Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 6 April 2013

Mahathir Di Cabar Dedah Surat Sulit Wan Azizah Berkaitan TingkahLaku DSAI..


Mahathir buka cerita baru. 

Dia cakap takmo buka aib. Tapi 18 surat sulit Wan Azizah yang mendedahkan tingkah laku DSAI ada dalam tangan nya. Tidak la dia dedahkan benda tue buat masa sekarang. Sebab tiada keperluan. Tapi sibuk dok sebar2kan mengenai hal tue pula?

Kalau tiada kepentingan ko takan buka mulut bab surat tue..

Bila ko dah potpet2 pasal surat sulit tue.. mula la puak2 sana akan berkempen surat sulit yang ditulis oleh Wan Azizah kepada Mahathir ada dalam simpanan Mahathir..

Ini bermaksud Mahathir dan puak2 sana sekali lagi menggunakan kempen seks lgbt liwat dan blablala sebagai bahan kempen dorang. Mahathir? Gunakan isu peribadi untuk berkempen bagi mematahkan kredibliti Anwar? Kemon la Mahathir.. bagi some facts la.

Ini CABARAN TERBUKA kepada Mahathir. Tak payah main politik acah2. Aku dah jemu. Bahkan majoriti rakyat juga dah jemu, bosan, boring.

Kalau ada surat tue, ko dedahkan je la. 

Takpayah nak acah2 orang. 

Yang aku heran time mahkamah dok bersidang bicara kes DSAI taknak pula kemukakan surat tue as bukti. Time nak PRU mula surat sana surat sini bermacam2 surat korang ada. Dah spesis EZAM dan kotak2 ajaib dia dah aku tengok. Hapa pun tak boleh.

Pui.   
 
Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia, Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.

"Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.

"Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.

Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr. Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh.

"Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan," katanya.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...