Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 29 Mac 2018

P107 Parlimen Sungai Buloh Baru Diiktirafkan Semalam Tetapi BN Sudah Lancarkan Bilik Gerakan Sejak 6 Bulan Lepas.

PADA Oktober tahun lalu, beberapa gambar Tan Sri Noh Omar melancarkan bilik gerakan BN bagi Parlimen P107 - Sungai Buloh menjadi tular di laman sosial.






Menurut semakan, P107 sehingga 27 Mac 2018 ialah Parlimen Subang yang kerusinya diduduki oleh Sivarasa K. Rasiah, Ahli Parlimen daripada PKR.

Bagaimanapun selepas USUL PERSEMPADANAN SEMULA yang diluluskan oleh Parlimen pada 28 Mac 2018, P107 kini menjadi PARLIMEN SUNGAI BULOH, satu kerusi yang ditukar nama.

Undi berbelah bahagi yang diadakan semalam menyaksikan;

129 menyokong;
80 membantah;
3 digantung; (Beruas, Taiping, Batu Gajah)
1 undi tidak dikira; (Gelang Patah)
1 hadir namun balik awal dan tidak mengundi; (Marang)
3 tidak hadir; (Raub - sakit, Temerloh - tidak diketahui, Gombak - ada persidangan DUN Selangor).

Yang akhirnya menyaksikan Parlimen Subang P107 bertukar nama menjadi Parlimen Sungai Buloh.

Timbul persoalan bagaimana BN boleh melancarkan Parlimen Sungai Buloh pada bulan Oktober 2017 sedangkan USUL PERSEMPADANAN SEMULA hanya baru diluluskan pada 28 Mac 2018?

SPR ialah pihak yang bertanggungjawab menyemak, menyediakan dan membuat laporan USUL PERSEMPADANAN SEMULA 2018.

SPR ditakrifkan sebagai BADAN BEBAS dari unsur politik kerana ialah agensi yang berperanan menguruskan dan mengelolakan perjalanan pilihanraya di Malaysia.


Ketika BN melancarkan Parlimen Sungai Buloh, kes Kerajaan Selangor mencabar cadangan SPR mengenai laporan persempadanan semula sedang berlangsung di mahkamah.

Oleh kerana kes itu masih berjalan dan belum mempunyai keputusan muktamad, timbul persoalan bagaimana BN sebagai parti politik diberikan akses awal (atau mungkin turut sama terlibat) untuk mengetahui apa yang terkandung dalam USUL PERSEMPADANAN SEMULA yang dicadangkan SPR lalu bertindak melancarkan BILIK GERAKAN SUNGAI BULOH pada Oktober lepas?

Bukankah ini satu bentuk favouritism?
Ataupun boleh dianggap satu kerjasama antara SPR dengan parti politik?

Mustahil untuk SPR mendakwa mereka tidak mengetahui hal ini kerana perkara tersebut telah dilaporkan oleh BERSIH 2.0 kepada SPR menerusi satu sidang akhbar yang turut diadakan pada bulan yang sama.

Kenapa SPR tidak mengemukakan bantahan ataupun sekurangnya mempersoalkan ketika BN melancarkan BILIK GERAKAN SUNGAI BULOH ketika ia belum pun ditakrifkan sebagai sebuah KERUSI/PARLIMEN?

Bukankah ini memberikan bayangan bahawanya mungkin wujud kerjasama lain yang tersembunyi antara SPR dan BN bagi memastikan rejim Najib untuk terus berkuasa pada PRU ke 14?

SPR dibayangkan sebagai agensi bebas dan adil namun SPR tidaklah bebas dan adil sepertimana yang dibayangkan.

Jika SPR mahu berpolitik adalah baik SPR daftar sahaja agensi mereka sebagai parti politik dan menyertai BN.

SPR perlu memilih. Samada mahu berpolitik sebagai sebuah parti atau mahu berpolitik dengan menguruskan sebuah pilihanraya yang adil. - 29 Mac 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...