Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 15 Julai 2014

Nampaknya Azmin Ali MB Baru Selangor - Suka Tak Suka Rakyat Selangor Kena Akur..

Nampaknya.

PAS. PKR. DAP.

Sudah sepakat melantik Azmin Ali sebagai MB baru Selangor ye. Apa lagi yang pengundi2 di Selangor boleh buat? Baru2 ini bapa kepada DS Wan Azizah menyeru kepada punggutan suara rakyat Selangor. Siapa yang mereka mahu untuk menerajui Selangor. Nampaknya cadangan oleh bapa mertua kepada DSAI itu tidak favor kepada PR Selangor. PR Selangor tidak mahu melakukan apa2 pungutan suara kerana mungkin tidak bersedia berdepan dengan sebarang pendirian yang berbeza dari pendirian parti.

Dan, semalam. Beberapa pemimpin2 PAS meluahkan rasa kecewa. Antara adun PAS. Rujuk sini.

Maka. Ini adalah petandanya. Petanda Selangor akan mendapat MB baru selepas raya nanti.

Tahniah kepada yang dapat menjawat jawatan baru. Pada yang kena tukar, nak buat macam mana. Politik memang macam neh. Aku sebagai rakyat takan mahu masuk campur untuk bertekak2 mempertahankan jawatan2 korang semua sebab aku bukan dapat gaji ka kerja ka apa2 ka daripada perebutan jawatan ini pun. Lantak korang la. Tapi unsur2 terkilan itu ada. Jatuhkan dia dengan cara yang memalukan menggunakan media internet sehingga menjadi buah mulut orang2 BN. Kajangmove la Kajang movie la propaganda la semua cukup.

Patutnya bersama2 membantu Khalid dan membetulkan Khalid yang gagal bantu rakyat secara saksama. Ini tidak. Berperanan menjatuhkan Khalid dengan yang menjatuhkan Khalid pun tak perform kat Selangor. Elokla tue. Sapa pun jadi MB rakyat akan tetap terabai macam selalu agaknya.

Sapa pun jadi MB aku nak dia selesaikan isu berikut ;

1. Masalah air.

2. Masalah sampah.

3. Masalah rumah PPR yang banyak dihuni oleh warga asing.

4. Masalah rumah PPR yang tidak diselanggara dengan baik.

5. Masalah perumahan di Selangor. Tengok ramai orang2 macam aku nak beli rumah susah. Kat Selangor pun susah. Padahal Selangor bawah PR tue. Cuba la ubah sikit sistem korang tue. Utamakan la rakyat yang takde rumah langsung untuk membeli rumah. Ini pun tak boleh buat tapi sembang kencang kutuk BN. PR gagal tanggani isu perumahan. Rakyat kesian tau tak. Undi PR ka undi BN ka rakyat tetap takde rumah. 

Baik Khalid, mahupun Azmin sapa sekalipun MB aku tak peduli. Yang aku peduli sejauh mana ko akan bekerja untuk bantu rakyat? 

Tue je.

Baca ;


Nampak?

Lepas raya dapat MB baru la kita. BTW, Azmin. Tolong jangan bagi apa2 jawatan kat Shamsul Iskandar Akin tue. Tolong la......

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...