Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 29 Mac 2018

Bersumpahlah, Nafi Itu Bukan Suara Kamu Nik Abduh Cabar Naib Ketua Wanita HARAPAN.

Naib Ketua Wanita HARAPAN, Aiman Athirah Al Jundi mencabar Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh agar bersumpah untuk menafikan rakaman audio yang tular sebelum ini adalah bukan suara miliknya.
Menulis di Facebooknya, Aiman berkata beliau amat menyakini rakaman audio yang tersebar itu adalah suara milik Nik Abduh dan mempercayai Nik Abduh telah melakukan beberapa tindakan yang membelakangkan organisasi yang dianggotainya.
"BismilLahir Rahmaanir Rahiim.
Saya cabar saudara saya, Nik Abduh Bersumpah Menafikan semua pendedahan menerusi audio itu adalah suaranya, membabitkan pelbagai peranannya dan beberapa orang rakan subahatnya dalam memporak perandakan Pas.
Saya amat yakin itu adalah benar-benar suaranya dan percaya dia sudah melakukan pelbagai tindakan membelakangi organisasi dan adab berjamaah," katanya.
Aiman turut berharap andai rakaman itu terbukti benar semoga Allah membalas perbuatan tersebut malahan turut membalas kepada rakan-rakan yang bersubahat dengan Nik Abduh.
"Sekiranya itu bukan suaranya dan hanya merupakan satu fitnah yang saya sendiri sangat percaya, maka saya serahkan diri saya utk menerima segala ketentuan daripada AlLah swt.
Namun, jika semua itu adalah benar, maka semoga AlLah menimpakan segala hukuman dan pembalasan ke atasnya bersama dengan rakan-rakan subahatnya.
Dan semoga AlLah menyelamatkan kita semua daripada fitnah perbuatannya dan rakan2 subahatnya.
Demi AlLah, yang jiwa dan seluruh kehidupan ku dan setiap saat perjuangan ku adalah merupakan milikNya.
AlLahul musta'an," katanya mengakhiri penulisan itu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...