Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 November 2019

Sekarang MP UMNO Kata Azmin Nasihatkan Jangan Lompat Parti Pula..

POLITIK | Nampaknya jalan cerita 17 ataupun 22 ahli parlimen UMNO (mana satu yang betul pun masih kekeliruan lagi) bertukar lagi.

  
Jalan cerita pertama dari beberapa wakil UMNO dan Azmin Ali : Kehadiran beberapa ahli parlimen UMNO ke rumah Azmin adalah untuk mendapatkan projek bagi kawasan parlimen yang diwakili.

Jalan cerita kedua dari Tun Mahathir : Beberapa wakil UMNO mengaku kepada Azmin yang mereka ibaratnya sudah hilang parti dan tiada hala tuju. Entah bagaimana nasib mereka selepas ini kelak.

Jalan cerita ketiga dari wakil UMNO yang hadir dan Annuar Musa : Ahli parlimen UMNO yang hadir sebenarnya menjemput Azmin masuk ke dalam UMNO. Tun Mahathir menfitnah, hakikatnya, pertemuan tersebut untuk menyelamatkan tengkuk Tun Mahathir dan Azmin.

Jalan cerita keempat dari wakil UMNO : Pertemuan pada malam itu turut membincangkan isu lompat parti kerana media melaporkan hal itu beberapa kali. Tetapi wakil BN yang hadir tiada niat melompat parti dan Azmin turut menasihati agar jangan sesekali melompat parti. Tun Mahathir sengaja mencipta fitnah kerana kekalahan teruk di Tanjung Piai.

Apakah ada jalan cerita kelima, keenam, ketujuh dan seterusnya selepas ini?

Kita sama-sama nantikan dengan seberkas popcorn di tangan ok. - 25 November 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...