Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 18 Julai 2014

Gambar2 Nahas Pesawat MAS #MH17.

Ya Allah.

Sedih tengok.

Ketika ini berlaku kejadian tolak menolak kesalahan mengenai siapa yang tembak peluru berpandu tue. Kejap Ukraine menafikan mereka terlibat. Rusia pun sama tak mengaku bahkan berkata mereka tiada kelengkapan tentera secanggih itu. Dan kumpulan pemisah pun tak mengaku.

Namun di twitter pula masing2 bertweet yang Ukraine mengaku itu kerja mereka. Rusia pun mengaku. Ah sudah.

Dalam news antarabangsa masing2 tak mengaku.

Tapi di twitter ada yang tweet kata masing2 mengaku itu kerja mereka pula.

Macam mana tue?

Kita tunggu la siasatan lanjut. Yang penting, kenapa orang lain bergaduh dengan orang lain, MALAYSIA jadi mangsa kamu? Itu yang jadi persoalannya. Apa salah MALAYSIA?

Updated. Ukraine dan Rusia masing2 menyampaikan takziah atas apa yang berlaku dan berjanji akan menyiasat hal tersebut dengan terperinci.

Aku tak percayakan si Ukraine dan Rusia yang sedang berperang angkara rebut wilayah. Aku harap boleh bentuk jawatankuasa bebas yang diketuai oleh Malaysia (mereka2 yang beramanah dan berintergriti tanpa campurtangan USA supaya tidak memburukkan situasi ataupun mempropaganda keadaan). Kita kena siasat punca nahas dan bawa keadilan untuk semua penumpang2 yang menjadi korban.

Berikut adalah gambar nahas berkaitan kejadian. 

Dipetik dari sumber Reuters.











Berikut adalah antara senarai anak kapal #MH17 yang ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu.



Dan berikut pula adalah analisis oleh Reuters yang dipercayai lokasi nahas #MH17 sebelum ditembak jatuh. 



Untuk rekod, 'kawasan panas' yang dilalui oleh MAS Airlines juga digunakan oleh penerbangan lain seperti Thai dan Air France. Maka, jangan la buat spekulasi sebarang dengan salah menyalah apa semua. Kita nak dapatkan maklumat lanjut dan lengkap dulu sebelum buat sebarang kenyataan. Cuba bawa bersabar masing2.

Tolong bawa bertenang.

Kita sudah tahu pengakhiran #MH17. Maka kita sama2 tenangkan jiwa yang sedang berduka. Bukan tambah spekulasi.

Harap maklum.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...