduh. Dan, ya. Memang itulah tujuannya. Mencari gaduh.

Pagi tadi.


Aku jadi bengang.

Baikla. Baikla. Kiki. Bertenang. Bukan ko yang aku nak maki. Tapi orang lain Kiki. Ko dok tepi.

Aku nak maki rakyat Malaysia. Dan aku nak maki Hitfm. Aku juga berminat nak maki DG. Aku mungkin nak maki PEUGEOT Malaysia. Atau aku mungkin nak maki semua orang. Silap2 aku maki diri aku pun ada juga neh pasal dah gila maki sangat. Dan macam biasa. Aku tak pernah dulu untuk maki UMNO.

Alasan maki dihalalkan oleh aku bila ternampak ini.


Biro sosial etika la pula.

Aku sebenarnya tak kisah. Aku bukan marah puak2 di atas menghiglightkan isu Kiki. Tujuan mereka mungkin nak mendapatkan millage populariti atas isu. Atau mungkin memang berjiwa murni untuk selesaikan masalah. Aku tatau. Dan aku tak kisah walau apa2 pun niat dorang.

Yang aku pertikaikan ialah. Kenapa korang rakyat Malaysia suka focus kepada isu remeh temeh semata2? Jangan samakan kedudukan aku dengan korang. Aku citer pasal Kiki. Tapi kes Chubadak kena tindas aku lapor juga. Aku citer pasal Kiki tapi isu2 kemanusiaan dan penindasan pun aku main juga. Aku tak focus isu remeh temeh semata2 tapi aku seragamkan dan pelbagai isu atas tujuan mendapatkan perhatian sebab mungkin bila mereka klik blog aku baca pasal Kiki, mungkin mereka akan tengok kiri kanan blog yang ada juga selit pasal artikel2 kemanusiaan yang lain. Dan mungkin, aku berhasil dapatkan kumpulan sasaran yang baru. Yang selama ini malas nak peduli isu2 politik. Itu sebab aku cakap, jangan samakan situasi aku dengan ko. Situasi pelapor atau pemain media dia sedikit berbeza dengan situasi orang awam. Orang awam macam ko memang bodoh sangat bila hanya tahu main isu2 terpilih dan tak berapa penting pun bagi mengubah Malaysia neh ke arah yang lebih baik.

Ada media. Dia memang mainkan isu2 terpilih. Macam Utusan. Tapi ada juga media yang dia terbuka macam Awani. Awani lapor semua isu. Isu KG. Chubadak pun Awani lapor. Isu penindasan peniaga di bazar ramadhan pun Awani lapor. Tapi tak nampak pula majoriti rakyat Malaysia prihatin dengan isu2 penting macam tue. Takde plak hastag worldwide. Takde pula ramai2 nak sebarkan troll, kondem ataupun buat ayat2 maki hamun semua. Takde. Yang selalu concern hanyalah aktivis2 politik. Then aktivis2 kemanusiaan. Dan aktivis2 ini la akhirnya kena maki balik sebab mempolitikkan semua benda. Macam mana mereka tak politikkan? Mereka nak datangkan sokongan awam tapi orang awam sendiri perangai MACAM BULLSHIT.

ISU BODOH KORANG MAIN 24 JAM.
KORANG SANGGUP RETWEET.
KORANG SANGGUP SHARE.

Aktivis politik dan kemanusiaan minta share korang kata gila glamer. Minta like korang kata syok sendiri. Tapi korang tatau bagaimana media sosial berperanan. Tatau dia punya SEO. Tatau dia punya ALGORITHMN. Ia bukan penting sangat untuk dapatkan jumlah LIKE dan SHARE. Tapi jika tujuannnya untuk mendapatkan sokongan awam, jumlah LIKE DAN SHARE ini sangat memainkan peranan sebab ia akan menyebarkan isu, ataupun kita sebut VIRAL. Bila VIRAL orang baca. Bila baca boleh jadi timbul kesedaran. Yang taknak sedar tue tolak tepi. Tetapi kita sasarkan pada kelompok2 yang mungkin kurang tahu bagaimana mendapatkan maklumat2 berkaitan penindasan dan penipuan kerajaan dan sebagainya so bila orang LIKE, SHARE ataupun RETWEET korang memainkan peranan membantu kami untuk menyedarkan orang awam yang ketinggalan maklumat. Ini bukan pasal populariti langsung. 

Tetapi.

Bila lapor isu Chubadak. Buat hashtag. Buat poster.

Yang sebar = sikit.
Yang amek tahu = lagi sikit.
Hashtag = usah kata worldwide, Malaysia pun tak lepas.

Ini isu kemanusiaan. Kita citer pasal orang kena tindas. Tapi apa peranan masyarakat dan syarikat2 korporat serta parti2 politik yang ada di negara ini?

Hitz FM ataupun Era FM tak pernah amek tahu atau popularkan isu Chubadak.

Digi? Tak pernah peduli pun.

Peugeot? Ada ke kereta brand pegeot kena tolak dengan jentera DBKL?

UMNO? Biro etika? Biro penindasan? Chubadak? Apa tue? Kuih ek?

Rakyat Malaysia taknak peduli. Syarikat2 kapitalis lagi la haram nak peduli. Hanya isu bodoh yang layak mendapat tempat di ahti rakyat Malaysia. Isu cerdik jangan. Isu cerdik sangat berat kerana ia menguji tahap orang awam berfikir. Betul tak?

Betul. Sebab itu BN 56 tahun di Malaysia. Bukan kerana BN itu bijak tetapi kerana rakyat Malaysia yang BODOH bukan sedikit jumlahnya. Tak guna la ko jadi aktivis yang pongpang2 24 jam sehari pasal penindasan jika tiada orang disitu yang mahu bersama2 ko. Punyala banyak bantuan yang diperlukan oleh orang2 tertindas tapi tak pernah pula isu2 macam tue mendapatkan perhatian umum secara besar-besaran. Punyala banyak penindasan yang berlaku 24 jam tapi akhirnya isu2 remeh juga yang berjaya mendapat perhatian pengguna2 media sosial.

Aku taknak kata peranan media salah 100%. Ada yang memainkan peranan dengan adil kat sini. Yang tak adil itu citer lain. Media lapor pongpang2 pun kalau orang taknak baca maka orang taknak baca. Kalau orang taknak viral maka orang taknak viral. Betul ke media yang bertanggungjawab mempopularkan satu2 isu ataupun sebenarnya ko sendiri? Mengaku la rakyat Malaysia. Korang sendiri yang tentukan apa isu yang korang sendiri nak peduli dan berhenti menyalahkan media 24 jam. Banyak isu2 rakyat yang portal2 online neh main tapi apsal isu2 remeh aje yang selalu naik sampai masuk tv radio apa semua?

Ia kerana. Media juga bekerja berdasarkan kepada sentimen umum. Bila media melihat rakyat concern dengan satu2 isu berdasarkan tahap RANGKING dan HITS klik maka MEDIA TAHU bahawa isu tersebut sedang POPULAR dan itula yang RAKYAT sedang mahu tahu. Maka itula sebab MEDIA MELAPORKAN ia berkali2. Media ialah orang tengah kepada apa yang ko nak tahu. Ko sendiri yang tentukan apa yang ko baca. Dan berhenti salahkan media atas sikap buruk ko yang memang hanya concern isu2 remeh dan abaikan isu2 yang penting. 

Ibaratnya. Ada banyak jenis buku kat luar sana. Ada rak novel cinta. Ada rak isu kemanusiaan. Jika ko takde keinginan nak baca citer kemanusiaan maka berapa banyak isu2 kemanusiaan yang tersebar pun ko takan peduli nak amek tahu. Sebab ia adalah diri ko sendiri yang tentukan apa yang ko nak peduli dan apa yang ko taknak peduli. Bila ko taknak peduli andai aku berdiri depan ko terangkan pasal GST pun ko memang taknak dengar. Sebab ko memang bukan jenis peduli punya orang. Korang meletakkan kesalahan ke atas media sebab itula satu2nya cara untuk korang alihkan kesalahan korang bagi menutup sikap korang yang memang bukan jenis peduli pun mengenai masalah2 yang berlaku di Malaysia. 

Jadi. Daripada salahkan media. Apa kata korang cermin muka korang tue. Berhenti salahkan media dan mula la berfikir betapa bodohnya korang dalam menentukan apa isu2 yang patut disebarkan secara berleluasa dan apa pula isu2 yang tak sepatutnya dimainkan secara keterlaluan.

Okay? Tak okay? Tak okay ko punya pasal la. Ada aku kesah.  

Owh ye. Lupa nak bagitau. Kepada radio2 macam Hitz ka apa ka, suka ahti korang la nak jemput sapa2 pun jadi tetamu korang. Dan suka ahti aku juga la nak kutuk korang bodoh. Korang memang bodoh kerana terlalu mengambil berat atas isu2 remeh dan tak pernah peduli berapa ramai rakyat tertindas diluar sana yang perlukan perhatian radio bagi menyalurkan masalah yang mereka hadapi untuk tujuan mendapatkan sokongan awam. Media terpilih macam korang memang layak dapat bodoh dari aku.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...