Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 8 Mei 2018

Panduan Mengundi Untuk Mereka Yang Masih Di Atas Pagar - ZF Zamir.

Oleh : ZF Zamir

PANDUAN MENGUNDI UNTUK MEREKA YANG MASIH DI ATAS PAGAR

Ramai yang komen di status sebelum ini bertanya – jadi kita nak pangkah siapa 9 Mei nanti? Oleh yang demikian aku sediakan senarai untuk pengundi atas pagar buat keputusan.

Jangan rasa resah atau susah hati kalau masih belum dapat buat keputusan. Perasaan seperti ini normal. Yang penting kita bertenang dan pilihlah antara beberapa senario di bawah ini untuk dipertimbangkan. Lepas tu jangan lupa copy paste & sebarkan.



Gambar - ZF Zamir
1. Undi Untuk Perubahan di Peringkat Persekutuan
 

Untuk majoriti yang masih belum tahu nak undi apa, mungkin ini pilihan paling mudah. Ingat, undi kita walaupun satu undi, ianya berpotensi untuk membuat perubahan di peringkat Persekutuan.

Jadi kalau ada di sudut hati, walau jauh di bucu hati untuk lihat Kerajaan baru (yakni bukan Barisan Nasional), ini pilihan paling tepat.

Untuk tujuan itu, Undi Pakatan Harapan atau Mata. Ingat kalau undi Pas, tidak ada perubahan di peringkat Persekutuan kerana undi Pas secara real-politiknya di atas bilangan jumlah undi adalah untuk mengekalkan BN.

2. Undi Untuk Ubah Sistem


Ini paling klise orang debat dalam komen. Nak pilih Syaitan atau Setan? Kan sama tu, ejaan je berbeza. Betul, tepat sekali Tuan-tuan.

Tapi jangan kita terperangkap dalam debat yang tak produktif. Apakah pilihan yang lebih produktif? Adakah cara lain untuk bicara tentang 2 Syaitan atau Setan ini?

Untuk tujuan itu, kita harus bergerak satu langkah ke hadapan. Apakah langkah itu? Iaitu dengan menukar dahulu sistem lama. Kalau tak kita hanya akan berpusing-pusing cakap benda ni tapi tak bergerak ke depan. Jadi Undi Pakatan Harapan atau Mata. Ingat kalau undi Pas, kita tak akan bergerak ke depan.

3. Undi Untuk Orang Susah


Betul, ini alternatif kepada manusia yang rasa undi dia takkan buat perubahan kepada diri dia pun. Baiklah kalau begitu, elok fikir undi yang kita lakukan itu untuk orang lain.

Ini bermakna kita harus fikir bagaimana undi kita yang satu tu akan beri kesan besar kepada masyarakat yang lain. Cuba fikir tentang orang susah dan warga pekerja yang terkesan teruk dengan kos sara hidup sekarang.

Untuk tujuan itu, Undi Pakatan Harapan atau Mata. Ingat kalau undi Pas atau BN, harga teh tarik atau ikan kembung takkan turun balik. Jadi adakah dengan undi PH harga teh tarik akan turun? Tak. Tapi mekanisme kerajaan baru akan bergerak. Kos sara hidup dalam sistem kerajaan lama sangat kronik dan menyakitkan orang yang susah terutama B40.

4. Undi Pas & Muslim Berwibawa


Untuk mereka yang masih tak tahu nak undi siapa tapi suka dengan gerakan Muslim Berwibawa, ada pilihan baru untuk mereka iaitu;

Undi Pakatan Harapan untuk Parlimen dan undilah calon Muslim Berwibawa atau Pas di DUN.

Ini nama dia baling satu batu kena dua tempat tangan sembunyi belakang. Kerajaan Persekutuan akan berubah dan negeri tempat korang mengundi masing-masing akan diwakili oleh PAS.

Apa ada hal? Kata nak perubahan kan?

5. Undi Untuk Orang Ramai


Kalau korang masih baca ni, maknanya korang masih belum jumpa pilihan hati masing-masing untuk mengundi 9 Mei ini nanti.

Jangan risau. Korang tak suka BN, tapi dalam masa yang sama tak yakin dengan Pakatan Harapan. Dan tak tahu kenapa Pas bertanding.

Untuk itu, undilah Pakatan Harapan. Sebabnya? Kalau PH menang, Khamis & Jumaat cuti, sambung sampai Ahad. Jadi dengan undi kalian, orang ramai dan masyarakat akan dapat cuti 5 hari straight. Inilah namanya hidup memberi makna kepada orang lain.

Sebab kalau undi BN, confirm semua masyarakat akan kena masuk kerja semula hari Khamis. Janganlah hidup menyusahkan orang, kata pepatah lama.

xxx

Untuk yang tak daftar mengundi, cukuplah kerja korang sekadar share benda ni. Yela nak harap mengundi untuk negara dah tak boleh harap khennn?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...