Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 30 Mac 2018

Dikritik Kaw-Kaw Enggan Tarik Balik Kenyataan "Kalau Saya Tuhan", Ini Penjelasan YB Hanipa Maidin.

Oleh : YB Hanipa Maidin / Peguam PAS - Dulu

Nota Sepang - Ironinya saya rasa lebih dekat dengan Tuhan!. Itu sudah cukup for my solace.

1. Alhamdulillah meskipun pelbagai hentaman, makian, kritikan yang dilemparkan ke atas saya berhubung response saya ke atas Yb Baling di Parlimen, ironinya saya rasa saya makin rasa dekat dengan Allah - Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


Gambar oleh FOBN
2. Bila ibu saya sendiri menelepon saya, setelah melihat anak beliau dihentam begitu rupa oleh TV propaganda parti sarkas, dan menyatakan berdiri teguh di belakang saya, itu bagi saya lebih dari mencukupi. Thank you very much also to my beloved wife and my children.

3. Saya sedar ada pihak agama tertentu mengkritik saya dan menyatakan kenyataan saya bercanggah dengan aqidah. Saya hormat kenyataan mereka. Tapi saya mohon maaf kerana saya tidak akan tarik balik kenyataan saya tersebut. My concscience is very clear.

4. Ada juga minta saya bertaubat dan istighfar. Terima kasih kerana remind saya. Taubat, is after all, an ongoing process anyway.

Bagi yang maki hamun saya, insyaAllah saya tak marah malahan saya sedia maafkan jika andainya mereka bersalah kepada saya. Saya, insyaAllah, a firm believer kepada freedom of speech and expression.

5. Sikit je saya nak tambah. Bagi yang nak jatuhkan hukum kepada seseorang, baca dan dengarlah secara keseluruhan ucapan orang yang ingin dihukum. Itu baru, bagi saya, kaedah sebenar dalam menghukum.

6. Memberi pendapat di luar gelanggang dan menjatuhkan hukum kepada seseorang, memang secara relatifnya, lebih mudah. Sedangkan membela nasib rakyat yang tertindas di hadapan rejim kleptokrasi yang dibela oleh ramai kaki pengampu dan pembodek dan dikawal oleh pelbagai ejensi yang drakonian dan "pemberi nyawa" (dan sanggup guna hujah agama untuk bela rejim kleptokrasi ) tidak semudah itu saudaraku. Ia menjadi lebih sukar bila ada puak-puak agama yang agak "slow" untuk bersuara menentang rejim kleptokrasi tapi agak laju sepantas kilat mencari hukum tertentu untuk dikenakan kepada mereka yang menentang rejim sikleptokrat.

Anyway, saya hormat semua pandangan dan ucapkan jutaan terima kasih.

7. Ada kata saya ego sebab tak mahu tarik balik. A'udzubillah (Saya berlindung kepada Allah). Tapi katalah apa sahaja yang anda mahu. Ini hari anda untuk bergembira. Ibu saya selalu nasihat saya "jika kita tak bersalah jangan risau apa orang kata, jika kita bersalah, orang tak kata pun kita kena risau. Thank you very much ummi". Ana uhibbbuki hubban syadedan.

Allah lebih tahu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...