Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 12 Mei 2018

Mari Bina UMNO Semula - KJ

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengajak semula ahli UMNO untuk bersama-samanya bagi membina UMNO semula.

Menurutnya, UMNO tidak lagi harus dilihat sebagai parti untuk golongan elit dan bongkak dan tindakan membersihkan UMNO haruslah dilakukan serta-merta.


"Saya mengajak rakan-rakan yang ingin membina semula UMNO daripada keruntuhan yang kita lihat hari ini, kerana perubahan ini mesti bermula dengan serta-merta.

Kita tidak boleh tangguhkannya lagi. Jasa UMNO kepada agama, bangsa dan negara terlalu besar untuk kita biar parti keramat ini musnah dan hilang selama-lamanya.

Saya mahu kita kembalikan UMNO kepada semangat yang asal. Di mana UMNO tidak dilihat sebagai parti yang terpisah dari rakyat, parti untuk golongan atas sahaja, parti yang tidak kisah soal integriti, parti yang dianggap bongkak dan sombong.

Saya mahu UMNO kembali menjadi parti untuk orang ramai. Parti yang jaga maruah orang Melayu, yang menjaga kemakmuran bersama kaum-kaum yang lain, parti yang tidak rasis – parti yang benar-benar berjuang untuk semua lapisan masyarakat.

UMNO tetap mempunyai tanggungjawab di kawasan-kawasan yang dimenangi walaupun mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Saya faham, seluruh warga UMNO sedih dan ada yang marah akan keputusan PRU-14 ini. Saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, meminta maaf kepada ahli UMNO, kerana sebagai seorang pemimpin parti, saya tidak dapat membantu parti kita mencapai kemenangan pada kali ini,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini. - 12 Mei 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...