Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 16 Julai 2014

#CDM25 : Uncle Sudah Maafkan Wanita Steering Lock - Bashing Online Semakin Melampaui Batas.

Nampaknya.

Uncle tue yang maafkan wanita tersebut. Inila pengakuan yang dibuat oleh Polis Kuantan sebentar tadi. Sapa yang buat salah dengan sapa dan sapa pula yang maafkan sapa neh?

Aku respect la uncle tue. PENYABAR GILA.

Kronologinya. 

Ikut kenyataan polis.

1. Wanita tersebut buat laporan polis akan kemalangan tersebut.

2. Gambar di bawah ialah GAMBAR KEROSAKKAN TERUK kereta dia.


Teruk sangat neh. Teruk. Teruk gila babik calarnya. Mao juta2 kos untuk repair. OoOoOoOoooo..

3. Uncle tue tak buat apa2 laporan polis pun.

4. Maksudnya uncle tue bersedia je kalau polis siasat kemalangan tersebut dan dia perlu bayar pampasan akan kemalangan yang dia akibatkan.

5. Hey. Nanti dulu. Kereta uncle tue dirosakkan oleh Kiki takpe ke? Uncle tak buat laporan pun.

6. Uncle pun tak buat laporan bila Kiki curi kunci kereta uncle tue.

7. Uncle pun tak buat laporan bila Kiki menengking2 dia semacam membuli warga emas.

8. Apsal baik sangat neh Uncle? Kiki tak nampak tue. Kiki nampak UNCLE TUE CINA. Kiki benci orang cina.

Kesian. Kiki dilahirkan di Malaysia yang ada ramaiiiiiiiii orang cina. Tertekan agaknya si Kiki tue kan.

Kenyataan media ;


Yang kena serang dah memaafkan perbuatan tersebut. Tahniah uncle. Jiwa besar. Penyabar. Inila fadhilat bulan ramadhan yang sebenar. Tindakan uncle ini ialah contoh kepada umat Islam di Malaysia untuk menghayati RAMADHAN dalam erti kata yang sebenar. Petunjuk neh. Maka ada sesuatu yang kita kena usaha untuk fahamkan.

Meskipun PDRM tetap mahu meneruskan siasatan tapi tindakan UNCLE tersebut pada aku ialah satu perbuatan yang mulia sebab tidak mahu memanjangkan isu. Aku sendiri kalau kena kat tempat uncle tue mao berbakol2 maki hamun dan laporan polis aku buat kot.

Haha.

You have my respect uncle.

Namun dalam waktu yang sama, aku tengok pengguna2 media sosial neh macam dah lari arah. Okay juga layan troll. Sindir. Nasihat. Tapi motif maki hamun? Motif buat page palsu? Motif sebarkan gambar2 CDM ke mana2 hala dia pergi? Motif buat page kami benci CDM25? 

Jangan la keterlaluan sangat dalam membashing orang. Kita ke yang kena serang? Kita ke yang kena tengking? Kita ke yang pecah kereta? Kita ke yang kena sayor sayor? Kita tak kena apa2 pun. Kita emosi juga dengan tindakan wanita itu tapi salurkan emosi kita dengan cara yang betul la. Tak perlu over2 sangat la. Mana #pray4gaza kau? Dah berhenti ke apa neh? Baru berapa hari neh oi? Boikot apa citer neh oi? Cover2 la sikit oi. Apasal pula citer pasal skandal Hasan Malek tak selaku citer pasal CDM25 neh woit? Aku sensitif neh oi. Terasa tau tak, terasa.

Yang kena serang pun lagi cool. Yang korang plak over2 dah kenapa?

Bertenang. Teruskan troll dan sindir secara berhemah kalau mahu. Tapi jangan sampai kepada maki hamun dan serangan peribadi. Juga komen2 bangang macam nak rogol la nak baling batu la.. apa jadahnya. Ko sanggup jadi perogol (penjenayah) untuk betulkan moral orang? Sakit jiwa ke kau? Moral ko pun senget nak sembang bab moral orang konon.

BANGANG DOWH.

Apa2 pun. Aku tiru yang baik la dari sikap uncle yang kena serang tue. Uncle sudah memaafkan dia. Maka jalan selamat aku ikut pendirian uncle tue. Bertuah la ko pompuan. Rugi la ko benci orang cina. Rugi la ko jadi racist. Ini cina baik sudah mari. Lue jumpa satu dua cina jahat lue ingat semua cina jahat ka? Ini cina baik ada wo. Biasanya, orang jahat memang cenderung dan berkawan dengan orang jahat. Bukan sebab ko jahat ke pompuan itu sebab asyik terjumpa cina yang jahat ke? AKu kenal banyak je cina2 baik. Mungkin sebab aku baik kot?

KAH KAH KAH

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...