Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 27 November 2019

Bendera Perak Pun Tersilap, MABA Semakin Tertekan.

SOSMED | Lebih banyak bukti yang ditunjukkan pengguna sosial media berkenaan bendera berbintang lima. 

Berdasarkan viral Facebook, paling tidak kesalahan tersebut telah berlaku sejak 2011 lagi.



Pada mulanya Najib cuba mengelabui isu tersebut dengan mengaitkan ia kepada Anwar Ibrahim dan Nazri Aziz. Najib berkata adakah Anwar patut dipersalahkan kerana hadir ke majlis yang memaparkan bendera salah? Dan sebegitulah MCA tidak patut dikaitkan.

Najib juga berkata, kesilapan tersebut juga berlaku di zaman BN dengan berkongsikan gambar Nazri Aziz. Tujuannya berbuat demikian adalah untuk mendorong semua pihak tidak mengalihkan kesalahan ke atas MCA lagi.


Namun bukan sahaja itu tidak berlaku, bahkan semakan netizens mendapati kesilapan itu telah berlaku seawal 2011. Apatah lagi menyalahkan tetamu atas kesilapan penganjur adalah sesuatu yang tidak masuk akal.


Lihatlah, muka Najib pun ada dalam banner.


Salah Najib kah?
 
Gambar : Anwar Ibrahim PM8

Ini bermakna ia adalah satu kesalahan yang cukup serius. Dalam perkembangan berkaitan, MABA kata pihak mereka telah mengambil langkah tegas dengan bertindak memberhentikan kontraktor yang menguruskan acara. 

Yang menjadi persoalan ialah, kenapakah hal ini yang telah berlaku sejak 2011, yang melibatkan beberapa acara kesukanan peringkat negeri mahupun nasional, terlepas sebegitu sahaja sehinggalah pentadbiran Pakatan Harapan mengambilalih barulah ia menjadi tajuk perbincangan?


Apakah selama ini pihak-pihak yang terlibat sebagai penganjur utama dan bersama, terlepas pandang dan tidak mengedahkan kesilapan tersebut? Jika benar, maka tindakan bertukar kerajaan adalah tepat - kerana ia mendidik kita menjadi lebih peka dengan apa yang berlaku di sekeliling kita selama ini.


Bukan sahaja kesilapan mengenai bendera, bahkan bendera negeri Perak juga dipaparkan secara terbalik.


Sebelum sesuatu design diluluskan, ia perlu disemak terlebih dahulu. Supaya tidak berlaku kesalahan. Siapakah pihak disebalik yang menyemak kesemua design-design ini? Baik animasi bendera, baik cetakan di poster dan latar pentas mahupun atas baju, kenapa semuanya penuh dengan kesalahan? Dan paling teruk, ia adalah kesalahan yang berulangan. 

Apakah mereka ini benar-benar rakyat Malaysia? Tidakkah mereka kenal bendera mereka sendiri? Apakah ini hasil vernakular? Mustahil. Penulis kenal ramai yang vernakular tetapi masih bersifat Malaysian terutamanya dikalangan bangsa india.

Mungkin ini jenis bangsa yang vernakular dan bergaul dengan bangsanya sahaja. Sehingga dia rasa tak perlu pun ambil tahu bagaimana rupa bentuk bendera negara kita.

Dalam perkembangan berkaitan, bendera Malaysia berbucu lima bintang dikaitkan dengan rekaan bendera Malaysia lama sebelum diubahsuai.


Mungkin si kontraktor telah GOOGLE bendera Malaysia dan rekaan lama itu terkeluar di atas paparan skrin komputer lalu dia memilih rekaan itu dan meneruskan tradisi tersebut sampailah TERKANTOI. Semua ini tak mustahil jika dia dan penganjur langsung tak kenal BENDERA MALAYSIA walaupun lahir, tinggal, bersekolah, bekerja dan berkahwin di Malaysia.  - 27 November 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...