Kronologi;
- Penonton yang hadir ke stadium bagi mengikuti perlawanan berjaya merakamkan paparan animasi bendera Malaysia yang bukan bendera Malaysia, dimana pada animasi tersebut, bintang 14 menjadi bintang berbucu 5.
- Rakaman itu kemudiannya tular di laman sosial.
- Pelbagai pihak tampil memberikan respon.
- Ada yang marah, geram. Dan ada yang salah menyalahkan secara politik. Seperti biasa, penyokong PH menyalahkan MCA. Dan penyokong pembangkang, menyalahkan DAP. Maka isu bendera salah bertukar menjadi cerita politik. Boleh dikatakan 99.9% semua insiden yang berlaku di Malaysia akan dikaitkan dengan cerita politik - jadi tolong faham senario ini. Hahaha.
- MABA kemudiannya memohon maaf secara terbuka.
- Netizens pro kerajaan kemudiannya mengaitkan MABA dengan MCA. Tindakan MABA dianggap mahu mencemarkan reputasi kerajaan dengan mengaitkan ia adalah satu sabotaj bagi menjatuhkan imej PH khususnya mensasarkan DAP.
- MCA kemudiannya mengeluarkan kenyataan MENAFIKAN mereka terbabit secara langsung mahupun tidak langsung.
Kronologi tamat disini.
Seterusnya kita akan mengupas kesilapan MABA. Adakah benar ia satu kesilapan yang TIDAK DISENGAJAKAN?
1. Jika kita perhatikan, bendera Malaysia dikibarkan secara ANIMASI. Ya, ANIMASI.
2. ANIMASI bermaksud adalah pereka grafiknya.
3. Ini bermakna pereka grafik dan orang yang meluluskan animasi tersebut TIDAK MENGENAL BENDERA MALAYSIA sama sekali.
4. Selalunya dalam event sebegini, kita mestilah lakukan testing terlebih dahulu.
5. Masa testing tak kan tak perasan bendera tu salah?
6. Apa yang amat dibimbangi ialah, bukan tak perasan ia bendera yang salah, tetapi TAK TAHU PUN IA ADALAH SALAH!
7. Jadi bila kita taktahu ia salah, maka memanglah kita tak akan betulkan ia.
8. Akhirnya ia menjadi kecuaian mudah sehingga diperasankan oleh orang awam. Sebenarnya, sengaja melakukan kesilapan, atas apa tujuan, misalkata politik, ia tetap lebih baik daripada TIDAK TAHU IA SALAH. KAU TIDAK KENAL BENDERA KAU SENDIRI, ITU MASALAH.
9. Jika hari ini kita tahan orang lalu lalang, warganegara Malaysia - belum tentu dia hafal rukun negara, walaupun bersekolah di kebangsaan.
10. Belum tentu dia boleh menyanyi lagu NEGARAKU meskipun bersekolah kebangsaan sejak kecil.
11. Apatah lagi kegagalan masyarakat cina untuk bertutur bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara ini bukanlah perkara biasa, rata-rata mereka dari sekolah vernakular. Yang kena masuk kelas peralihan di tingkatan satu.
12. Kalau kita jumpa cina yang fasih bahasa melayu, kita akan jadi kagum macam perkara tu pelik di Malaysia walhal dia rakyat Malaysia, apa yang peliknya? Macam Howard Lee, Adun DAP Perak yang fasih berbahasa melayu, ketika berkongsikan rakaman perbahasan di DUN Perak menerusi Facebooknya, rata-rata netizens memuji kemahiran berbahasa melayu Howard yang baik, - kenapa? Kenapa bukan puji isi ucapannya? Sebaliknya mereka focus kepada BAHASAnya?
13. Kerana, ya kerana MASYARAKAT CINA LEMAH DALAM MENGUASAI BAHASA RASMI NEGARA SENDIRI.
14. Mereka kata VERNAKULAR bukan salahnya, tetapi ia adalah masalah individu.
15. Sebenarnya, ramai je fasih melayu terutamanya anak-anak india yang bersekolah di vernakular, mereka boleh je bertutur bahasa melayu dan english dengan baik. Tetapi kenapa bukan masyarakat cina?
16. Jawapannya, VERNAKULAR telah membuatkan mereka rasa TAK PENTING PUN UNTUK FASIH BERBAHASA MELAYU, BAHASA RASMI NEGARA INI kerana mereka tetap boleh hidup dengan bahasa ibunda, tahu cakap serba sedikit sudahlah. Ada paper cina, ada tv cina, ada papan tanda cina, ada menteri yang tulis PC dalam cina, so apa lagi mereka mahu? Menteri yang tak faham bahasa melayu pun boleh jadi menteri, so what? Apa lagi nak kisah?
17. Tidak hanya masyarakat cina dan india yang semakin hilang identiti kebangsaan, bangsa melayu pun tak terkecuali juga.
18. Identiti kebangsaan ialah kita rakyat Malaysia, yang faham negaranya apa, benderanya bagaimana, lagu negaranya, rukun, perlembagaan, budaya dan adat, meraikan perbezaan dengan matang, tetapi sekarang masing-masing nampaknya lebih selesa hidup di kelompok sendiri. Dengan cina semakin kuat kecinaan, india semakin kuat keindian dan melayu semakin kuat kemelayuan, seolahnya kita hidup dalam tiga negara di dalam satu kawasan yang sama. Bayangkan jika mereka ini bertembung - apa akan jadi dengan kita?
19. Yang belajar vernakular, apabila besar, beli rumah, bekerja dikalangan cina sahaja. Yang sekolah kebangsaan, apabila besar, bekerja dan beli rumah di kawasan perumahan bangsanya sahaja
20. Akhirnya tanpa kita sedar, stuktur ini membinasakan masyarakat kita dengan tembok perkauman.
21. Sesuatu perlu dilakukan, kita perlu intergrasikan masyarakat kita, kalau pun tidak selepas mereka berkahwin, bekerja dan dewasa, paling tidak di masa mereka muda dan bersekolah.
22. Jika tidak bukan sahaja bendera bucu lima, silap-silap warna bendera pun mereka tidak tahu. - 26 November 2019.