Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 23 Januari 2012

Mari kenal hujah2 karut dari pakatan rakyat.

Ingat penyokong bn je ke pandai mengarut? Penyokong pr pun pandai whoorr. Ini posting lama yang aku tinggalkan sebab sibuk ari tue so aku sambung dan publish hari neh. Bukan apa beb, bagi aku kalau penyokong bn nak mengarut dia punya pasal. Pasal semakin penyokong bn mengarut maka semakin menyampah lah rakyat kepada mereka. 

Dan bila semakin rakyat menyampah kat depa maka semakin cepatlah kita boleh save malaysia. Itu sebab aku tak kesah langsung dengan hujah karut marut penyokong2 bn neh. Layan pun jarang sekali. Kita kalau nak berkawan kena tetapkan standard tertentu. Berkawan dengan orang pandai, dapat ilmu. Berkawan dengan orang mengarut? Apa pun tak dapat beb. Bowsan.

Tapi malangnya ada juga puak2 pembangkang yang gemar meroyan sebagaimana yang penyokong2 bn meroyan. Sekali sekala meroyan okey gak. Mungkin marah, mungkin bad mood or mungkin lepas geram. Tapi kalau dah selalu? Kalau dah tiap2 hari? Orang yang sokong pr pun jadi menyampah apatah lagi orang atas pagar.

Antara benda2 yang mengarut dari pakatan rakyat ialah ;

1. MENGGUNAKAN DALIL2 BAGI MENGKAFIRKAN UMNO DLL.

Aku baca pun dah gelak terguling2. Setakat neh je lah hujah dan mentaliti korang. Point lain takda. Neraka, neraka, neraka. Kafir, kafir dan kafir. Nanti paste hadis, Dalil, Alquran bagi membenarkan hujah2 dia. Dah jadi pentafsir Alquran pula walhal solat sendiri pun tak berapa cun tapi sibuk hal2 yang details dan dalam macam neh. Boleh meh?

Ko fikir orang akan undi pr dengan kata2 begini? Ko sebenarnya sedang bermimpi. Orang akan menyampah dengan pr lagi ada. Selain wujud dalil ciri2 orang yang kafir, wujud juga dalil ciri2 orang yang suka menghukum orang lain. Jika umno ialah kafir, maka ko pun tak kurang jahatnya dari mereka sebab pandai2 tafsirkan hadis bagai walaupun ko bukan arif tentangnya.

Ada pernah nampak mana2 ulama terkenal dan dihormati dalam pas buat statement begini?Jangan nak pandai2 petik statement2 tuan guru dan tafsirkan ikut suka hotak hang. Sepatutnya menjadi penyokong pr korang kena betulkan salah faham terbesar neh bukan pergi tambah salah faham. 

Tiada mana2 guru dalam pas mengkafirkan dan memunafiqkan umno dan bn secara literal. Apa yang diterangkan ialah ia menghampiri dan boleh menjerumuskan kepada perkara tersebut. 

Tapi bila sampai kat korang tiba2 ia jadi umno parti kafir. Dan korang jugalah punca ahli2 umno dan bn salah faham pada tuk guru selain dari utusan dan media arus perdana. Dan ko fikir ahli2 umno akan undi pr bila korang dah kafirkan dan sesatkan dorang? My foot.

Sepatutnya kita jadi kawan depa. Kita terangkan pada depa apa sebab, punca dan kenapa. Walaupun tak bersama kita tapi at least depa kenal nurani kita. Pendekatan korang bukan sahaja tidak membantu malahan menyusahkan.

2. MENGAITKAN SEGALA BENDA DENGAN UMNO.

Duit pun dikatakan freemason bagai. Dengan duit pun ada orang sanggup buat posting dan mengatakan umno dah dirasuki freemason secara halus. Asal boleh sahaja nak balon umno korang balon. Walhal benda belum sahih. Nak tulis ka, nak sebarkan ka, nak bagi pendapat ka tak kesah sangat tapi masalahnya biarlah pada benda2 yang relevant.

Isu freemason neh relevant ka? Sendiri yang menyusahkan diri sendiri memikirkan yahudi hebat bagai napa walhal dia manusia sama macam kita. Dia ciptaan Allah swt dan kita pun sama. Tiada hebatnya yahudi dan tiada kurangnya kita. Kita dan mereka sama sahaja. Jadi unsur2 nak takut kepada benda2 karut macam neh tak perlu ada dan wujud.

Sama juga pada isu2 lain. Contohnya orang menari2 di kenduri kahwin. Biasalah happy2. Kalau tak suka pun perlu kah ko gunakan isu macam neh untuk burukkan umno? Pada fikiran korang, owh it's okey sebab ada orang sokong ko tapi fikirlah, yang sokong ko ialah orang yang seotak dengan ko je. Yang ko nak cari undi neh bukan pada orang yang seotak dengan ko, kan?

Bukan hanya penyokong2 bn sahaja mengaitkan segala benda dengan anwar, penyokong2 pr pun dua kali lima. Mungkin korang tak rasa menyampah tapi fikirlah orang2 yang melihat neh ramai. Mata kita orang neh reti jemu, tahu tak?

3. LARI DARI TAJUK SEBENAR.

Orang cakap pasal sampah, nanti korang merapu salah bn. Orang cakap pasal nurul izzah selalu pergi luar negeri tinggalkan kawasan dia, nanti korang merapu bab najib pun sama. Apa benda neh? Bandingkan kejahatan dengan kejahatan ialah benda yang paling pakar sekali dilakukan oleh penyokong2 pr.  Bila orang cakap pasal a nanti depa alih pasal b dan cakap b lagi teruk.

Ada aku kesah dengan b? B punya teruk seme orang dah tahu dan ko tak perlu susah2 cakap lagi. Yang orang nak tahu macam mana a yang teruk neh diatasi oleh pr. Ini ialah pemangkin untuk orang memahami bahawa pr juga boleh atasi masalah dan bukan cakap tak serupa tak bikin. Jika mahu undi, yakinlah orang dulu. Setelah membela ko selama 55 tahun, dan tiba2 ko disuruh duduk rumah yang lain, boleh kah ko terima? Ada akal fikirlah sikit.

4. MENGUTUK2 BN DENGAN HUJAH YANG LOW STANDARD.

Sesuatu yang jelik. Babi umno. Umno is sial. 24 jam hanya bagi posting yang maki hamun lepas tue ko fikir orang akan seronok dengan posting2 dan hujah begini? My foot lah ko.

Instead of menerangkan apa sebab ko marah, ko lebih suka terus marah, marah dan marah.  Orang maki2 neh pun ada juga diselitkan hujah dia kadangkala tapi ko hanya tahu balas dengan maki 24 jam hujahless.

5. MENGGUNAKAN ISU PERIBADI DAN MORAL DAN MAINKAN IA SECARA BERULANGAN.

Isu csl neh ialah isu yang dah lepas. Jika korang ada akal nak bela eli yang diperangkap dalam rumahnya sendiri apahal pula dalam kes csl neh korang tak boleh pandang dari sudut yang sama?

Benda neh sebenarnya korang tafsir ikut parti. Apa sahaja yang a buat mesti betul dan apa sahaja yang b buat mesti salah. Sepatutnya kita berfikir ikut topik, lihat kesan baik dan buruk. Bukan ikut parti or ikut pemimpin.

6. MENFITNAH.

Yang neh sudahlah. Jangan nak cakap bn je. Contoh isu ; orang cakap pasal nama rosmah ada pada dokumen yang bawa masuk cincin 24j. Chegubard pun cakap benda sama. Tapi bila sampai kat korang, dia dah jadi rosmah beli cincin 24j. Apa yang orang yang sampaikan, itulah yang korang sebarkan. Yang pergi pandai2 ubah kenapa?

7. HANYA HIGHLIGHT KESALAHAN BN.
Bagi korang, orang yang sokong pr hanya boleh highlight kesalahan bn. Haram highlight kesalahan pr. Walhal, korang lupa. Kita sokong pas dan pr sebab perlembagaan bukan pasal individu. Peduli apa aku dengan pemimpin2 pr? Kalau dah mengarut banyak, dedahkan je lah. Kenapa kita perlu selindungkan dan tutup benda neh? 

Jangan nak pandai2 tetapkan standard lah bahawa penyokong2 pr mesti begini, penulis2 pr mesti begini. Selagi kita tak langgar apa yang salah, buat aje. Ko sapa yang nak sibuk sangat? Misi masing2 ialah membebaskan diri daripada kezaliman bukan mengantikan kezaliman kepada kekejaman. Hidup jangan jadi sochai beb.

8. MENGUTUK BN PADA BENDA YANG TIDAK PERLU.
Contoh isu BR1M. Neh isu yang tidak perlu sebenarnya. Cara korang highlight isu neh dah salah. Kalau dia nak bagi duit, so what? Amek je lah. Aphal korang pergi pongpang2 pasal gula lah apa lah walhal pakatan tak bagi duit ka kat orang? Bagi juga. 

Bila pemimpin bagi duit tak kira sapa, amek tetap amek. Selepas tue nilaikan corak pentadbiran mereka bagaimana. Nilai dan banding. Kalau wujud salah laku dalam BR1M neh baru lah boleh korang kutuk. 

Contohnya napa hampir kesemua ahli2 umno dapat awal. Ini hujah kuat untuk mempersoalkan keikhlasan najib.  Neh pasal majlis dibuat di kawasan umno dan jemput pemimpin umno pun korang bising. Dah sah2 najib = bn yang buat benda neh so lantaklah. Jangan ulas topik dari sudut yang salah.  

9. MENGHINA DAN MELABEL.

JIBBY lah, najis lah. Elok sangat lah tue panggil dan gelar orang begitu. Apa yang ko buat kat orang, ko akan dapat balik. Janji Allah swt itu benar. Bukan hanya bn sahaja yang berdosa bila label2 tuk guru kita, kita pun sama berdosa kalau label pemimpin2 mereka.  Bila maza nasihatkan jangan gelar zambry, korang boh layan nasihat maza. Tapi bila maza bagi isu yang bn terkena beria2 plak kami ikut dan kami patuh. Kelakar gile korang neh.

10. MENYEBARKAN AIB PENYOKONG BN DAN SUPER IMPOSE PEMIMPIN BN.
Sudah lah. Jenuh aku nampak. Letak muka pemimpin dalam sarung lembu lah, apa lah.. burukkan muka najib lah, letak rosmah dalam tarian tiang lah. Dah cukup bagus lah tue. Lepas tue bila penyokong2 bn buat, terkeluar ko seme hadis bagai tapi bila sendiri buat time hadis ke mana, dosa ke mana. Kelakar gile dowh. 

Ada gambar2 peribadi penyokong2 bn dicuri dan dikutuk bagai. Orang macam neh satu je sebabnya. Dia buat sebab dia belum kena. Aku dah rasa dulu. Aku bagi fakta kaw2, tapi dorang serang peribadi. Aku kalau serang peribadi orang pun, aku serang peribadi orang yang serang kawan2 dan fans dalam pages aku jek.

Tapi rupanya korang pun sama macam penyokong2 bn. Tepat gile video lalang matlufti tue pasal pompuan tak bertudung tue. Instead of hujah, korang serang peribadi dia. Jika ko pun ada ketidaksempurnaan dalam amalan ko, apahal pula pompuan2 neh tak boleh? Walaupun dia tak bertudung dan pakai seksi, itu bukan bererti hujah2 dia tak relevant.

Nak nasihat, nasihat baik2. Jangan pandai2 nak label orang itu neh. Cara dia dibesarkan dengan cara ko dibesarkan tak sama. Apa yang dia alami dalam hidup dia bukan bererti ko alami benda yang sama. Jika ko boleh fikir nasihatkan dan tarbiah beberapa pemimpin2 dap yang anti islam, apa sangatlah orang2 islam yang dah sah2 islam cuma tak faham agama neh? 

Ingat, misi kita bukan nak cari gadoh dengan ahli2 bn. Untuk ubah negara, kita kena berkerjasama dengan penyokong2 bn neh. Tanpa mereka, hala tuju kita tak kemana2. Bukan seme dalam bn neh suka kepada benda2 yang salah. Ramai sebenarnya dari mereka berfikir cuma taknak cakap dan tunjuk depan2 je. Buktinya selangor, penang, kedah dan perak hilang sebelum perak di rampas semula.

Jadi misi kita ialah dekati orang2 macam neh. Kita nak pujuk dan fahamkan ahli2 atas pagar dan bn agar sokong apa yang kita nak buat neh. Nak gaduh? 24jam pun boleh on beb. Boleh je. Tapi gadoh tak selesaikan masalah aku dan ko. Gadoh tak boleh ringankan beban aku dan ko. 

Gadoh tak bantu lancarkan ekonomi aku or boleh tolong aku beli kereta baru. Gadoh di fb, blogs dan sebagainya tak boleh mengubah apa2. Apa yang boleh ubah ialah berdebat atas topic yang relevant. Biar orang2 yang mengundi neh menilai dan akhirnya pangkah pr supaya kita boleh lihat sejauh mana impian kita nak save malaysia neh boleh direalisasikan oleh anwar ibrahim.

Ingatlah, matlamat kita di dunia online neh ialah membuat perubahan dalam pemikiran rakyat2 malaysia bahawa kita boleh dapat kerajaan yang lebih baik dari neh asalkan kita berusaha ke arahnya. 

Untuk sama2 berusaha ke arah itu, kita kena bagi apa yang kita pandang dan nampak neh, ialah apa yang mereka2 neh pandang dan nampak juga. Bila kita dah sepandang, senampak dan selihat maka barulah kita boleh sematlamat. Bila dah sematlamat maka barulah kita mampu save malaysia neh. Jadi janganlah buat benda2 yang mengarut. Sekali sekala mengarut biasalah nak lepas tension tapi kalau dah asyik sangat sampai orang jadi menyampah, perlu kah?

Ameno : <-- Paling pandai mengarut.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...