Sebelumnya DSAI cakap Wan Azizah takan bertanding kat sini. Tapi sekarang Nurul Izzah plak tampil buat dakwaan yang berbeza. Bagus betul la anak beranak neh. Kalau nak berbeza pendapat depan2 pun slumber jek. Betul2 meraikan kebebasan berpendapat dan bersuara. Hebat. Aku puji dan tabik kepada demokrasi yang ditonjolkan oleh sang anak dan bapa neh.
KAGUM.
Kata Nurul Izzah ;
Belum sahih lagi samada Wan Azizah bakal bertanding ataupun sebaliknya. Aku cadangkan bertanding. Dan juga cadangkan Wan Azizah tegas sikit. Cuba tonjolkan diri sendiri tue presiden parti. Perempuan tak semestinya lemah. Mungkin juga la kerana Wan Azizah ini baik orangnya. Bukan jenis main politik2 kotor. Kesian dia.
Lagi satu mengenai perpindahan Anwar dari PP ke Perak. Aku harap ini boleh direalisasikan. Permatang Pauh tue letak la Wan Azizah. Anwar memang elok ke Perak. Lawan Zahid Hamidi yang berlagak tue. Kalau last2 minit Anwar tarik diri, kena ejek je la.
Sebab yang umumkan Anwar akan bertanding di Perak, Anwar juga. Bukan orang lain. Orang2 perak pun dah semangat nak tahu kat mana agaknya Anwar nak bertanding. Kalau tak jadi adoii.. mesti ada yang geram. Tak kurang juga kena ejek2.
Cuba tiru langkah positif yang diambil oleh LKS. Satu langkah yang sangat proaktif untuk meraih sokongan baru. DSAI, tak cukup sokong perubahan kalau diri sendiri tak berubah terlebih dahulu. Kedatangan Anwar ke Perak boleh memberikan impak besar kepada peratusan bilangan undi terhadap PR di perak.
Penang kubu selamat PR dah.
Perak belum tentu.
Tanding kat Perak je la DSAI oi.
Hehe.