Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 26 November 2019

Ahli Parlimen PKR Diugut Dengan Bangkai Ayam.

POLITIK | Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bharu telah diugut dengan simbahan cat merah dan bangkai ayam hari ini.




Perkara itu disahkan oleh Akmal Nasir dalam satu kenyataan di Facebooknya pagi tadi.

Menurut Akmal, kakitangannya mengesan perbuatan itu pada jam 7.20 pagi ketika mahu masuk kerja.

Semalam, akhbar The Star melaporkan krisis dalaman PKR semakin memuncak dengan dua kem utama iaitu Kem Anwar dan kem Azmin.

Kem Azmin yang digelar kem kartel dipercayai semakin memberontak sejak kebelakangan ini. Meskipun tidak jelas kenapa dianggap begitu, tetapi berdasarkan tinjauan di laman sosial, bolehlah disimpulkan begini secara kasarnya;

1. Kem kartel bengang kerana isu pemilihan parti pada tahun lepas.

2. Kem kartel marah kerana isu video.


3. Kem kartel marah kerana rancangan membentuk kerajaan pintu belakang gagal.

4. Kem kartel marah kerana kehilangan sokongan sedikit demi sedikit.

5. Kem kartel marah kerana kem Anwar kembali menguasai PKR dan membentuk sokongan padu.

6. Kem kartel marah kerana beberapa pimpinan mereka yang dikaitkan dengan dakwaan rasuah, dihukum parti.

7. Kem kartel marah kerana kem Anwar mendedahkan beberapa perkara dalaman parti kepada pihak luar, iaitu kegagalan dua pemimpin utama PKR hadir ke mesyuarat parti lebih dari setahun tetapi asyik menggunakan media untuk mengutuk tindakan parti. Hal ini seterusnya membuatkan kem kartel dianggap tidak menghormati parti dan membelakangkan keputusan parti, bagi orang luar, mereka kini beranggapan kem kartel telah merosakkan parti. Ini seterusnya membuatkan kem kartel berasa marah kerana terpalit imej sedemikian rupa. 

Peperangan dalaman PKR ini sangat serius sehingga boleh meruntuhkan kerajaan Pakatan Harapan, oleh kerana itu isu ini sentiasa dekat di hati pengamal media membuatkan mereka seringkali melaporkan krisis PKR.

Dan berikut adalah kenyataan penuh Ahli Parlimen Johor Bharu;

KENYATAAN MEDIA | PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN JOHOR BAHRU DIUGUT DENGAN CAT MERAH DAN BANGKAI AYAM

Saya telah dimaklumkan oleh staf saya yang tiba jam 7.20 pagi untuk masuk ke pejabat bahawa pintu masuk Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru telah disimbah cat dan seekor bangkai ayam beserta mesej ugutan kepada saya telah dicampak didepan pintu.

Satu laporan polis telahpun dibuat oleh staf saya.

Saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Sekian, terima kasih.

AKMAL NASIR
AHLI PARLIMEN JOHOR BAHRU
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) MALAYSIA

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...