Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 4 April 2013

Konspirasi Dakwat Kekal Terbongkar.

Utusan dengan penuh bangga menyiarkan satu laporan tidak berasas dari blogger umno. Memang la terbukti tidak berasas bahkan tolol.

Hehe.

Taktik terbaru PR yg sdg rancangkan... 

Kurang seminggu dari hari mengundi, dengan menggunakan nama-nama NGO, PR akan mula masuk ke taman-taman perumahan dan kampong-kampong untuk KONON nak ajar kaum-kaum ibu cara baru mencalit dakwat di jari. 

Ingat bahawa dakwat akan cuma hilang dalam masa 7 hari. Bila tiba hari mengundi kelak, golongan ini akan dihalang dari mengundi kerana sudah ada kesan dakwat. 

Kalau dibenarkan juga, pihak PR akan kecohkan keadaan di pusat pembuangan undi. Jika mereka kalah, ianya akan digunakan sebagai alasan untuk memberontak dan mempertikaikan keputusan pilihanraya secara besar-besaran hingga tercetus rusuhan untuk jatuhkan kerajaan yang mendapat mandat rakyat secara haram.

HARUS INGAT, PAKATAN RAKYAT TIDAK MENANDATANGANI PIAGAM PILIHANRAYA UNTUK BERIKRAR MENJALANKAN PILIHANRAYA SECARA BERSIH DAN IKUT UNDANG_UNDANG SERTA PERATURAN.  

Mereka akan laukan apa-apa demi mendpaat kuasa. Jangan bagi mereka calit jari-jari sebelum hari mengundi. Jika ADA, laporkan pada  polis dengan segera.

Sebarkan pada semua ketua PDM utk tindakan..

Berbekal penulisan di atas, utusan petik dan siarkan di muka depan paper dorang. Link berita rujuk sini.

Ini adalah sambungan kepada siri PR akan timbulkan huru hara pada hari pengundian. Ataupun ketika PRU sedang berlangsung. Rujuk sini dan sini.

Pada asalnya sebaran di atas adalah berbentuk begini ;

Taktik terbaru yg saraf BN sdg rancangkan... kurang seminggu dr hr mengundi, wanita UMNO dgn menggunakan nama2 NGO akan mula msuk ke taman2 dan kg2 untuk ajar kaum2 ibu cara baru mencalit dakwat di jari. Sasaran adalah golongan penyokong2 dan yg condong PR. Ingat bhw dakwat akan cuma hilang dlm masa 7 hr. Bila tiba hr mengundi, golongan ini akan dihalang dr mengundi krn sudah ada kesan dakwat. Maklumat ini bocor slps unit saraf PR dpt tahu perancangan dr UmnoBend. Kena fikirkan cara utk sebarkan perkara ini kpd pengundi. btl idk tak tau le  

Maklumat ini aku dapat dan sebarkan segera di page aku kat sini.

Bukan utusan dan bloggers umno yang sebarkan pada awalnya. Aku pun tatau siapa penyebar asal. Yang aku tahu, aku dapat via wassap minta sebaran sebagai langkah berjaga2. Then aku letak kat page AMBU.

Sebaran ini bukan bermaksud nak meletakkan tuduhan melulu. Jangan salah faham. Ia just sebagai langkah untuk kita alert dan berjaga2 dengan semua kemungkinan, itu saja.

Di media sosial, aku tengok AMBU adalah page pertama yang sebarkan benda tue. Itu di dalam pengetahuan aku la. Sebab aku yang g sebarkan masa tue.

Hehe. 

Yang jadi persoalan ialah kenapa benda yang sepatutnya di anggap sebagai strategi lawan boleh berbalik kepada PR pula? Kenapa pula PR yang dituduh akan melakukan hal di atas?

Sekarang kita tak payah pergi jauh, pergi mengarut ke apa dalam citer neh. Kita fikir benda yang paling penting je, dah cukup.

Point penting ialah ;

1. PR ada ke stok dakwat kekal?

2. PR ada tempah ke stok dakwat kekal?

3. Kalau ada tempah mesti ada dokumen jual beli kan?

Siapa yang ada akses kepada stok dakwat kekal kawalan SPR tue? Siapa yang lebih mudah di akses untuk mendapatkan stok itu?

Tengok kat sini je dah boleh predict, strategi ini akan dilakukan oleh siapa. Apa pun tujuan dia aku takmo ulas sebab yang paling penting bukan buktikan tujuan tetapi buktikan dulu bahawa rancangan di atas adalah benar dan wujud, itu je.

 Kalau dah terbukti benar, baru la boleh cari motif disebaliknya rancangan. Ini tuduhan pun bersifat spekulasi, tiada pembuktian yang jelas dah pergi sebarkan di paper apa bagai. Gila betul utusan neh.

Orang sebarkan di page2 sebab orang nak gather info. Collect bukti. Kot2 ada sesiapa yang tahu bleh salurkan maklumat yang lebih berkredibel. Bukan sebaran berniat jahat lagi fitnah. Utusan sebarkan di paper dia adalah satu tuduhan berniat jahat dan keji. Bahkan gaya penulisan blogger umno pun merupakan satu kepastian yang nyata seolah2 confirm PR akan lakukan hal tersebut.

Bila fikir2 balik dorang mungkin nak mengaitkan TUDUHAN terbaru ini dengan tuduhan PR akan lakukan huru hara selepas pembubaran parlimen. Boleh nampak jalan cerita dorang macam mana. Kesian betul. Yang dekat dengan dakwat kekal tue dia, tapi kita pula yang dituduh.  

Jangan2 lepas neh nak cakap dakwat kekal hilang dirompak so takley gunakan dakwat kekal time pengundian pun boleh jadi juga. Sehingga belum terbukti akan digunakan, tak yah la nak PERCAYA sangat kat SPR dan BN tue weh. 

KAH KAH KAH 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...