Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 26 Mac 2018

CEO Karangkraf Nafi Keluar Kenyataan Dr KY, Tolak Laporan Malaysian Dateline.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub menafikan laporan berita Malaysia Dateline yang bertajuk "Kenapa marah Sinar, tanya CEO Karangkraf pada Dr KY"

Hussamuddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff (Dr KY) selepas wacana bertajuk “Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM?” menjadi tumpuan negara sejak 22 Mac lalu.

"Saya hanya share tulisan seorang rakan Facebook, Mohamad Fauzi Nordin berhubung isu ini.

"Saya harap salah faham ini dapat diperbetulkan,"
jelasnya, memetik laporan Sinar Harian semalam.




Sementara itu, Mohamad Fauzi, 59, ketika dihubungi mengesahkan mengeluarkan kenyataan berkenaan di Facebook beliau pagi semalam.

Mohamad Fauzi yang merupakan pembaca akhbar Sinar Harian mengeluarkan kenyataan tersebut bagi menyatakan pandangan beliau setelah video wacana menjadi viral di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...