Tatau betul ke tak betul anwar cakap macam neh. Kalau betul, heran gak aku napa dia cakap macam neh? Ka kenyataan dia neh dah disalahtafsir? Apa pun aku rasa statement neh tak perlu ada dan wujud pun. Di saat umat islam malaysia memang menyampah dengan kedegilan israel yang tak habis2 membuli umat islam palestine, kenyataan seperti neh memang tak perlu wujud sama sekali.
Ramai orang ingat umat islam benci israel pasal dia yahudi. Pasal bangsa. Pasal agama dia. Walhal orang taktahu kita menyampah kat israel sebab dia tindas palestine. Dia bunuh rakyat palestine. Dia sekat dan rampak hak2 penduduk palestine. Benda neh takde kaitan dengan bangsa ka, orang ka, agama ka atau apa sahaja tetapi ada kaitan dengan perbuatan israel yang kejam dan dasat terhadap penduduk2 palestine yang kebetulannya adalah umat islam.
Tak kira lah dia cina ka, india ka atau apa bangsa sekali pun kalau dia kejam kita memang menyampah. Sama gak kalau yang ditindas itu islam ka bukan islam ka kalau dia ditindas dan dianiaya, kita pun akan tetap menyampah. Cuba faham konsep dulu. Israel tidak dibenci kerana dia israel tetapi kerana sikap kejam dia itu yang membuatkan kita benci gile pada dia.
Aku pun tak faham samada WSJ neh menulis berdasarkan fakta atau apa, tapi nampaknya andai ia benar aku rasa dsai tak seharusnya keluarkan ayat2 sebegini. Cuba perhatikan baik2 bila dia cakap ;
"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.
Dia sokong segala usaha untuk melindungi keselamatan ke atas israel [bukan negara pun israel neh] ?
Segala usaha yang konon nya atas nama melindungi keselamatan israel ialah sama makna dengan = segala usaha menghancurkan rakyat palestine.
Bagi israel, dorang akan gunakan apa2 sahaja ayat2 yang baik, bagus dan molek bagi menghalalkan tindakan depa. Contohnya ;
1. saya nak tolong orang itu meninggalkan dunia ini. <-- ini ayat manis israel.
2. saya nak pergi tikam orang tue sampai mampos <-- ini perbuatan israel.
Inilah taktik2 yang israel pakai lama dah. Seme orang dah faham dah. Ada je cara dan alasan dia menghalalkan kekejaman dia. Hope dsai tolong ulas sket isu neh. Bukan apa, aku tak harap dsai neh sempurna bagai tapi aku takmo pemimpin pro israel tak kira dari sudut mana dan apa pun.
Bagi aku, israel neh ada yang baik dari mereka, kita boleh ambil, amal dan ikut. Tapi cukup, bab2 tue je. Selebihnya walaupun kita ada gunakan barang2 depa, kita tetap kena cari jalan untuk patahkan segala usaha2 mereka yang berniat menghancurkan umat islam. Ini termasuk dengan cara mencipta barang2 alternatif sebagai ganti kepada product2 mereka dan jatuhkan mereka dengan menggunakan product mereka sendiri.
Harus di ingat, israel sekarang sedang selangkah untuk menghancurkan masjid al-aqsa. Kita boleh hormat hak2 israel tetapi itu hanya akan berlaku bila israel menghormati hak2 kita. Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Palestine sudah terlalu banyak bersabar. Umat islam seperti kita neh sudah terlalu lama bersabar. Ini bukan masalah yang datang dari pihak kita sebaliknya ini masalah yang datang dari pihak israel dan harapnya jangan ada pemimpin dari mana2 side waima kerajaan dan pembangkang sekalipun segeng dengan israel. Bai.
Artikel penuh : TWSJ disini
Ameno : Tunggu penjelasan dsai..