Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 28 Mac 2018

RUU Anti Berita Palsu Cubaan Sabotaj Najib, Pembangkang Yang Bantah Pun Bahlol - Peguam Pro BN.

Oleh : Buzze Azam

RUU Antiberita Tidak Benar 2018 sebenarnya sangat bagus untuk pembangkang menyerang BN dalam PRU14.

Saya tak pasti siapakah si bahlol yang mendraf RUU ini yang bakal menjerut leher BN sendiri nanti.



Kenapa saya berkata demikian?

1. Tidak di definisikan apa itu "Berita Palsu" dalam akta melainkan hanya di sebut Berita Palsu adalah berita yang tidak benar yang di sebarkan.

2. Ketiadaan definisi ini memberikan kuasa budibicara yang sangat luas kepada Hakim Mahkamah Sesyen untuk membuat interpretasi samada sesuatu berita itu palsu ataupun tidak.

3. Bayangkan jika Hakim itu pro pembangkang. Maka pastinya tertuduh akan di lepaskan dengan Bon Kelakuan Baik.

4. Selanjutnya, pihak yang menyatakan berita itu palsu perlu membuat 3 langkah mudah ini :-

i) Membuat laporan polis,
 

ii) menyenaraikan unsur-unsur palsu dalam penerbitan berkenaan,
 

iii) Mengemukakan bukti-bukti yang di sahkan dan keterangan-keterangan sokongan bagi membuktikan berita itu sebagai palsu.

5. Bermaksud, contohnya, jika kita menulis RM42 bilion duit 1MDB hilang maka Arul Kanda perlu membuat laporan polis dan mengemukakan laporan audit 1MDB bagi membuktikan duit itu tidak hilang.

6. Laporan audit 1MDB berkenaan jika di kemukakan di mahkamah ianya akan menjadi rekod awam dan menjadikannya boleh di akses oleh rafizi ramli dan kawan-kawannya.

7. Ini lah yang saya katakan tadi siapakah si bahlol yang cuba sabotaj kerajaan Najib dengan mendraf RUU sebegini yang membolehkan musuh-musuh kerajaan memancing bukti dengan membuat satu berita palsu.

8. Pendedahan bukti-bukti 1MDB secara terbuka di mahkamah bukanlah satu mimpi indah buat MO1

9. Saya mencadangkan RUU ini segera di kuatkuasakan tanpa sebarang pindaan.

10. Selepas ianya berkuatkuasa, pastinya kita akan tahu siapa Jho Low yang sebenar.

Kita sepatutnya meraikan kebodohan ini.

Pembangkang yang membangkang RUU ini juga sama bahlol dengan pihak yang mendrafnya.

Bababai

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...