Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 14 Julai 2014

Polis Malaysia Selamat Diculik, Kerajaan Kita Nak Rasa Bangga Ke?

Tolongla.



Aku tatau kenapa ia dilaporkan seperti itu dikaca tv dan portal online tapi tolongla.. ia bukan perkara yang mengembirakan untuk ko isytiharkan polis kita DICULIK dan SELAMAT.

Apabila seseorang diculik dia diculik logiknya dia tak rasa selamat akibat diculik tadinya. Selamat bagi dia ialah apabila dia kembali semula kepada keadaan asal dia iaitu BEBAS dan tidak ditawan oleh mana2 pengganas sekalipun.

Dan ya, aku rasa ZAHID HAMIDI perlu berhenti menegur mana2 pihak yang MENGKRITIK ESSCOM kerana ESSCOM memang layak menerima KRITIKAN bahkan kritikan terhadap ESSCOM juga dilakukan oleh Najib Razak secara terbuka semalam. Nampaknya apa yang RAKYAT fikirkan adalah sama seperti yang NAJIB fikirkan. Y so defensive ZAHID oi? Kalau tak puas ahti sangat ESSCOM kena kritik maka kau sound la NAJIB dulu.

Baikla.

Sebentar tadi menerusi berita, penguatkuasa kita sahkan bahawa ;

1. Salah seorang polis marin yang hilang iaitu Konstable Zakiah Aliep 'SELAMAT DICULIK'. Maksudnya, diculik dan berada dalam keadaan SELAMAT. SELAMAT? SELAMAT? SELAMATT???????????? 

2. 8 pengganas (kumpulan penculik) bukan sahaja bertopeng dan bersenjata ketika menculik konstable Zakiah bahkan membunuh salah seorang pegawai polis marin kita, Abdul Rajah Jamuan yang baru berusia 32 tahun.

3. Malam ahad tadi, satu panggilan dibuat kepada isteri Zakiah oleh anggota polis yang diculik untuk memaklumkan bahawa keadaan dia 'OK' dan dia telah diculik.

Baikla.

Motif penculikkan jelas. Nak duit. Dan nak provoke pasukan keselamatan kita.

ESSCOM jangan menipu dan jangan alih focus. Memang KUMPULAN pengganas ini telah mensasarkan anggota kita sebagai satu tindakan balas provokatif bagi membuktikan pertahanan kita lemah dan korang bukan sapa2 untuk menawan kumpulan penculik tersebut. 

PDRM hari tue juga memaklumkan bahawa mungkin antara motif kepada serangan tersebut adalah disebabkan kerana beberapa ahli pengganas telah ditahan dalam beberapa siri operasi menumpaskan pengganas2 antarabangsa di sekitar Sabah.

Kalau ini benar, maka nyawa anggota2 kita dan rakyat Sabah berada dalam keadaan yang bahaya.

Bukan nak serang ESSCOM ataupun salahkan PDRM kat sini. Tapi cuma nak bagitau bahawa kita kena sedar bahaya apa yang menanti di hadapan kita maka jangan berlembut langsung dengan pengganas2 tersebut sebelum dorang naik lemak buat siri serangan bom dan lain2 perkara.

Sudah sampai masanya untuk PDRM memastikan anggota2 mereka bebas dari unsur2 rasuah dan tidak terbabit sebagai pengintip kepada kumpulan2 penculik itu. Buat la operasi pembersihan. Najib sendiri sebut ada SPY yang menyalurkan maklumat keselamatan kita kepada kumpulan tersebut. Maksudnya ada yang jadi tali barut. Itu sebab kita asyik kantoi aje. Buatla apa2 operasi pun kalau akhirnya tali barut kaki bocor rahsia memang sampai ke sudah tak berjaya apa2 operasi kita pun.

ESSCOM pun sama.

Sejak2 kes di Lahad Datu, keselamatan rakyat Sabah asyik jadi taruhan aje. Tak kesian ke? Kesian la. Nak jadi macam GAZA ke apa baru nak fikir betul2.

Hadoi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...