Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 9 Mei 2018

Nazri Pembolot, Pilih Kasih, Abaikan Aduan, Suka Bersandiwara Dengan Jubah - Pengundi Kutuk Nazri Aziz Kaw-Kaw.

Oleh : ISMAWEB

Penduduk Padang Rengas mengharapkan kepimpinan lain akan mengambil alih kawasan Parlimen itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), esok.

Rata-rata penduduk ketika ditanya Ismaweb.net, meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap pilih kasih Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan kuncu-kuncunya.

Adnan Abdul Karim, 45, berkata, beliau sangat berharap supaya pengundi Padang Rengas bersepakat tidak lagi memilih Nazri, yang disifatkannya langsung tidak mempeduli masalah rakyat.




“Nazri ni saya ada kes dengan dia. Janji dengan saya pun tak selesai lagi. Anak saya kena pukul di sekolah. Trauma yang teruk. Saya buat aduan di pejabat BN langsung tiada respon. Jenguk di rumah pun tak pernah.

“Saya memang dah taknak Nazri jadi pemimpin sini. Watak Nazri ni berubah-ubah. Masuk kampung jadi orang alim. Datang kampung dengan berserban, berjubah, tasbih dan bertongkat bagai. Hakikatnya semua sandiwara,”
katanya.

Begitu juga, Mat Zakaria Baharom, 55, mengakui sikap Nazri yang pilih kasih menunjukkan pemimpin itu sudah tidak layak menajdi wakil rakyat kawasan mereka.

“Saya rayu sangat pengundi Padang Rengas tidak undi Nazri. Nazri ni pada hemat saya dia hanya penting kekayaan. Dia yang bolot. Bukan untuk rakyat kampung. Saya salah seorang mangsa BN.

“Rumah saya pernah kena banjir. Bila banci untuk dapat tapak pemindahan tak dapat. Sebab saya bukan orang Nazri. BN memang macam tu. Kalau sokong puak dia mesti dapat. Lagi satu, Nazri ni banyak lakonan. Tunjuk baik depan masyarakat, padahal.. faham-faham sajalah,”
katanya.



Kerusi Parlimen Padang Rengas akan menyaksikan pertarungan 3 penjuru antara Nazri, calon PKR Ejazi Yahaya dan calon PAS, Mohamad Azalan Mohd Radzi.

Nazri yang bertanding untuk penggal keenam mengalahkan calon PKR, Meor Ahmad Isharra Ishak pada PRU13, dengan kelebihan 2,230 undi.

Disebabkan terlalu lama menjadi wakil rakyat, Mohd Hawari Mustafa, 63, mengakui Nazri sepatutnya melepaskan kerusi Padang Rengas kepada calon lain.

“Kami nak orang baru pimpin Padang Rengas. Kasihanlah rakyat. Derita sangat mereka. Oleh kerana barang mahal, hasil kampung murah. Sangat kesian.

“Aduh.. lagi satu Nazri ni pilih kasih. Kalau bukan geng dia, sekutu dia takkan layan kami. Sedangkan kita sama-sama rakyat sini. Cukai ambil dengan kami juga. Kita minta apa pun tak dapat. Tapi kalau puak yang sokong Nazri tu sampai ke gigi palsu pun dapat.


“Semua orang tahu, Nazri kalau turun Padang Rengas pun dia hanya pergi ke kubu-kubu dia. Kalau dia tahu kita tak suka dia, memang takkan dapat apa.

“Paling kelakar, Nazri ni kalau mai masjid, ulama pun kalah. Dengan Jubah dia, tasbih dia, tongkat dia.. Entahlah Nazri ni.. tolonglah tukar orang lain.. Kesian kat generasi akan datang,”
katanya.

Sahabudin Sulaiman, 25, mengakui sebagai generasi muda mereka memang sangat mengharapkan agar kepimpinan Padang rengas ditukar dengan wakil rakyat yang lebih memikirkan hal masyarakat.

“Terus terang saya kata, Nazri dah memang tak sesuai. Berapa penggal dia di sini. Apa yang dia buat? Memang dia ada turun, tu pun dengan kuncu-kuncunya. Lepas menang PRU13′, tahun pertama kedua nampak jugak la dia. Lepas tu tak jenguk dah,” katanya - 9 Mei 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...