Owhh..
Memang panas... panas.. panas..
Lihat bawah neh beb ;
Dengan menggunakan gambar neh, merata bloggers umno pergi sebarkan kekonon nya wartawan neh gay. Dan dia expect orang percaya bahawa wartawan neh gay hanya berdasarkan kepada gambar di atas? Ini larh dia dasar kemalasan berfikir dan mengkaji yang oleh bloggers umno. Bagaimana mahu menguatkan hujah pun perlukan aku. Haizhh..
Lihat bawah neh ;
Cami? Apa tue? Sejenis kain yang digunakan untuk tutup bahagian atas wanita especially bila mereka pergi ke kerja or ke tempat2 yang tertentu yang memungkinkan lebih baik mereka berpakaian yang sopan. Mungkin nak mengelakkan ganguan seksual dan rasa ketidakselesaan di tempat2 tertentu.
Benda neh memang best kalau ada di malaysia. Banyak baju yang cantik2 design dia boleh dipakai kalau ada cami neh. Kekadang baju yang cantik2 neh seksi sangat dan tak berapa sesuai di pakai so kalau ada cami neh okeylah. Err jap. Apahal gua promote pasal cami neh? Lari topik plak.
kah kah kah
Sebagaimana yang korang dah lihat kat atas neh, si wartawan yang menulis di dalam salah satu kolum akhbar aussie neh memang mempunyai kecenderungan seks yang begitu. Yang neh lah seme bloggers umno dok pakat2 sebar.
Tapi, semalam aku dah jelaskan lagi awal2 bahawa si wartawan neh cedok kesah dari blog orang. Ini bukan citer asal dia tapi citer orang lain. Orang lain menulis dalam blog. Orang tue ialah blogger yang memang menulis pasal fashion bagai. Dia takde kaitan dengan rosmah malahan dia pun baru sedar bahawa rosmah mansur ialah orang yang sangat popular di negara nya.
Lihat bawah neh ;
So wartawan aussie neh amek dari blog dan sebarkan dalam paper. Lihat sini untuk fahami kes asal neh. Lalu, apahal si bloggers umno pergi serang wartawan neh? Serang peribadi orang bukan islam semata2 dia seorang yang gay? Jadi nak kaitkan ia dengan anwar ibrahim kekonon nya wartawan gay sokong anwar ibrahim jadi ini adalah bukti bahawa pr terlibat untuk menghalalkan gay?
Ataupun serang dia sebab dia tercatat dua kali sebagai wartawan yang menulis tidak bersandarkan kepada profesionalism kewartawanan? Lihat sini.
Website tue pun memperincikan artikel bila, tarikh dan apa yang menyebabkan wartawan andrew neh dilabel sedemikian rupa. Ini bermakna dalam banyak2 artikel, dua daripada penulisan dia diragui faktanya. Website tue tak condemn keseluruhan penulisan andrew, jadi siapa pula bloggers umno yang nak condemn wartawan tue secara keseluruhan nya pula?
Itu sebab bila orang suruh boikot utusan dan buletin utama aku tak boikot. Sebab aku reti nak bezakan apa dan bagaimana. Sebab ada yang betul dalam pemberitaan mereka namun tidak dapat dinafikan banyak yang auta lebih2 lagi bila ia melibatkan politik. Ini yang website tue buat. Dia perincikan tarikh supaya orang yang bersandarkan kepada penulisan andrew pada tarikh2 tersebut boleh aware.
Bayangkan jika website tue ada di malaysia? Siapa yang paling banyak masuk di sana? Utusan? Berita harian? TV3? Bloggers umno? Masing2 tahu sama tahu larh ye. Bukan sekali, dua kali malahan berkali2 cara korang menulis, seringkali menyembunyikan fakta. Faktanya sedikit, fitnahnya berlambak2.
Isunya mudah. Sekarang tak payah bolak balik serang peribadi orang lain bagai. Ko siapa, aku siapa yang nak pongpang samada dia gay ka apa? Dia punya masalah itu dia punya hal. Selagi mana bukan orang islam yang gay dan mempromosikan ia secara terbuka, maka janganlah kita menyemak sangat kecohkan peribadi orang bukan islam. Masing2 jaga akidah penganut masing2 sudah.
Benda neh tak perlu nak pongpang salahkan andrew ka, patty ka apa ka. Ia keluar dari mulut pereka fashion. So kepada pereka fashion itulah yang korang kena siasat dan kaji. Kenapa tengok kes neh dari sudut yang salah? Jika mereka salah, awal2 lagi pereka fashion tue deny, tak perlu tunggu rosmah jawab bagai.
Pereka fashion, penulis blog dan wartawan mungkin tak sangka bahawa benda neh boleh menjadi besar dan membawa implikasi tertentu kepada rosmah mansur. Sekarang mereka dah tahu. Wartawan2 negara lain pun dah tahu. Jadi ke mana sahaja rosmah pergi, dia akan diperhatikan 24 jam sehari oleh wartawan seluruh dunia. Tak kira bangsa, tak kira negara. Bukan kah selama neh popular yang dia cari? Nah, popular larh yang dia dapat. Heh.
Ameno : Jangan nak spin larh weh..