Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 27 Januari 2012

Ceramah PR di sabak bernam : Memang benar tak ramai semalam..

Ini gambar aku sendiri. Ini pengalaman aku sendiri. Korang jangan spin larh weh puak2 pakatan pembangkang. Cubalah menjadi orang yang menerima hakikat dan realiti. Menipu tak menjadikan ko lebih baik daripada bn. Ramai ke tak ramai ke time orang berceramah bukan isu. 

Isu nya ialah sejauh mana apa yang disampaikan kepada para hadirin yang hadir ke ceramah malam tadi dapat disebarkan dan disampaikan secara meluas kepada rakyat kebanyakkan di malaysia. Ibarat facebook dan twitter yang ada button share dan retweet. Apakah manusia2 yang hadir ke ceramah semalam boleh share dan retweet balik apa yang disampaikan oleh penceramah2 malam tadi?

Hanya ada 3 penceramah yang bawa topik relevant bagi aku semalam. 

1. Yb dap Ng suee lim <-- dia memang lawak. Aku asyik tergelak2 je.. pernah tengok dia berceramah di youtube tapi rupanya depan2 dia lagi lawak.

2. Prof Aziz bari <-- penuh dengan fakta dan keterangan.

3. Yb zuraidah <-- memperincikan isu nfc.

Harus di ingat, relevant bagi aku bukan bererti relevant bagi ko. Begitu juga sebaliknya. Tidak relevant bagi aku bukan bererti tidak relevant bagi ko juga. Oleh kerana aku online 24 jam maka banyak berita2 yang aku lebih tahu berbanding dengan orang2 yang tak online.

Mereka ketinggalan banyak isu dan point2 yang penting. Jadi mungkin ini juga sebab nya ada di antara penceramah politik yang ulang balik apa yang aku dah tahu ketika berceramah. Ini berbeza setiap di antara kita disini.

Yang lain2 termasuk dsai sekalipun hanya bawa isu2 yang dah aku ketahui. Azmin ali haram nampak batang hidung walhal poster terpampang gambar dia. Kalau tak jadi datang bagitau larh. Minta maaf ka apa ka. Maybe gak jurucakap dah minta maaf masa aku merayau2 time ceramah tue.. tak pasti pula aku. Kalau dah minta maaf lupakan sahaja, kalau tak minta maaf memang suwey. Jangan buat poster tayang muka kalau takmo datang.

Bukanlah kehadiran dia penting sangat tapi bila dah tayang muka at least dia dah bagi hint bahawa dia nak hadir. Tak salah pun kalau dia ada hal dan taknak hadir tapi at least sebagai adat sopan santun, bagitau orang bahawa dia sekian2 neh ada hal sekian2 neh. 

Benda neh nampak kecik tapi dari sekecik2 neh larh.. ia boleh tawan ahti orang. Macam isu air. Nampak mudah dan murah tapi sekecik2 neh larh yang orang rasa dan nikmati secara bulanan dan akhirnya orang akan hargai.

PR kepada azmin elok belajar benda neh. Tiada istilah bodek dalam kamus rakyat macam aku. Sorry. Gambar2 ketika ceramah sedang berlangsung.

                               nota : gambar di atas neh di ambil pada jam tepat 9 malam.
Ya. Ini gambar dari belakang. Ketika tiga orang penceramah politik berceramah aku lepak belakang amek angin. Best. Stadium mini neh besar. Boleh memuatkan lebih ramai orang lagi. 

Ini pula pandangan dari sisi depan. Time neh aku pergi depan nak amek gambar. Time neh yb zuraidah tengah memberikan ceramah politik ;







                                                           Dsai hadir dengan paluan kompang.

Memang tak ramai. Sepatutnya boleh memuatkan lebih ramai orang lagi. 

kah kah kah

Okey, kat depan memang ramai orang. Orang2 yang duduk kat kerusi stadium depan, tepi memang penuh. Yang duduk kat kerusi belakang tak penuh tapi orang masih ramai. Walaupun stadium tue boleh memuatkan lebih ramai orang tapi jumlah kehadiran pada malam semalam adalah amat baik. Kenapa?

1. Ia di anjurkan di negeri pr. So rakyat di sana sering berpeluang pergi ke ceramah2 pr. Walaupun demikian, ia masih mendapat sambutan orang ramai meskipun tidak memenuhkan stadium tetapi berjaya menyaratkan stadium dengan jumlah hadirin yang ramai.

2. Ia di anjurkan pada hari bekerja. Esoknya [hari neh] ramai orang bekerja. Tapi dorang sanggup datang dan dengar ceramah lepas isyak sampai ke 11.50 malam. Biasanya time neh tidur lagi bagus. Jumlah yang hadir semalam memang ramai. Macam aku cakap tadi. Ia tak memenuhi ruangan stadium tapi masih berjaya memadatkan stadium.  Macam esoknya cuti pula.

3. YB zuraidah cakap sabak bernam ialah kubu kuat umno. Aku macam pelik sikit bila dia cakap macam tue. Kalau benar sabak bernam kubu kuat umno apahal ramai yang datang semalam? Mana ada bas dari luar walaupun aku sendiri datang dari luar selangor [perak]. Kebanyakkan rakyat [focus disini] yang hadir berceramah adalah dari kawasan sekitar.

Kalau sungguh sabak bernam neh kubu kuat umno, jumlah hadirin semalam adalah lebih dari memberangsangkan. Pasal kalau ko berada di kawasan kubu kuat sesuatu parti, berjaya mengumpulkan orang tempatan sehingga memenuhi lebih daripada separuh kawasan stadium, ini memang baik. 

Apatah lagi suasana semalam tiada provoke memprovoke daripada geng2 umno. Maybe masih tersentak dengan insiden samseng jalan kebun kowt. Apa pun tanpa polis, kawalan yang bagus dari unit amal pas sentiasa no 1.

4. Banyak peniaga2 habis jualan nya terutamanya makanan dan minuman. Clear.  Minuman larh yang paling laris. Ini bukti orang memang ramai semalam walaupun tak berjaya memenuhi ruangan stadium tapi still berjaya memadatkan stadium. 

Aku tak reti anggar jumlah hadirin semalam. Tapi lebih dari separuh kawasan stadium [bukan kira jumlah kerusi] memang penuh dengan orang ramai. Apa yang perlu pr focus dalam setiap kempen2 neh, bila dah berjaya collect orang ramai macam neh di satu tempat, edarkanlah leaflet pasal penyelewengan. 

Kalau boleh collect derma, takan tak boleh edar risalah penyelewengan? Photostat baru berapa? Kejayaan datang dengan usaha. Aku buat blog neh pun zero2. Pembaca yang bagi duit bila klik iklan. No iklan, no money tapi blog still jalan sebab penyelewengan tak pernah berhenti.

Jadi, biarlah bersusah2 sedikit asalkan kita boleh banteras penyelewengan supaya sesama kita boleh sama2 senang kelak. Owh yer, sebelum aku terlupa. Tak silap aku ada orang umno yang isytiharkan sokong pr semalam di ceramah neh. Malahan dia akan bawa lebih ramai lagi ahli2 umno masuk ke pr selepas neh. Bai.

Ameno : Pas neh aku nak pergi ceramah najib arh pula.. muahaha.. agak2 ramai tak macam neh? Dengar citer hari neh di lumut..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...