Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 18 Julai 2014

Pengakuan Pilot MAS Mengenai Zon Larangan Terbang - Rusia Nafi Terbang Di Ruang Udara Ukraine.

Ketika ini kelihatannya ramai pakar2 penerbangan yang lahir di media sosial. Semua mengulas macam tahu semua perkara.

Apa neh kawan2?

Cuba bawa bertenang dulu.

Apa yang berlaku ke atas #MH17 ialah satu insiden.
Apa yang kerajaan buat kat ko juga ialah satu insiden.
Dua insiden ini berbeza. Kena pandai asingkan isu supaya hujah2 kita nanti tidak la bercampur-aduk.

Insiden #MH17 ialah satu tragedi dan mari kita bertindak kumpulkan kenyataan demi kenyataan, hujah demi hujah, sebelum kita membuat satu kesimpulan melulu.

RT ada melaporkan bahawa ;

- Memetik satu sumber yang tidak mahu dinamakan memberitahu kepada pihak media bahawa pesawat yang membawa presiden Rusia, Vladimir Putin ada melakukan penerbangan menuju ke Brazil menggunakan pesawat peribadi yang dikhususkan untuk kegunaan presiden.

- Pesawat tersebut terbang dalam waktu yang lebih kurang dengan pesawat komersil MAS #MH17. Jarak perbezaan waktu adalah 30 minit dan alasan yang digunakan ialah pesawat milik Rusia dan MAS itu agak identical dari segi ''saiz, warna dan masa laluan di ruang udara Ukraine'.

Lihat gambar ;



 - Maka ini menyebabkan persepsi awam timbul bahawa mungkin kumpulan pemisah Ukraine mahu menembak pesawat yang dinaiki oleh Putin tetapi pesawat MAS yang menjadi mangsa.


- Dikatakan ada satu ketika pesawat MAS dan Putin berada (bertembung) di satu titik silang yang sama dan ini mungkin antara faktor kenapa Malaysia yang terkena tembakan berbanding pesawat Putin.

Namun. Dalam laporan terbaru RT pula. 

- Pejabat presiden Rusia menafikan mereka terbang menggunakan ruang udara Ukraine.

- Bahkan ia sudah berbulan2 lamanya untuk Putin tidak terbang menggunakan ruang udara Ukraine.

Bagi pendapat aku. Jika mahu tahu laluan yang digunakan oleh Putin, kenapa tidak gunakan flighradar24 untuk lakukan semakan. Kan ada kaedah nak menentukan samada kenyataan pejabat presiden Rusia itu benar ataupun kenyataan sumber yang tidak mahu dinamakan itu benar?

Kalau Ukraine boleh dedahkan rakaman perbualan (yang dipintas) antara kumpulan pemisah Ukraine selepas pesawat MAS ditembak jatuh, apa sangatlah nak kesan laluan yang digunakan oleh Putin untuk ke Brazil.

Ini adalah sumber rujukan. Lihat sini.

Untuk rekod, zon laluan udara yang digunakan oleh MAS ialah zon yang memang biasa digunakan. Mereka terikat dengan protokol yang melarang mana2 pesawat terbang pada ketinggian 32,000 kaki atas udara dan ke bawah yang mana ia akan menyebabkan pesawat tersebut dianggap sebagai mencerobohi laluan udara zon kawasan yang sedang bergolak dan berisiko untuk ditembak.

MAS #MH17 direkodkan mula hilang pada ketinggian 33,000 kaki atas udara sebelum didapati terhempas akibat ditembak dengan peluru berpandu milik kumpulan pemisah Ukraine pro Rusia. Ini bermaksud pilot MAS telah mengikuti segala protokol yang ditetapkan dan tidak sepatutnya menjadi mangsa kepada pergolakkan Ukraine dan Rusia.

Berikut di bawah ialah kenyataan dari pilot MAS yang menjelaskan bahawa zon laluan yang digunakan oleh MAS adalah mengikut peraturan bahkan ia juga digunakan oleh penerbangan2 utama milik negara lain sebelum diarahkan mengubah laluan serta merta bermula semalam setelah apa yang berlaku ke atas MAS #MH17.

Bahkan, twitter ini juga memberitahu dalam radar FLIGHTRADAR24, bukan hanya MAS terbang di ruang udara Ukraine di kawasan bergolak itu.

Lihat ;


Baca ;








Faham sikit.

Ketika ini ada banyak berita2 yang masuk. Sebab bukan hanya media Malaysia aje yang laporkan insiden berkenaan. Bahkan wartawan seluruh dunia melaporkan hal yang sama. Mereka akan interview ramai orang. Mereka akan tulis apa sahaja kerana insiden #MH17 adalah insiden yang melibatkan MAS yang juga sebelum ini terduduk dengan insiden #MH370. Maka, kita jadi perhatian dunia sekali lagi.

Maka, jangan jadi rakyat yang suka membuta tuli mempercayai apa sahaja yang dilaporkan oleh mereka. Manipulasi media tidak terpakai di negara ini semata2 bahkan satu dunia. Maka, setiap maklumat yang sampai perlu korang analisis betul2 sebelum bertindak mempercayai samada ia maklumat benar ataupun sekadar spekulasi untuk menghuru harakan keadaan kita.

Ukraine. Akan cuba sedaya upaya menyalahkan hal ini ke atas Rusia.

Rusia. Akan cuba sedaya upaya mengatakan ini tiada kaitan dengan mereka.

Ukraine. Dan Rusia. Mereka bermain politik. Malaysia yang jadi mangsa. Rakyat Malaysia jangan ikut permainan politik oleh kedua2 negara itu. Pendirian kita jelas. Kita hanya mahukan fakta dan kita mahu keadilan tertegak ke atas mangsa2 nahas. Sapa yang tembak. Kenapa tembak. Itu semua kita nak tahu. Kita taknak nanti ianya berakhir dengan pilot MAS dan MAS dipersalahkan lagi.

Bila korang cakap MAS sebenarnya terbang di kawasan zon perang, korang sebenarnya dah buka point kepada pihak lain khususnya kumpulan pemisah untuk halalkan tindakan mereka 'membunuh' MAS. 

Jadi berhati2 sikit dengan apa yang kita speculate. Adakah ia baik untuk negara kita? Adakah ia akan membantu membawa keadilan untuk mangsa2 nahas? 

Untuk rekod. Selepas pesawat kita ditembak, pihak yang bertanggungjawab iaitu Lgor Girkin Strelkov yang mengesahkan berlakunya satu kejadian pesawat ditembak di ruang udara Ukraine. Menerusi satu laman blog yang sentiasa dikemaskini dengan aktiviti2 terkini berkaitan ketenteraan kumpulan pemisah Ukraine. Ini link rujukan.

Ini adalah rujukan aku.



Dan ;



Namun selepas disahkan, Lgor padamkan status laman blog yang mengumumkan dengan 'bangga' menjatuhkan pesawat yang pada awalnya disangka milik Ukraine tapi rupanya ia adalah milik Malaysia.

Kan. Orang lain berperang dengan orang lain. Tetapi Malaysia yang jadi mangsa. Itulah keadaan kita sebenarnya.

Salam takziah untuk semua pihak yang kehilangan ahli keluarga mereka dalam insiden berkenaan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...