Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 31 Mac 2013

Pemimpin PAS Kena Kutuk Sebab Hina Nabi SAW..



Aku ada nampak cybertroopers umno main isu neh. Tapi aku buat derk je la. Sebab takanla isu remeh temeh neh boleh masuk paper apa bagai kan. Sekali tup2 memang boleh masuk paper wa cakap sama lue..

Pemimpin Pemuda Pas dilihat tidak mencerminkan akhlak mulia apabila dengan sewenang-wenangnya mempermainkan nama Nabi Muhammad SAW demi kepentingan politik parti itu. Penasihat Agama, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berpendapat, seorang pemimpin Islam tidak akan bercakap mengikut perasaan.

"Jangan kerana kepentingan peribadi dan politik, maka Islam juga terheret sama ke tempat yang tidak sewajarnya sehingga menyentuh keperibadian Rasullullah.

"Kita semua tahu Rasullullah merupakan contoh tauladan yang cukup tinggi dan tindakan membandingkan baginda yang maksum daripada dosa dengan manusia bukanlah tindakan orang yang soleh tetapi orang yang fasik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ada perasaan. Bukan takde perasaan. Kalau takde perasaan maka dia takan la cakap begitu. Buat bodoh je la. Sebab ada perasaan la dia keluarkan kata2 begitu. Cuma tak sure la perasaan apa yang dia alami ketika itu..

Yang aku heran kenapa pula kata2 ini boleh dikatakan menyinggung umat islam?

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tindakan tersebut tidak seharusnya dilakukan oleh seorang pemimpin yang memperjuangkan agama Islam dan perbuatan tersebut patut dikecam. "Bagaimana mereka boleh sesuka hati mengandaikan perbuatan baginda Rasullullah yang telah wafat? Tindakan itu sangat biadab kerana boleh menjatuhkan darjat suci Rasullullah. "Tindakan tersebut juga merupakan satu penghinaan kepada Nabi kita. Inilah hasilnya jika tunduk dan bersekongkol dengan kafir harbi hingga tersasar jauh dari hala tujuan asal untuk memperjuangkan Islam," katanya.
 Pelik.

Bukan kah yang patut terasa dihina itu ialah UMNO? Bukan kah apa yang ingin disampaikan ialah UMNO begitu gila menfitnah, andaikata kalau Nabi SAW masih hidup, NABI SAW pun depa akan fitnahkan. 

Adakah Harussani telah mendapatkan info yang betul sebelum meletakkan komen? Ataupun Harussani nak mengambarkan err.. malas la aku nak ulas lebih2.

Cuma aku naik heran. Benda ini tak nampak macam menghina pun.. Well tak nampak macam menghina NABI SAW la.. kalau UMNO terasa terhina tu logik juga sebab ayat di atas mengambarkan betapa buruk gile akhlak UMNO .. asal boleh fitnah depa pasti akan lakukan fitnah. Itulah maksud ayat di atas. Aku sampaikan balik je.

Dan bagi aku Harussani neh pun silap juga. Nak marah2 pemimpin pas dok heret2 orang bukan islam dah kenapa?  

Baik ko blame bukan islam je kalau muslim mencuri, merompak, berzina apa bagai. Senang sket. Tengok kekawan korang yang melakukan maksiat. Ada tak dia berkawan dengan non muslim? Hah ada? Oke salahkan je la bukan muslim tu. Memang saja Allah swt cipta depa untuk dipersalahkan sesuka ahti ye tak?

Pfttt..

Itu kalau pemimpin pas bersalah. Tapi siyes cakap neh, korang rasa dia bersalah ke? Aku tak nampak apa salah dia kat sini.. sorry la. Aku dah tengok dan baca banyak kali still tak rasa pun dia hina Nabi SAW.. 

Dan macam biasa si Ibrahim Ali hero pejuang islam mesti menyampuk punyala..

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan tersebut memperlihatkan tahap mentaliti Khairul Fahmi yang rendah ketika menulis di dalam laman sosial tersebut.

Hidup lagi. 

Ingatkan dah takde.. diam lama sangat. Hari tue kecoh isu samseng2 senyap plak dia. Apa dalam ISLAM ada ke mengalakkan budaya samseng?

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...