Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 27 Januari 2012

Najib, projek berbillion2 di Pekan neh dah lesap ka?

2 tahun lepas, najib and the geng telah mengumumkan satu project baik punya di pekan. Ingat, projek neh tidak pernah mendapat bantahan dari pembangkang dari segi tujuan nya. Benda yang baik, pembangkang akan sokong sepenuhnya. 

Jika project neh benar2 boleh membawa kemajuan dan pembangunan serta menaikkan ekonomi rakyat, maka pembangkang akan berdiri teguh bersama bn untuk menyokong apa2 usaha kerajaan ke arah itu. 

Namun, selepas dua tahun apa yang dijanjikan najib tidak berlaku sama sekali. Mari kita imbas kisah dua tahun yang lepas terlebih dahulu ;





Point penting dari artikel yang diterbitkan oleh utusan dua tahun yang lepas ;

1. Projek neh dijangka beroperasi sepenuhnya selepas tiga tahun iaitu 2013.

2. Beroperasi sepenuhnya bermaksud semua yang disediakan [telah dibina] digunakan sepenuhnya bagi memenuhi tujuan operasi.

3. Tarikh siap pula sepatutnya pada 2012. Lihat sendiri screenshot website mereka di bawah neh ;


Rujukan penuh disini

4. Projek neh diberitahu boleh membawa kebaikan kepada penduduk di sekitarnya. Okey, kita tak bantah walaupun nada si penulis utusan neh seolah2 memperli bantahan orang asli disitu ada kaitan dengan pembangkang. Sambil2 tue sempat juga diselitkan ayat2 yang membodek. Peh.

5. Point penting dia ialah bilamana dia menulis perkataan "wang rakyat" disitu. Apa? Wang rakyat? Apa? Ulang balik.. wang rakyat? Worr.. pelaburan neh rupanya usahasama antara kerajaan dengan pelabur2 dari tempatan dan luar negara yang mana kerajaan membangunkan projek neh melalui TASBSM. 30% ekuiti TASBSM dimiliki oleh PKNP perbadanan kemajuan negeri pahang.

6. Bila wang rakyat dah terbabit disini, maka wajarlah ko, aku dan kita seme menyemak mengambil tahu apa yang dah berlaku ke atas projek neh sekarang. Lihat bawah neh ;





Inilah hasinyal setelah dua tahun projek neh berjalan. Woww.. 

Biar betik bhai? Apa pun takda. Habok je ada..

kah kah kah
Penulis wartawan utusan neh harap2 dia tutup larh muka dia selepas neh.. itula bodek lagi sampai tak hengat donia.. amek kaww .. heh

Okey, meninggaldunia sudah isu salah menyalahkan neh. Sekarang neh bukan nak tuding2 ka, maki2 ka apa ka, sekarang neh kerajaan negeri pahang kena bagi penjelasan mengenai projek neh ;
- adakah projek neh di anggap batal? Atau gagal?

- jika batal or gagal, berapa banyak wang rakyat telah dirugikan disini?

- bagaimana dan apa punca nya projek neh boleh terbelangkai?

- siapa yang harus bertanggungjawab dan memikul kesalahan disebabkan kegagalan projek neh?

- bagaimana kerajaan nak atasi kegagalan neh dan apakah cara terbaik untuk cover balik kerugian yang terhasil akibat daripada kegagalan projek neh?

- hutan2 yang dimusnahkan, apakah kerajaan ada plan lain bagi mengantikan projek yang dah gagal neh? 

Ini najib kena jawab. Aku tak pasti samada projek neh bernilai rm8billion or rm2billion sebab semakan rambang aku hanya ternampak jumlah sebanyak rm2billion je bukan nya rm8billion walaupun ramai yang menyebarkan bahawa projek neh ialah projek yang bernilai rm8billion.

Namun rm8billion ka atau rm2billion ka tak penting. Duit tetap duit. Rugi tetap rugi. Apa yang boleh dibuat sekarang neh ialah penjelasan kenapa ia gagal dan cara mengatasi projek yang gagal neh. Najib, selaku piem malaysia yang memegang kawasan parlimen pekan, ada projek sebegini besar yang sebegini rugi.. dia boleh buat derk aje? Aku panggil ia loser. Sorry najib. Bai.

Tambahan rujukan disini, sini dan sini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...