Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 24 November 2019

Gambar Menteri Kantoi Langgar Larangan Merokok Dipetik Luar Konteks - SU Menteri Usahawan.

POLITIK | Gambar tular yang merujuk kepada Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof sedang merokok dan tertera di belakangnya tanda ‘larangan merokok’ adalah gambar lama sebelum beliau memegang jawatan menteri Persekutuan, jelas Setiausaha Akhbar menteri itu.




Menurutnya lagi, gambar tersebut pernah ditularkan sebelum ini sambil menjelaskan bahawa ketika itu peraturan larangan merokok di tempat awam belum dikuatkuasakan sepenuhnya.

Pegawai Kementerian itu juga menjelaskan keadaan sekitar gambar tersebut berkemungkinan “taken out of context”.

“Ini merupakan kenyataan yang sengaja untuk mencemar kredibiliti dan imej YB Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof selaku Menteri Kabinet dan adalah suatu bentuk polemik untuk menjatuhkan beliau,” katanya.


Sebelum ini akhbar berbahasa cina, China Press melaporkan berita ‘Menteri gagal patuhi larangan merokok’ dengan paparan gambar Mohd Redzuan yang dikongsi daripada Facebook “We are Malaysians”.

Selain China Press, gambar tersebut turut dikongsi netizens di media sosial dengan pelbagai ulasan. 



Adapun penjelasan dari Setiausaha Akhbar Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof nampaknya tidak diterima netizens.

Mereka berpandangan meskipun gambar tersebut gambar lama, ia tetap tidak menjawab kenapa menteri itu melanggar arahan larangan merokok dalam premis tertutup.

Azlina : Gambar lama ke gambar baru ke kat belakang tu kira macam mana?

Fezlin : Laaaa kau cakap out of context pulak. Arahan kat pintu tu baru ke lama? Kerajaan baru ni memang standard jadi bodoh ke?

Haris : Kalau aku baik diam. Dah kantoi dah tunjuk terlebih cerdik pula.

Zizi Pjie : Setahu aku kalau dah ada papan tanda larangan merokok kau tak boleh merokok kat situ. Lebih-lebih kalau tempat tertutup. Arahan tak boleh merokok kat kedai makan memang baru tapi arahan tertampal kat pintu tu dah ada sebelum Menteri Kesihatan kuatkuasa larangan merokok di kedai-kedai makan. Otak dia dah berterbangan dengan kereta terbang kot. - 24 November 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...