Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 27 November 2019

Fakta Dan Kronologi Abu Chin Peng.

KRONOLOGI | Sekali lagi negara ini bertekak mengenai abu Chin Peng. Nama asal mendiang ialah Ong Boon Hua, yang dilahirkan di Sitiawan, Perak pada 1924.


Mendiang mati akibat sakit tua di Hospital Bangkok pada usia 88 tahun, pada tarikh 16 September 2013 selepas bertahun hidup dalam buangan. Usaha membawanya pulang ketika hidup gagal, dan usaha membawa abunya juga dihalang pada ketika itu. Dan ini adalah kronologinya.

1. Kali pertama ia dibangkitkan sekitar tahun 2014. Keluarga mendiang membuat permohonan kepada kerajaan untuk membawa abunya kembali ke Malaysia kerana itu adalah wasiat mendiang.

2. Mendiang mahu ditaburkan di tempat kelahirannya, Sitiawan, Perak.

3. Namun, hasrat mendiang dihalang kerana kerajaan tidak membenarkan ia dibawa balik.

4. Menurut kerajaan, ia adalah kerana mengambilkira sentimen mereka yang pernah menjadi mangsa komunis, disamping mengelakkan amalan pemujaan, itulah dikatakan Zahid Hamidi pada 30 November 2014, memetik laporan Berita Harian disini : https://www.bharian.com.my/node/20748

5. Zahid Hamidi pada ketika itu adalah Menteri Dalam Negeri. 

6. Pada 27 November 2019, Zahid menegaskan keputusan melarang kemasukan abu Chin Peng adalah keputusan kabinet BN secara bersama ketika itu, dan bukanlah larangannya secara bersendirian. 

Baca sini : https://malaysiagazette.com/2019/11/27/terkini-abu-mayat-chin-peng-bukan-larangan-saya-semasa-jadi-menteri-kdn-zahid-hamidi/

7.Kerajaan Pakatan Harapan melalui Muhyiddin selaku Menteri KDN ketika ini turut menafikan kerajaan membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang. 

Baca disini : http://www.astroawani.com/video-malaysia/kerajaan-tidak-pernah-benar-abu-chin-peng-dibawa-pulang-ke-malaysia-muhyiddin-1821376


8. Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah juga mengesahkan perkara sama disini : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/632698/kerajaan-tidak-pernah-luluskan-permohonan-bawa-masuk-abu-mayat-chin
9. Menurut Wan Azizah kerana tidak pernah menerima permohonan untuk membawa abu Chin Peng memasuki Malaysia. Muhyiddin juga mengesahkan pihak kastam tidak pernah mendapat permohonan yang sama. Andai permohonan dibuat sekalipun, kerajaan tidak akan membenarkan perkara itu kerana mengambilkira mereka yang menjadi mangsa kekejaman komunis.

10. Muhammad Sabu selaku Menteri Pertahanan, ketika diasak dalam Parlimen berkata, beliau hanya akan membuat ketetapan mengenai abu Chin Peng selepas KDN melengkapkan siasatannya. 


Baca sini : https://www.malaysiakini.com/news/501515

11. Ahli Parlimen BN sebak dan menangis kerana abu Chin Peng dibawa ke Malaysia. Ahli Parlimen CH, Ramli selaku bekas polis berkata beliau merasa sebak kerana kepulangan abu Chin Peng itu memberikan kesan ke atasnya apabila terkenangkan pengorbanan polis dan tentera bagi membanteras komunis pada awal kemerdekaan.


Wan Junaidi, Ahli Parlimen Santubong pula berkata beliau tak perlu membaca sejarah kerana kejadian membanteras komunis itu adalah kerjanya. Beliau berada dalam hutan selama lima tahun dan melihat sendiri depan mata seberapa ramai kawannya yang terkorban ketika memerangi komunis.

Baca sini : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/521132/tak-perlu-rujuk-sejarah-mata-jadi-saksi


12. Sementara itu SU Agung Annuar Musa pula berkata tiada masalah abu Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia asalkan ia tidak melanggar undang-undang negara sementelah tugas kita adalah menjaga orang yang masih hidup dan bukannya menjaga orang yang mati.


Baca sini : https://www.malaysiakini.com/news/501367

13. Pada 20 September 2019, MCA pernah mempersoalkan kerajaan kenapa menghalang abu Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.

Baca sini : https://www.malaysiakini.com/news/241629

14. MCA dipetik sebagai berkata, komunis dan terroris adalah dua perkara berbeza. Apatah lagi dalam keadaan semasa Chin Peng, beliau tidak lagi aktif terlibat dalam komunisme.

Baca disini : https://www.malaymail.com/news/malaysia/2013/09/17/mca-joins-call-to-open-door-for-chin-pengs-remains/526425

15. Pada 17 September 2013, RoketKini berkongsikan pendapat Haris Zuan yang bersetuju abu Chin Peng dibawa ke Malaysia.

Baca sini : https://www.roketkini.com/2013/09/17/chin-peng-berlaku-adillah-pada-sejarah-oleh-haris-zuan/

16. Pada 21 September 2013, ketika itu Pakatan Rakyat masih wujud, Muhammad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS pada ketika itu berkata, tidak sepatutnya kerajaan menghalang kemasukan abu Chin Peng ke dalam negara.

Baca sini : https://malaysia.news.yahoo.com/mat-sabu-apa-nak-takut-dengan-abu-mayat-095311791.html

17. Kerana itulah Menteri Pertahanan diasak dalam Parlimen berkenaan pendiriannya dalam kes abu Chin Peng. Jika beliau berkata sesuatu yang berbeza, dengan apa yang beliau ucapkan pada tahun 2013, ia akan memakan dirinya. Namun bersikap no komen sebenarnya mencalarkan hati askar secara tidak langsung kerana bagi mereka, menteri tidak membela nasib mereka.

18. Tentera dan polis mengakui mereka terguris dengan tindakan membawa pulang abu Chin Peng.

Baca sini : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/520955/mengguris-hati-kami-veteran-tentera-polis

19. Najib juga mengkritik tindakan membawa abu Chin Peng dan menyalahkan Pakatan Harapan kerana membawanya senyap-senyap ke Malaysia.

Baca sini : https://www.malaysiakini.com/news/501367

20. Sebagai rekod, Pakatan Harapan tidak membawa atau meluluskan kemasukan abu Chin Peng secara senyap-senyap ke Malaysia. Abu itu dibawa masuk tanpa permohonan kepada KASTAM dan KDN, dalam ertikata lain - ia dibawa masuk secara haram dan tak mengikut perundangan.

21. Atas sebab itulah, polis membuka kertas siasatan, rujuk sini : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/521223/tarikh-laluan-bawa-abu-chin-peng-dikenal-pasti-metrotv

22. Kumpulan penyelaras abu Chin Peng telah membawa abu Chin Peng ke Ipoh pada 16 September 2019 dan mengadakan majlis peringatan ke atas mendiang. Majlis itu dihadiri oleh saudara mara dan kenalan terdekat seramai 150 orang.

23. Ini dibuat kerana katanya, bagi memenuhi permintaan akhir Chin Peng yang mahu pulang ke Malaysia walaupun hanya sebagai abu.

24. Abu itu kemudiannya ditaburkan di sekitar laut Lumut, dan disekitar hutan banjaran Titiwangsa. 

25. Tanpa sebarang tugu peringatan didirikan di kawasan-kawasan itu.

26. Menurut, Chan Kan Fook wakil penyelaras membawa abu Chin Peng ke Malaysia, mereka berasa gembira selepas berjaya sempurnakan tugas yang telah tertangguh selama enam tahun itu.

27. Kumpulan itu juga mengakui menyokong Pakatan Harapan dan optimis kerajaan tidak akan mengambil tindakan ke atas mereka kerana telah tua. Paling kurang pun, kerajaan hanya akan memenjarakan mereka sahaja, kata Chan lagi sambil tertawa.

28. Di sosial media, kisah abu Chin Peng menjadi konflik di mana kedua-dua blok partisan saling salah menyalahkan antara satu sama lain.

Yang baik, yang jahat, ada sejarahnya. Walaupun kita tak faham tetapi setiap dari mereka punya peranan. Samada kita mengambil iktibar, pengajaran atau menjadi sepertinya, itu pilihan kita. - 27 November 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...