Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 8 Mei 2018

Undi PAS Paling Untung Kata Nik Abduh..

Calon PAS di Parlimen Bachok, Nik Muhammad Abduh memberikan lima sebab kenapa pengundi patut memangkah PAS pada 9 Mei nanti.

Menurut bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu tidaklah rugi jika pengundi memilih PAS kerana PAS sentiasa memperkasakan Islam, mengembangkan dakwah Islamiah, berjaya membina Kelantan sebuah negara model Islam serta bebas rasuah.


Berikut adalah kenyataan penuh Nik Abduh;


"Siri Jihad Pilihan Raya (4)

Jangan Membazir Undi

Undi PAS adalah paling untung dan pastinya tidak mungkin membazir. Bagaimana membazir, bukankah PAS telah dan sentiasa memberi yang lebih baik untuk negara?

1) PAS-lah yang memperteguhkan kefahaman bahawa UNDI adalah satu amal soleh utama daripada setiap muslim di dalam memperkasakan agama Islam dalam negara. Bagaimana amal soleh adalah rugi?

2) PAS-lah yang berjaya mengembangkan dakwah Islamiyah di seluruh negara melalui kempen UNDI parti yang menyeru kepada kesejahteraan dunia dan akhirat. Adakah rugi?

3) PAS-lah yang telah membina negeri Kelantan dengan kuasa UNDI rakyat sehingga menjadi sebuah negeri model dalam perlaksanaan agenda Islam yang syumul. Bagaimana terbinanya Kelantan dikira membazir?

4) PAS-lah yang menyahut tuntutan UNDI rakyat untuk memastikan pemimpinnya yang dipilihnya adalah bersih dan berintegriti. Pemimpin PAS bebas sepenuhnya daripada rasuah. Ia amat berbeza daripada parti-parti lain. Bagaimana mengundi parti yang mengotakan janjinya adalah membazir?

5) PAS-lah, melalui UNDI rakyat telah berjaya memperjuangkan RUU355 dan seluruh agenda Islam untuk negara di dalam parlimen. Bagaimana dianggap membazir?

6) UNDI PAS adalah untuk garis tengah di antara BN yang terlalu ketat dengan nasionalismenya dan PH yang telalu longgar dengan liberalismenya. Bagaimana garis tengah dengan Islam yang sejahtera boleh rugi?,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook. - 8 Mei 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...