1. Saya sering tulis dalam komen-komen saya supaya tidak ambil bulat-bulat kenyataan ahli politik apatah lagi ahli politik yang terdesak.
2. Sebab itu, adalah amat penting untuk bergantung kepada data dan bukan ikut kata-kata ahli politik.
3. Saya bagi contoh, Najib Razak sering menulis bahawa hutang dibawah kerajaan PH naik dengan banyak, naik sebanyak 120B dan pelbagai lagi.
4. Tapi, benarkah naik 120B? Kenapa 120B? dari mana datangnya 120B? Bagaimana jika dibandingkan dengan zaman dia? Apakah bentuk perbandingan? Adakah perbandingan itu adil? dan pelbagai lagi soalan yang boleh dijawab, apabila kita lihat pada data yang sebenar.
5. Saya bagi data-data yang saya petik daripada laporan Bank Negara Malaysia. Anda juga boleh lihat di laman web BNM.

Hutang dan Jaminan kerajaan;
Q2/2018 : 983B
Q2/2019 : 1,072B
Kenaikkan sebanyak RM89B
Pada Q3/2019: RM1,078B
Kenaikan dari Q1/2018 ke Q3/2019 adalah RM95B
Oleh itu dari Q2/2018 (Jun 2018) sehingga Q2/2019 (Jun 2019), kenaikan hutang dan jaminan adalah RM89B
Dan kenaikan dari Q2/2018 (Jun 2018) sehingga Q3/2019 (September 2019), kenaikan hutang dan jaminan adalah RM95B.
Nota 1:
Q1 : Jan - Mac
Q2 : April - Jun
Q3: Jul - Sep
Q4: Oct - Dec
Nota 2: Angka-angka diatas adalah hutang dan dicampur dengan jaminan kerajaan.
6. Dari mana datangnya RM120B? Mungkin angka 120B ni bila dikira dari Q1/2018.... maksudnya apabila kita campur sekali dengan hutang dan jaminan pada zaman BN sekali.
7. Adakah angka kenaikan RM89B ini teruk seperti yang sering disebut oleh Najib?
8. Mari kita lihat kenaikan hutang dan jaminan kerajaan pada zaman BN pula. Lihat data-data ini:
Q1/2017 : RM862B
Q1/2018 : RM956B
Kenaikan sebanyak RM94B !!!.
9. Sekarang anda bandingkan kenaikan hutang dan jaminan pada zaman PH iaitu RM89B dengan kenaikan pada zaman BN iaitu RM94B. Mana lebih tinggi?
10. Satu perkara lagi, ada sesetengah pihak menggunakan data yang berbeza untuk membandingkan hutang antara BN dan PH. Ini adalah salah.
11. Sebagai contoh, sesetengah pihak mengatakan secara purata kenaikan hutang pada zaman Najib adalah lebih kurang RM45B setahun. Lepas tu bagitau pulak zaman PH naik hutang sebanyak RM120B....fuhhh nampak teruk sangat....
12. Tapi, sebenarnya, kenaikan purata 45B setahun pada zaman BN itu belum lagi masuk jaminan kerajaan, sebaliknya data yang kononya 120B (kalau dikira dari Q1/2018 iaitu dari zaman BN) itu adalah dengan jaminan kerajaan.

13. Saya berikan balik contoh kenaikan hutang dan jaminan kerajaan pada zaman BN yang saya tulis diatas dengan pecahannya sekali (dari Q1/2017 - Q1/2018):
Q1/2017 : Hutang (RM665B) + Jaminan (RM197B) = RM862B
Q1/2018 : Hutang (RM705B) + Jaminan (251B) = RM956B
Kenaikan jaminan kerajaan dari Q1/2017 - Q1/2018 adalah:
251B - 197B = RM54B !!!
14. Kenaikan jaminan kerajaan pada zaman BN (2017/2018) adalah sebanyak RM54B !!! dan kenaikan hutang pada tempoh yang sama adalah RM40B menjadikan total kenaikan sebanyak RM94B.
15. Disini juga kita boleh lihat bagaimana dizaman kerajaan Najib tanggungan jaminan kerajaan naik dengan begitu tinggi.
16. Disini kita lihat, mungkin diantara sebab Najib lebih banyak buat hutang melalui jaminan kerajaan adalah kerana dia tidak mahu ratio hutang dengan gdp menjadi terlalu tinggi. Ini adalah kerana hutang melalui jaminan kerajaan tidak dikira sebagai official debt. Hanya hutang secara langsung sahaja yang dikira sebagai official debt dan digunakan untuk mengira debt to gdp ratio.
17. Bagaimana pula jaminan kerajaan dizaman PH?
18. Kerajaan PH pula lebih kepada ketelusan dan mahu menceritakan gambaran sebenar hutang negara. Mari kita lihat jaminan kerajaan di zaman PH.
19. Perhatikan data-data jaminan kerajaan di zaman PH. Saya berikan data hutang dan jaminan kerajaan dari Q2/2018 - Q2/2019:
Q2/2018 : Hutang (RM725B) + Jaminan (RM258B) = RM983B
Q2/2019 : Hutang (RM799B) + Jaminan (RM274B) = RM1,073B
Kenaikan jaminan kerajaan adalah:
RM274B - RM258B = RM16B sahaja!!!
dan kalau kita lihat jaminan kerajaan pada Q3/2019 adalah RM273B. Iaitu jaminan kerajaan pada Q3/2019 turun sebanyak RM1B berbanding Q2/2019!!!
20. Jelas disini, dibawah kerajaan PH, tanggungan melalui jaminan kerajaan adalah tidak tinggi berbanding hutang secara langsung. Hutang secara langsung adalah lebih tinggi berbanding jaminan. Ini selari dengan dasar kerajaan PH iaitu hendak memberikan gambaran sebenar hutang negara.
21. Saya serahkan kepada pembaca untuk melihat data-data ini dan nilaikan putarbelit yang cuba dibuat oleh Najib Razak.
22. Sekali lagi saya ulang, kita sebagai rakyat yang bukan ahli politik dan tiada kepentingan politik, perlu selalu berfikir dan buat analisa berdasarkan data dan jangan ambil dan percaya kata-kata ahli politik terutamanya mereka yang terdesak.
Nota:
Data-data diatas dipetik dari Bank Negara Malaysia dari pautan berikut:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic_nsdp&uc=2