Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 19 Julai 2014

Wan Azizah MB Selangor YG Baru Selepas Sambutan Aidilfitri.



PKR dipercayai sudahpun mencapai kesepakatan untuk menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas sambutan Aidilfitri.

Keputusan itu timbul selepas tekanan bertubi-tubi dari sekutunya dalam Pakatan Rakyat dan ahli parti,

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai sudah bertemu dengan pemimpin parti di Selangor semalam, dan mencadangkan isterinya dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Menurut akhbar China Press, Anwar berkata PKR sudah memutuskan untuk menggantikan Khalid.

Menurut sumber parti, Anwar berjaya mendapat sokongan pemimpin-pemimpin partinya selepas berjaya meyakinkan biro politik PKR berhubung pilihannya itu.

Sumber sama mendakwa Anwar memilih Wan Azizah untuk "menstabilkan" parti, yang dilanda siri kontroversi selepas mengaakan pemilihan secara terus buat kali kedua tahun ini.

"Siapa yang berani lawan Anwar? Mereka mungkin merungut di belakangnya tetapi di di depannya, mereka semua pak turut," kata sumber itu yang enggan dinamakan.

Pak turut?

Sapa?

Ahli2 parti?

Hahaha... maaf rakyat bukan ahli2 parti. Kami tak berminat nak jadi pak turut. Buatlah referendum terbuka. Biar rakyat yang diberikan mandat untuk pilih siapa MB yang mereka mahu. Be it keputusan itu dimenangi oleh Wan Azizah, Khalid ataupun Azmin Ali kita hormat sudah sebab suara majoriti orang ramai.

Ada berani ka?

Aku malas nak ulang2 dah pendirian aku mengenai perlantikan Wan Azizah dan pertukaran MB. Aku rasa sapa yang dah baca posting2 sebelum neh sedia faham pendirian aku macam mana.

Apa pun tahniah la Wan Azizah. Bakal cipta sejarah. MB wanita pertama. Mrs boneka yang mana semua penyokong2 PR tahu anda boneka tapi mereka akan buat2 tatau bahawa anda boneka dan bersedia dengan seribu macam artikel untuk touch-up kredibliti anda.

Hahaha..

POLITIK ma.

Kbai.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...