Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 12 Mei 2018

Nak Benci Najib Pun Janganlah Sampai Hina Bila Dia Datang Solat..

Oleh : Keyzer Soze

i) Jangan perlekehkan solat


 
Nak benci Najib, itu hak masing-masing.
Tapi kalau gambar dia kat masjid, nak solat, pun kau nak troll, gelakkan, agak sial la minda kau di situ.

Jangan jadi manusia yang jijik nak mencampuri urusan dia dengan Tuhan. Solat dan ibadah adalah medium komunikasi dia dengan Tuhan.


Siapa kau nak mempersendakan urusan dia dengan Tuhan? Kau tak hebatmana nak ambil kerja Tuhan. Kau tak punyai kayu pengukur untuk mengukur keikhlasan dia dalam ibadah.

Sekadar peringatan:

Bila berbicara tentang Tuhan,
Jangan ambil tugas Tuhan...

Bila berbicara tentang malaikat,
Jangan dosa pahala kau nak sukat...


---------------

ii) Tsunami Rakyat

Ledakan tsunami penentangan rakyat di dalam PRU14 sebenarnya tidak dijangka oleh kem BN.

Mereka beranggapan bahawa mereka masih boleh memenangi PRU14 meskipun pada majoriti yang tipis.

Mereka juga berandaian, sekiranya rakyat tidak berpuas hati, rakyat akan turun ke jalan raya untuk berdemo. Berdasarkan kepada beberapa demo yang terakhir, kem BN menyangka ianya tidak lagi mendapat sambutan rakyat. Oleh kerana itu, mereka berasa selesa dan yakin akan menang lagi.

Akan tetapi, rakyat sebenarnya menyimpan rasa amarahnya dan meluahkannya di atas kertas undi. Gelombang amarah inilah yang tidak langsung dijangka oleh BN.

PRU14 bukan saja mencatat sejarah baru tetapi juga telah menunjukkan kepada dunia bahawa sesebuah kerajaan yang tidak betul boleh dijatuhkan melalui pilihan raya. Tidak perlu wujud istilah "Arab Spring" atau bentuk rampasan kuasa melalui kekerasan.

PRU14 juga telah menjadi satu indikator bahawa pilihan raya masih lagi platform terbaik untuk menentukan nasib sesebuah kerajaan.

Kemenangan PH kali ini bukanlah jaminan bahawa mereka akan memegang tampuk pemerintahan untuk satu tempoh yang lama. Rakyat semakin bijak. Rakyat memerhati dan menilai.

Jika PH gagal seperti BN, tidak mustahil di PRU akan datang, mereka juga akan dijatuhkan.

Kepada rakyat Malaysia, anda telah menunjukkan satu tahap ketamadunan yang tinggi melalui demokrasi dengan menjatuhkan BN melalui pilihan raya.

Kemenangan PH adalah satu kejayaan bagi majoriti rakyat Malaysia tetapi kita jangan terlalu leka dan alpa. Teruskan memerhati dan mengawasi segala tindakan PH.

Jika mereka gagal, kita beri peluang kepada parti lain di PRU akan datang. Tunjukkan kepada politikus bahawa rakyat adalah raja. Tunjukkan kepada mereka bahawa rakyat yang berkuasa menentukan kerajaan mereka.

Kepada PH, tahniah namun jangan terlalu selesa. Tanggungjawab yang diberikan adalah amat berat. Janji perlu ditunaikan. Integriti, transperasi, keadilan, amanah dan toleransi kalian akan dinilai oleh rakyat.

Kepada BN, jadilah pembangkang yang menjadi suara rakyat sekiranya kerajaan menindas rakyat. Jadilah pembangkang yang bijak yang sentiasa membangkang berlandaskan fakta dan bukti. Hentikan berpolitik berdasarkan sentimen perkauman dan agama kerana ideologi rakyat sudah moden. Berhenti mengundang rasa jelek rakyat. Meskipun wujud sebagai pembangkang, anda tetap bekerja untuk rakyat.

Sematkan di dalam minda, tanpa rakyat, sesebuah kerajaan itu tidak akan wujud kerana rakyat adalah raja. Politikus dan pemimpin dipilih oleh rakyat adalah bekerja untuk rakyat, bekerja bersama rakyat.

Semoga PRU14 menjadi titik tolak kepada demokrasi yang telus dan lurus di Malaysia. Semoga PRU14 juga menjadi satu peringatan bahawa sebagai sebuah kerajaan, ia bukan satu jaminan selesa untuk memerintah sesuka hati.

Tahniah rakyat Malaysia.

"Rakyat yang bijak,
Tak sewenang untuk dipijak"

#PRU14

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...