Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 31 Mac 2018

Solat : Jangan Mudah Tunding Jari Pada Sekolah Kata Cikgu Kepada YB PAS.

Pada khamis, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff meminta penjelasan apakah faktor dan penyelesaian kerajaan dalam menangani masalah pelajar Islam tidak solat di sekolah.


Timbalan Menteri Pendidikan Senator Datuk Chong Sin Woon kemudiannya menjelaskan pendidikan agama sebenarnya bermula dari rumah dan bukannya dari bangku sekolah.

Ini kerana, katanya, sejak Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan program J-Qaf sejak 2005, tidak ada lagi sebab kenapa anak-anak Muslim tidak boleh mempelajari dari segi Jawi, Quran.

"Mengikut pelaksanaan pada 2005 selepas 13 tahun, pelajar di sekolah menengah semuanya telah menerima pendidikan berkenaan dengan Jawi, Quran dan Fardhu Ain.

"Oleh itu, kalau mengikuti statistik yang kata pelajar tidak solat, saya ingin berkongsi bahawa pendidikan itu sebenarnya bermula dari rumah, bukannya dari bangku sekolah.

"Kita berharap bantulah anak-anak kita dari rumah dengan bahagian pengajaran dan pembelajaran berkenaan dengan agama,"
katanya di Dewan Rakyat.



Persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen dari PAS itu kemudiannya mendapat beberapa reaksi negatif daripada warga pendidik.



Misalnya, Hazlyn Ismail. Beliau kurang menyenangi sikap wakil PAS itu yang menurutnya seperti hendak menyalahkan pihak sekolah sebagai punca murid tidak bersolat.

"Ustazah PAS hendak menyalahkan sekolah sebagai punca murid tak solat. Tapi dijawab oleh Timbalan Menteri cina, sekolah dah ajar solat melalui kem Bestari Solat dalam program JQAF. 


Pendidikan haruslah bermula dari rumah, bukan di bangku sekolah. Jangan politikkan pendidikan. Semua pendidik mahu pelajar menjadi baik. 

Seorang guru cina di sekolah lama saya sering mengingatkan murid-murid supaya solat Zuhur dahulu sebelum kelas tambahan bermula. 

Demikian juga Guru Besar cina di sekolah lama, sentiasa hadir di program solat hajat sempena UPSR. Malah SJKC di Kuala. Terengganu juga turut mengadakan majlis solat hajat utk murid-murid beragama Islam. 

Di Malaysia ini, pendidikan Islam amat dititik beratkan di sekolah-sekolah. Saya percaya semua murid Islam telah pun tahu mengerjakan solat. Terpulanglah kepada ibu bapa untuk memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat. Jangan mudah menuding ke pihak sekolah semata-mata," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Seorang guru lain yang hanya mahu dikenali dengan Khai pula menjelaskan sepatutnya Ahli Parlimen PAS bertanyakan soalan yang lebih penting berkaitan bidang pendidikan.

"Pihak sekolah dah menjaga terlalu banyak hal kebajikan murid sampai ke urusan peribadi pun pihak sekolah peduli. Murid makan tak? Kenapa pakai baju tak bergosok? Ada duit belanjakah? 

Kenapa semua orang hanya nampak pihak sekolah perlu dipertanggungjawab atas semua hal ehwal murid tetapi dalam masa yang sama semua orang tak nampak yang guru-guru dan sekolah juga memerlukan pembelaan?

Ada sesiapa nak bercakap tentang peruntukan?," soalnya

Manakala Roslan pula menyindir, "Solat pun cikgu nak jaga. Kalau boleh ibu bapa tinggal beranak lepas tu serah kat cikgu semua perkara. Biar cikgu yang uruskan dan bertanggungjawab. Ini anak cikgu atau anak kamu," katanya. - 30 Mac 2018.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...