Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 27 November 2019

Manifesto Petrol PH, Subsidi Bersasar 2020 & Ron 95 Diapungkan Mulai Januari - Ini Apa Yang Anda Patut Faham.

ULASAN | Hari ini kerajaan Pakatan Harapan telah dikecam netizens berikutan beberapa media tempatan telah melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen seperti berikut;


1. Bermula tahun 2019, minyak bagi RON 95 akan dinaikkan secara berperingkat diantara 1 hingga 2 sen setiap minggu.

2. Kenaikan ini akan berlaku sehinggalah harga minyak RON 95 mencapai paras harga di pasaran.

3. Jika harga pasaran RM3 seliter, maka sehingga itulah harganya naik. 

4. Kenaikan ini selaras dengan pengenalan Program Subsidi Petrol PSP - yang mana subsidi petrol bersasar akan dilaksanakan.

Bagaimana perlaksanaan?

Begini.

Peringkat pertama, bagi mencegah pihak tertentu khususnya peniaga mengambil kesempatan, maka kerajaan memutuskan untuk menaikkan Ron 95 secara mingguan secara kecil-kecilan diantara 1 hingga 2 sen.

Kenaikan ini akan terhenti secara automatik apabila harga RON 95 sepenuhnya diapungkan mengikut harga pasaran.

Dan selepas itu, harganya akan dijual samada menaik atau menurun mengikut harga pasaran. Maknanya ada turun naiklah macam harga RON 97.

Sementara pengguna membeli RON 95 dengan harga biasa, PSP pula akan disalurkan kepada setiap PENERIMA BSH yang layak.

Jika anda bukan penerima BSH anda TIDAK AKAN MENERIMA SUBSIDI MINYAK.

Hanya penerima BSH 2020 yang diluluskan sahaja layak untuk diterima dalam PSP. 

PSP pula ada dua kumpulan asas iaitu;

SUBSIDI MOTOR :RM12 bulanan
SUBSIDI KERETA : RM30 bulanan

Tak kira seberapa banyak penggunaan minyak anda secara bulanan atau tahunan, jumlahnya tetap RM12 bagi motor dan RM30 bagi kereta setiap bulan.

Kaedah bayaran ialah melalui akaun bank penerima BSH.

Baik, di sosial media, rata-rata netizens mengecam Pakatan Harapan kerana melaksanakan subsidi petrol bersasar dan mengapungkan RON 95. 

Mereka menuntut janji Pakatan Harapan iaitu;

Harga minyak RM1.50 seliter
Turunkan harga minyak

ADAKAH INI BENAR-BENAR JANJI PAKATAN HARAPAN PADA PRU14 yang lepas?

Tidak benar sama sekali. Itulah jawapan yang telah dinyatakan secara berulang-ulang kali.


Pakatan Harapan sama sekali tak pernah menjanjikan turunkan harga minyak kepada RM1.50 sebaik sahaja mengambilalih tampuk kepimpinan negara?

Apa yang berlaku sehingga wujudnya salah faham ini? Pertama, politik adalah persepsi. Terlalu ramai yang menyebarkan fitnah secara berulangan lalu dianggap benar bagi sebilangan pihak.

Kedua, kerana sememangnya terdapat pihak yang kaki copypaste, sehingga tercopypaste manifesto hoax, palsu ataupun fake ke dalam page masing-masing lalu followers beranggapan maklumat itu adalah benar.

Apa yang terkandung dalam MANIFESTO PAKATAN HARAPAN?

Mereka memang berkata akan MEMPERKENALKAN SUBSIDI BERSASAR. 

Mereka memang berkata akan MENSTABILKAN HARGA MINYAK.

Subsidi bersasar akan dilaksanakan melalui PROGRAM SUBSIDI BERSASAR - PSP yang akan disalurkan kepada setiap penerima BSH yang memiliki kenderaan khususnya, mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. 

Bagaimana pula harga minyak distabilkan? Itulah tujuannya menaikkan harga minyak 1 hingga 2 sen seminggu supaya peniaga tak mengambil kesempatan dengan kenaikan mendadak.

Dari situ, peniaga sudah boleh menjangka, berapakah harga RON 95 pada minggu tertentu. Peringatan ini telah kerajaan nyatakan pada BELANJAWAN 2020 pada OKTOBER 2019. 

Ini bermakna peniaga ada masa 2 bulan untuk mengimbangi aliran tunai mereka dan operasi perniagaan. Kenaikan tidak berlaku secara mendadak. Masa kenaikan telah diumumkan. Jumlah kenaikan telah diberitahu. B40 yang terjejas dibantu dengan subsidi. 

Subsidi bersasar adalah penting kerana jumlah kenderaan peribadi di Malaysia semakin meningkat, ini bermakna subsidi pukal hanya akan merugikan negara, kerana ia menelan belanja yang banyak.

Wang itu kita boleh gunakan untuk bina lebih banyak hospital, klinik, sekolah, jalanraya, pengangkutan awam, nampak macam cliche kan?

Tetapi sememangnya itulah yang sebenarnya boleh kita lakukan jika melaksanakan subsidi bersasar berbanding pukal.

Lihat kesan jangka masa panjang ke atas negara ini. Hari ini kita marah dengan perlaksanaan subsidi bersasar tetapi inilah yang sebenarnya kita patut lakukan supaya tak menyusahkan pentadbiran negara di masa hadapan kelak.

Yang patut kita bimbang bukanlah dengan penggantian subsidi pukal kepada bersasar.

Tetapi, macam mana nak pastikan peniaga tak ambil kesempatan, golongan yang layak benar-benar dapat subsidi dan tidak dipinggirkan, dan wang yang berjaya dijimatkan itu, dibelanjakan kembali untuk manfaat rakyat. Khususnya jaringan pengangkutan yang cekap, maju lagi meluas. 

Kita mahu tren di satu Malaysia dan bukan hanya di Lembah Klang. Tempat lain juga mahu maju sebagaimana Kuala Lumpur maju.


Satu-satunya kecuaian ataupun kegagalan Pakatan Harapan dalam janji manifestonya mengenai PETROL ialah ini;

"merangka satu mekanisme pemberian subsidi dengan menggunakan maklumat dalam kad pengenalan".

Itu adalah KEGAGALAN.  

Mereka mengambil masa.
Tender telah dibuka.
Tetapi apa yang terjadi dengan sistem itu, kita tidak tahu, kerana tidak ada jawapan, sebaliknya mereka berkata PSP akan dilaksanakan dengan menggunakan data BSH.

Mereka gagal kerana mereka tak faham sistem ataupun kerana syarikat minyak enggan mengeluarkan modal untuk install sistem baru - kita pun tidak pasti.

Sekian. - 27 November 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...