Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 16 Julai 2014

Ini Bukti Hasan Malek Kantoi Campurtangan Dalam Pinjaman Deepak Dari Bank Rakyat.

Surat ini ialah bukti bahawa Hasan Malek terlibat secara langsung dengan skandal pinjaman tanpa riba Deepak dengan Bank Rakyat. Campurtangan oleh Hasan Malek kelihatan jelas melalui tandatangan dan arahan yang dibuat olehnya.

Lihat ;


Nampak?

Sapa yang sign?

Apa alamat surat tue?

Letterhead nampak?

Hah.

Ini bukti konkrit. Kita nak tahu kenapa Hasan Malek beria2 masuk campur dalam operasi pentadbiran Bank Rakyat dan apa hubungan Deepak dengan Hasan Malek? Apa hak dan kuasa yang Hasan Malek ada untuk tentukan operasi pentadbiran Bank Rakyat? Apa jawatan Hasan Malek dalam Bank Rakyat?

Pinjam juta2.
Takde riba, takde faedah.
Lambat bayar.
Guna check hadapan.

Menteri kemain lagi ye kau.

Bila rakyat komplen harga ayam mahal. Dia suruh makan daging atau ikan. Bukan nak bantu selesai masalah tapi buat tambah masalah. Tapi bila babitkan geng sendiri laju aje buat surat dan terus buat tindakan tue. Muktamad habis.

Memang dasarr...

Puiiiiiii..

Baca jap ;

Dua minggu lalu, National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW) telah mendapat beberapa dokumen penting yang menjadi bukti campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam hal ehwal pentadbiran Bank Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan seorang niagawan yang dilaporkan rapat dengan Perdana Menteri dan isterinya, iaitu Deepak Jaikishen.

Kesemua 13 dokumen yang diserahkan kepada NOW melibatkan surat menyurat rasmi di antara Bank Rakyat dan Menteri terbabit, kertas-kertas Lembaga Pengarah, memo dalaman dan lain-lain.

Setelah meneliti dokumen-dokumen ini, saya berpendapat bahawa ia bukan sahaja menjadi bukti campur tangan Menteri di dalam pengurusan Bank Rakyat, malah memberi gambaran betapa besarnya jumlah hutang Deepak Jaikishin dengan Bank Rakyat dan bagaimana dia telah mendapat layanan istimewa dari Bank Rakyat selama ini.

Bermula dari hari ini, NOW akan mendedahkan dokumen ini satu persatu untuk menjadi bukti terhadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Datuk Mustafha Razak, Pengarah Urusan Bank Rakyat kerana saya percaya ada asas yang kukuh telah berlakunya penyelewengan dan pecah amanah.

Bersama-sama ini saya sertakan surat dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada Datuk Mustafha Razak yang mengarahkan Bank Rakyat memberi layanan istimewa yang bertentangan dengan amalan biasa pentadbiran pinjaman Bank Rakyat setelah satu pertemuan diadakan di antara menteri, wakil Bank Rakyat dan Deepak Jaikishen pada 30 Januari 2014.

NOW juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap menteri terbabit pada hari Jumaat 18 Julai 2014 jam 11 pagi di ibu pejabat SPRM Putrajaya. Satu laporan terhadap Pengarah Urusan Bank Rakyat pula akan dibuat dengan Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID) pada hari Jumaat, 18 Julai 2014 jam 3 petang di ibu pejabat PDRM, Bukit Aman.

NOW akan mendedahkan dokumen-dokumen ini sepanjang bulan ini sehinggalah tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap kedua-dua mereka.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
Pengarah Eksekutif NOW

16 Julai 2014

Rujukan : sini

So, Hasan Malek. Tolong jawab ek. Rakyat nak tahu kenapa campurtangan itu berlaku.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...