Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 13 Julai 2014

Ini Wajah Blogger UMNO Yang Ditahan Kerana Mahu Bunuh Mukhriz Mahathir.

Woww..

Blogger UMNO kena tahan sebab cari pasal dengan MB Kedah dan SU Sultan.


Baca jap ;


Blogger lelaki berusia 37 tahun yang disyaki membuat ugutan bunuh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, ditahan polis di Lembah Klang pada jam 5.45 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya, berkata lelaki berusia 37 tahun dan berasal dari Kedah itu ditahan kira-kira jam 5.45 petang berhubung komen berbaur ugutan dimuat naik melalui laman Fcebook mengguna pakai nama Padi Jantan.
 
“Kita sudah tahan lelaki terbabit selepas disyaki mempunyai kaitan dengan akaun Facebook Padi Jantn dan kini suspek sedang dibawa pulang ke Kedah untuk siasatan lanjut.

“Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah,” katanya di sini petang ini.

Kelmarin lebih 20 laporan polis dibuat pelbagai pihak di seluruh Kedah terhadap blogger Padi Jantn kerana mengugut untuk membunuh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Turut disebut melalui komen Facebook berbaur ugutan itu ialah Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah. -ST-

Tak payah kias2 nak sebut blogger la wei. Sebut jek terus terang BLOGGER UMNO. 

KAH KAH KAH

Korang gaduh ek? Gaduh pasal apa? Gaduh pasal tak dapat peruntukkan ek? Peruntukkan kena sekat ataupun sudah ada geng baru yang masuk untuk gantikan tempapt kempen2 di media sosial?

Itula. Di mana duit bermula, kita la kawan sejati. Di mana duit berakhir, segala hubungan kita juga berakhir di lautan hindi.

Kita kena terima la. Sebab kita pun macam tue juga. Ada duit kita rakan sebisnes. Takde duit takde bisnes takde la hubungan langsung. Ko sapa? Tak kenal pun aku.

Hehehe..

Aku nak tengok apa pula kisah terbaru yang si PADI JANTAN neh nak buka. Almaklumla lama dalam UMNO Kedah. Mesti banyak rahsia dia simpan tue. Jom kawan2. Kita tunggu dan tengok apa rahsia2 yang dia bakal dedahkan sebab sakit ahti kena tahan dan siasat tak pasal2. Orang tulis aje di facebook pun depa seriau. Hadoi laa..

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...