Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 22 Januari 2012

Rosmah Mansur belanja RM322,794.87 beli baju guna duit ko ke ?

Sorry geng. 

Sudah ada fitnah terhadap rosmah mansur. Sesuatu yang tiada bukti bagi membenarkan kata2 ko adalah fitnah jika memaksa orang lain menganggap ia sebagai benar.

Benda neh simple je beb. 

Johan : Wehh.. kecoh2.. Rosmah habiskan 300ratus ribu beli barang2 di butik kapp.  Siap menginap di hotel semalam 64ribu lagi dengan najib. Gila larh dia neh. Patutlah najib asyik naikkan cukai je..

Kamal : Laa ye ke? Dia mana ada duit.. dia guna duit kita lah apa lagi. Penat aku bayar cukai macam2 dia rembat. Jom2 kita kecohkan ke se antero dunia. Rosmah mansur shopping guna wang rakyat..

Peh.

Akhbar australia bagitau rosmah belanja beratus2 ribu di butik kapp.  Dan akhbar yang sama turut memberitahu bahawa najib dan rosmah menginap di hotel yang sebiliknya bernilai 64ribu semalam. Ada tak akhbar tue bagitau yang rosmah dan najib guna wang rakyat?

Takde. 

Owh.. takde. Jadi, apahal korang pergi tokok tambah cerita neh? Kalau dia guna duit dia, hak dia sepenuhnya. Siapa kita nak paksa2 dia suruh menderma bagai? Itu duit dia ma. Ko suka orang kawal2 cara ko menggunakan duit ko? Tak kan. So?

Kita tahu ka dia bayar zakat banyak mana? Bayar cukai banyak mana? Apa pun taktahu jadi jangan terus jatuh fitnah kepada dia. Fitnah tidak halal kepada orang baik dan orang jahat. Fitnah juga tidak perlu wujud hanya semata2 kita tak suka dia. Sepatutnya kita..

Ali : Wehh hari neh keluar news rosmah berbelanja mewah lagi. Banyak betul duit dia..

Abu : Aha.. aku pun ada baca tadi. Tak agak2 tidur di hotel semalam 64k. Berapa malam dia tidur taktahu lah aku.. 

Ali : Ko rasa dia guna duit sapa beb? Rakyat ka?

Abu : Itulah sangkaan aku.. tapi bukti takda.. tuduh2 kang jatuh fitnah.

Nah...

Inilah yang perlu kita buat. Jangan kita terus tuduh rosmah mansur guna wang rakyat. Apa yang perlu kita buat ialah siasat dari mana rosmah ada duit sebanyak neh sehingga memungkinkan dia berbelanja bermewah-mewahan.

Cara mana kita boleh siasat ialah paksa dan suruh ahli2 parlimen pembangkang bawa isu neh dalam parlimen. Rakyat mahu tahu dari mana sumber kewangan rosmah mansur sehingga dia boleh berbelanja besar.

Rakyat bukan nak tuduh2 rosmah or nak stalker hidup rosmah 24 jam tapi rakyat kecik ahti dengan rosmah. Di saat rakyat bergelut dengan suasana ekonomi yang sangat teruk, rosmah pula boleh berbelanja mewah bagai.

Walaupun tak hingin, tapi sedikit sebanyak rakyat sudah tentu akan ada persepsi tentang hal tersebut. Rakyat pasti tertanya2, terfikir2, kenapa rosmah mansur sejak menjadi FLOM semakin terdedah tabiatnya yang berbelanja mewah. Walaupun di akui dari dulu lagi memang rosmah dikenali sebagai seseorang yang suka bermewah-mewahan tetapi kenapa sikap itu semakin menjadi2 sejak najib menjadi PM?

Apakah kerana kocek najib semakin dekat dengan sumber kewangan? Jadi, disini rakyat mahukan penjelasan. Rakyat mahu najib tampilkan bukti bahawa dia menggunakan wang nya sendiri bagi membiayai perbelanjaan mewah rosmah mansur.

Ini yang kita nak najib dan rosmah jawab. Jawab dan jelaskan kepada rakyat hal sebenarnya. Lagi satu, ingatkan tak masa najib pergi australia pada tahun lepas ketika merdeka? Berapa lama najib menginap di sana untuk operate lutut? Yang tue guna duit rakyat kan? 

Adakah masa tue najib menginap di hotel mewah neh? Adakah di masa tue rosmah shopping mewah neh? Seme neh perlu disiasat. Kita bukan nak tuduh2 tapi kita juga tak happy berada dalam situasi was2.  Seme neh perlukan penjelasan. 

Ameno : Membazir lagi.. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...