Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 7 Mei 2018

Persendakan Kematian Mahathir, Nga Kor Ming Minta Maaf, Salahkan Penyokong BN Putar Belit..

Kenyataan Media

NGA KOR MING Mohon Maaf

Pakatan Harapan kini mendapat sambutan hangat daripada seluruh rakyat Malaysia. Bukan sahaja oleh pengundi di bandar, malah pengundi luar bandar terutamanya orang Melayu pun kini menyokong Pakatan Harapan.

Ini membimbangkan Barisan Nasional. Mereka takut hilang kuasa. Kerana itu mereka menggunakan apa sahaja cara untuk memfitnah, memburukkan dan merosakkan imej pembangkang.




Saya merupakan seorang penceramah yang popular di kalangan orang Cina atas kebolehan saya berucap dalam pelbagai bahasa termasuk Mandarin, Kantonis dan lain-lain. Saya akui bahasa yang saya gunakan dalam ceramah bahasa Mandarin kadangkala agak keras & penuh sinis. Namun masyarakat Tiong Hua dapat menerima cara saya berceramah.

Tetapi amat kesal sekali keadaan ini telah diputar belit oleh penyokong-penyokong BN. Klip-klip video ucapan saya telah diedit, dipotong dan dicantum untuk menunjukkan saya mengucapkan kata-kata yang jahat yang bertujuan menyakitkan hati orang Melayu. Ini tidak benar. Ini fitnah yang berbahaya.

Pertama, saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekerasan nada atau bahasa saya yang gunakan jika dianggap kasar. Saya akan cuba bernada lebih lembut dalam ceramah-ceramah akan datang.

Kedua, ingin saya jelaskan bahawa ucapan-ucapan saya mempunyai konteks, iaitu ia berkaitan dengan isu yang dibangkitkan. Konteks dan latar belakang topik amat penting untuk memahami hujah atau ceramah. Jika ia diedit, dipotong dan dicantum semula, ia menjadi video palsu. Klip seperti inilah yang cuba menampakkan saya sebagai orang jahat. Saya harap orang ramai tidak mempercayai klip-klip seperti ini.

Ketiga, saya tahu akan wujud lebih banyak lagi video seperti ini menjelang hari mengundi pada Rabu 9 Mei ini. Saya merayu kepda semua pengundi supaya tidak mempedulikan video edit yang berniat jahat ini. Malah video-video lama saya juga akan dibangkitkan. Saya mohon semua pengundi memahami konteks era zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri amat berbeza dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin Pakatan Harapan sekarang.

Akhir kata, saya sekali lagi memohon maaf atas kekasaran bahasa sekiranya ada yang tersinggung perasaan, dan memohon para pengundi supaya fokus dalam usaha untuk melakukan perubahan supaya tidak mudah terjebak dengan perangkap BN yang bahaya kerana ia mempermainkan isu-isu perkauman & agama.

Sekian, terima kasih.

Nga Kor Ming

Pengerusi DAP Perak
Timbalan Setiausaha Agong DAP

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...