Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 27 Januari 2012

Blogger pakatan rakyat pulakdah di tahan polis.

Ini berita yang aku baru tahu. Benda neh berlaku semalam. Tak pasti samada dia dah dilepaskan ka belum ka apa ka tapi menurut blogger eyedotcom dia ditahan polis disebabkan isu musa hasan tue.


Baca bawah neh sat ;

Seorang Blogger Pro-Pakatan Rakyat telah didatangi oleh SKMM bersama pihak polis lewat petang semalam. Ia berikutan isu sebuah gambar perkahwinan mewah yang menimbulkan persoalan samada pengantin lelaki tersebut adalah Musa Hasan atau sebaliknya.

Blogger yang dikenali sebagai Author Faethal, pengendali antara blog ranking teratas dari kalangan blog-blog penyokong Pakatan Rakyat, iaitu blog Pulakdah.blogspot .


Blogger Faethal dibawa ke Balai Polis Sg Rambai untuk bantu siasatan manakala barangan milik Faethal seperti laptop, handphone dan modem dirampas.
-EDC-

Bagi aku isu neh simple. Kita kena ikut kes. Kalau sungguh pulakdah mengatakan [menulis fitnah] mengenai musa hasan, elok dia tarikbalik artikel tersebut dan minta maaf. Kalau dia hanya menulis persepsi, andaian dan bertanya, adalah tidak adil dia diperlakukan sedemikian rupa.

Sebab? Banyak lagi bloggers yang bertanya pasal isu neh, kenapa bila dia bertanya, dia ditahan? So tak adil. Lagi satu berbalik kepada isu fitnah. Neh bukan nak banding pr fitnah sikit, umno fitnah banyak ka apa ka, jangan salah faham. 

Cuma nak bagitau kalau bab2 fitnah neh ia lebih dipelopori oleh bloggers umno maka janganlah lakukan siasatan terpilih. Nak siasat blogger pr? Okey buatlah, kerja ko. Tapi dalam masa yang sama siasat juga bloggers umno. Adil. Baru betul.

Harap blogger yang dimaksudkan tadi dah dibebaskan dan dipulangkan balik seme barang2 dia. Fikirlah.. kita rakyat bukan kaya mana.. janganlah rampas2 barang orang untuk tujuan siasatan selepas tue simpan buat harta. Neh dipanggil mencuri. Harap dipulangkan balik barang2 tue kepada tuan punya badan selepas siasatan selesai dijalankan. Bai.

Ameno : SKMM jangan bias please..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...