Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 28 November 2019

Blog BN Yang Dedahkan Skandal SU KPKT, Kem Anwar Pula Difitnah.

POLITIK | Beberapa portal dan blog yang dilihat mesra Barisan Nasional telah menyebarkan dakwaan kononnya Setiausaha di satu kementerian terlibat dalam skandal kecurangan.

Portal MalaysiaGazette pada awalnya dilihat menyebarkan cerita itu seperti berikut;

"Seorang setiausaha politik menteri didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pramugari.

Dakwaan itu ditukarkan hari ini oleh sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Pertubuhan Wanita Ehsan Al-Kasih.

Turut ditularkan gambar lelaki berkenaan bersama pasangannya yang jelas menyebut nama individu tersebut.

Kedua-dua mereka didakwa telah menjalinkan hubungan sulit sejak lelaki itu menjawat jawatan Setiausaha Politik sebuah kementerian.

Walaubagaimanapun, hubungan itu dikatakan berjaya dihidu oleh isteri pegawai menteri itu yang kemudian bertindak meninggalkan wanita berkenaan.

Wanita tersebut dilaporkan mengalami kemurungan akibat ditinggalkan.

Setiausaha politik itu dikaitkan dengan menteri yang kini lantang mengkritik pemimpinnya di media."
- Malaysia Gazette.

Pihak kami cuba mencari PERTUBUHAN WANITA EHSAN AL KASIH di Facebook dan Twitter, tetapi tidak menemukan pertubuhan yang dimaksudkan setakat ini.

Rentetan hasil siasatan itu pihak kami mendapati blog BN seperti Pakdin.my dan portal MyNewshub turut menyebarkan cerita yang sama.

Siasatan seterusnya dilakukan menerusi ruangan carian Facebook dan Twitter dengan kata kunci 'skandal setiausaha'.



Tiada hasil di Facebook tetapi berjaya menemukan satu keputusan di Twitter.

Siasatan itu seterusnya menemukan blog Captain M, di pautan berikut : https://captainm777.wordpress.com/2019/11/26/skandal-seks-hizwan-setiausaha-politik-menteri-kpkt-didedahkan

Hasil semakan di Facebook, nampaknya pautan itu tidak kelihatan. Tetapi di Twitter, ia disebarkan oleh seseorang yang dikenali sebagai @SuaraBiasa.

@SuaraBiasa cuba mengaitkan serangan blog BN itu sebagai serangan dari kem Anwar kepada kem kartel.

Sebagai rekod, blog Captain M ialah blog pro UMNO.

Dan hanya satu-satunya blog yang menyebutkan nama dan menyiarkan gambar yang dikatakan skandal.


"Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nor Hizwan Bin Ahmad hali ini tular dalam laman sosial dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan seorang pramugari. 

Kedua-dua pasangan itu didakwa telah menjalinkan hubungan sulit sejak lelaki itu menjawat jawatan Setiausaha Politik kepada YB Zuraida Kamaruddin.

Menurut sumber hubungan itu dikatakan berjaya dihidu oleh isteri pegawai menteri itu yang kemudian bertindak meninggalkan wanita berkenaan.

Wanita tersebut dilaporkan mengalami kemurungan akibat ditinggalkan.

Pendedahan skandal Setiausaha Politik Zuraida ini ada kaitan dengan kelantangan Zuraida sebagai pasukan Azmin Ali Timbalan Presiden yang menentang Anwar Ibrahim secara terbuka dan mahu Tun Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri,"
tulis blog itu.


Sebagai rekod, isu mengenai skandal ini TIDAK TULAR di laman sosial.

Pihak kami telah melakukan beberapa pencarian dan gagal menemukan sebarang hasil bagi mengaitkan SU KPKT dengan skandal di mana-mana penulisan di Facebook, kecuali di Twitter, portal dan blog sahaja. Dan yang paling viral adalah laporan Malaysiagazette yang tidak memetik nama individu, ataupun wanita yang dimaksudkan.

Pihak kami melakukan siasatan kerana ingin mengetahui lebih lanjut laporan yang ditulis oleh portal Malaysia Gazette dengan mencari siapakah individu yang dimaksudkan itu dan apakah skandal itu benar.

Namun apa yang ditemui akhirnya, percubaan untuk menyalahkan dan mengaitkan Anwar Ibrahim dalam penulisan itu.

Dan tarikh laporan itu semuanya senada. Yakni pada 26 November 2019. Seolah-olahnya ia telah dirancang awal.

Yang bertemu dengan kem UMNO beberapa minggu lepas, bukanlah kem Anwar.

Mungkin ini satu lagi percubaan untuk mencalarkan imej Anwar Ibrahim supaya dilihat sebagai seorang pemimpin yang suka menyerang peribadi. 

Secara logiknya, mana mungkin sesiapa dapat mengakses gambar-gambar peribadi melainkan dua individu yang terlibat dalam gambar tersebut. Tak mungkin ia sampai ke tangan orang luar kalau bukan kerja orang dalam. Fikirkan.

Sila ambil pertimbangan yang pihak kami telah mengenalpasti rupa paras isteri pihak yang dimaksudkan dan tidak meletakkan sebarang tafsiran tentang perhubungan dua pihak dalam gambar yang disebarkan oleh blog BN itu.

Ia adalah untuk menjelaskan terdapat satu lagi percubaan untuk menyerang imej Anwar Ibrahim, dikala tarikh peralihan kuasa semakin hampir. - 28 November 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...